Tuesday, March 31, 2015

Senarai Barang Runcit Yang Dikenakan GST dan Barang Yang Tidak Dikenakan GST

1 April 2015. Biasanya kalau 1 April ni orang cakap April Fool kan dulu.. hehehehhehe.. 

Tp tak boleh sambut yeeee.. Cuma 1 April 2015 kali ni sesuatu menanti semua rakyat kan? 

GST. 

Mana mana pun sibuk GST. Kecoh uolsss.. 
Ramai dengarnya yang membeli belah sekarang ni 
Booking perabut.. Beli barang Elektrik..
Kalau kat pasaraya mmg rak barang semua pun hampir kosong. 
Macam lepas ni kita takkan membeli satu apa pun barangan selepas GST.

Dengarnya minyak petrol pun akan naik 1 April 2015 ni. 

GST ni rasanya bukan sebulan dua.. yang kita boleh elak.
Mgkin sampai bila bila kita kena hadap je. 
Aku pun mmg tengah memikirkan sal mende ni jugak. 

Camne agaknya persediaan mental fizikal selepas GST ni. 
Tp terpaksa la hadapi dan harungi. semua orang pun hadapi mende ni. bukan kita sorang je kan.

Selepas ni. perbelanjaan mmg akan sedikit meningkat la setelah adanya GST ni.
walaupun kenaikan tu orang cakap hanya 6%
Tapi jangan kita lupa pada golongan yang susah. yang tak bekerja tu macam mana kan. 
Kalau kita bekerja ni pun rasa sedikit berat dengan kenaikan camni. inikan mereka yang mmg tak berkerja dan susah tu.. macam mana?
Mmg akan terasa sangat laaaaa.. 

hurmmm.. apa nak dikata. 
Kurangkan perbelanjaan yang dirasa x perlu. beli hanya yang perlu sahaja. 
hadapi dengan tenang dan kelat. :p

Dalam website ni kita boleh tengok apa barangan yang dikenakan cukai dan barangan yang tak dikenakan cukai. 

Bawah ni adalah antara Senarai Barang Runcit yang dikenakan GST.
Beratus barangan lagi ada dalam web tu..
 

Untuk lebih jelas dan lengkap.. boleh layari web di bawah ni : 



Kesimpulannya.. semua barangan yang 'diproses' adalah barangan yang akan dikenakan cukai.. 
secara peratusnya.. hampir 90% barangan adalah barangan proses kan.. :(

1 April 2015.. esok adalah hari baru dalam hidup semua orang.. 
welcome GST.

Gerai Nasi Campur Kak Gayah Port Dickson

Lepas je kami check out... 

Kami singgah cari makan dulu.. sebelum meneruskan perjalanan :)

Kebetulan lalu kat cam kawasan RnR kot.. kecik je pun.. 
Cam kawasan medan mara camtu.. 

Dan Gerai Kak Gayah ni mmg ramai la orang.. 
Biasanya org cakap ramai org sedap.. ahahahahah.. 

So, kita singgah.. ada nasi campur.. 
Lauk dia penuh dua meja.. satu meja beso depan tu.. macam-macam laukkkk..
ada plak meja tepi kiri tu.. hanya letak cam ulam-ulaman.
cencalok.. budu.. sambal belacan.. ada air asam ikan bakar bagai.. 
meriahhhh uolllssssss :)
Mmg banyakkkkkk sangat pilihan.

so, ni menu yang aku tengok ramai betul orang amik.. 
Ikan bawal goreng garing.. beso gile ok.. penuh pinggan
dan sotong masak kicap... sayur masak lemak.
cukup pakej semua. hahahahaa
Tak rugi singgah sini.. sedap dan harga dia murah ok.. 
Aku makan berdua... ada buah potong semua.. air.. 
Belas hengget je.. ok la kot.. sbb sedap kat tekak aku. hehehe

Settle makan semua.. kami gerak.. 

Tak sempat nak singgah kat muzium tentera darat ni.. 
Next time k anak anak.. 
Insha allah.. 

kami menuju ke satu lagi destinasi.. :)

Monday, March 30, 2015

Ikan Bakar Samudra Port Dickson

Malam tu.. Dari hotel kami plan nak makan tempat yang sebelum ni kami p.. 
 kat

Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port  Dickson.

