Wednesday, August 25, 2010

Duit Raya Kepada Semua Kakitangan Awam

"Duit raya" RM500 untuk kakitangan awam, pesara


2010/08/25

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. 

Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - BERNAMA




By : DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue : PUTRAJAYA
Date : 25/08/2010
Title : BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN KEPADA KAKITANGAN AWAM DAN PESARA KERAJAAN

Pejabat Perdana Menteri
 1.     Kerajaan telah bersetuju untuk membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak lima ratus ringgit (RM500) kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara Kerajaan. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Bayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dibuat sebelum 1 Syawal.
2.     Bayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan memanfaatkan seramai 1.24 juta orang kakitangan awam Persekutuan dan 590,000 pesara Kerajaan. Bayaran ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara Kerajaan.




Haaaaaa... ada kan?? ada kan?? 

Alhamdulillahhhhhhhhhh.. syukur sangat... 

Terima kasih kepada kerajaan..Itu saje

6 comments:

Ena said...

yer ker ? Alhamdulillah kalo dapat..

..nOj.. said...

syukur

~aSHa~ said...

wah pantas....leh beli beras...

Echa said...

ena.. tu dipetik dari berita harian online tu.. hehehehehe..

Echa said...

noj.. syukur kan.. alhamdulillahhhhh..

Echa said...

asha.. li beras?? ha..