Samudra Ikan Bakar
Hj. Fared bin Hj. Masrom

Kalau dari hotel, mmg tak jauh mana pun.. dalam 15 min je..  
Mula-mula sampai kitaorg p pilih makanan dulu.. 
Suka tengok.. udang dia segar.. 
sotong pun besar-besar.. 
Masa sampai tu.. kami mmg pilih meja luar.. 
Kebetulan cuaca pun ok.. dan meja luar tu mmg tepi je dengan 
taman permainan kecik tepi tu.. 

so, anak anak nak main mmg senang nak pantau..  
Dalam pun ramai jugak orang masa tu.. 
Kedai ni je mmg ramai org la. . 
Masa kitaorang nak blah. . mmg penuh orang dalam ni.. 
Makin lewat makin ramai org.. 

so, kalau nak ok.. datang la awal sket.. lepas je maghrib tu dah ble datang. 
Sbb x ramai yg nak makan.. 

Aku hanya order Ikan Siakap 3 Rasa (Ikan paling kecik)

Ketam 2 ekor goreng kunyit
Sotong Goreng Tepung (1 ekor sotong sederhana)
Telur Dadar dan Air  
Dalam ni gambar ikan takde.. 
Sbb masa ikan dah sampai.. dah lapar gile.. hahaah 
Aku rasa harga dah sedikit mahal dari dulu.. 
Rasa ok la.. boleh kategori sedap la.. 

Takde la nak cakap sedapppp gileee.. hahahaha.. 

Total semua RM95. tak tau la kalau bagi korang murah..
Ok la kot tuk harga pasaran sebelum GST ni agaknya.. :p

Pada aku mahal jugak. sbb aritu masa memula kami datang berjemaah
3 kereta masa tu.. tak sampai RM230.. 

Jadinya.. lain kali kalau datang PD lagi.. kami nak try tempat lain pulak.. hehehehhe.. 



The Grand Beach Resort Port Dickson vs Selesa Beach Resort Port Dickson

Perjalanan Cuti Sekolah kami teruskan dari Seremban ke Port Dickson. 

Tak jauh pun.. sbb ni merupakan percutian sebelum GST. 
Jadi penjimatan tu mmg kena mulakan dari awal :p

Percutian mmg tak dirancang pun. 

Takde booking pun dibuat.. kami try nasib di 

The Grand Beach Resort Port Dickson
atau lebih dikenali dengan nama lama nya

Selesa Beach Resort Port Dickson
Trade mark hotel ni adalah corak bangunan Minangkabau nya tu.. 

Dulu nya hotel ni management lain.

so, sekarang dah tukar management.. dan nama pun ditukarkan.

Aku penah menginap hotel ni masa management lama.. 
Tahun 2008 / 2009 masa tu.. 

lama dah.. 

So, tahun 2015 aku datang semula ke hotel ni. 
Untuk rate cuti sekolah ni mmg tak sama dengan rate waktu biasa. 

Mujur masa nak tanya bilik tu.. masih ada lagi bilik kosong. 
Alhamdulillah.. rezeki anak-anak.. 

So, dapat bilik dua katil single dengan sarapan.
semua bilik pun ada balcony. dan bilik ada bath tub mandi. ok sangat kan. 

kalini mmg sempat amik gambar katil je. heheeh
petang tu jugak anak anak dah sibuk ajak pegi pool..  
kami di tingkat paling atas.. tingkat 3 je pun tinggi nye. hehehhehe
ni gambar dari balcony.. kalau nak bilik mengadap pool, harga dah lain ye.. 
standard mana mana hotel la kot. 




Friday, March 27, 2015

KTM dari Bank Negara (SOGO) ke Midvalley

Kami sampai area SOGO sebelum maghrib jugak .. :)
Alhamdulillah.. Anak anak behave.. 

cuma Nea masa tu badan dia cam dedar sket.. 
So, sampai je SOGO kita cari pharmacy dulu tuk belikan ubat demam budak.. 

Pastu bawak budak-budak makan.. merangkap dinner sekali la.. 

Settle semua makan. round dalam sogo tu.. 
Kami takde beli apa pun.. aku sendiri x caye yg aku takde beli pape.. 

Masa tu comforter murahhhhhh ok. tp bila membayangkan nak kendong 
dengan bawak comforter.. cecepat aku hilangkan ilusi tu.. 
back to reality la.. kami pulang dengan tangan kosong kecuali ubat demam anak :)

So, dari SOGO kami plan nak ke MidValley plak.. :))
Tambang tiket adalah RM1 untuk dewasa dan
RM0.50 untuk kanak-kanak.

Bank Negara - MidValley. 

Ok. nak citer sket.. kalau memula korang dah stop kat Bank Negara tu.. 
Korang kena jalan jauh sket ye susur gajah berbumbung ke SOGO tu.. 
Melintas jalan sket dan ke SOGO. 

So, kami berhenti di stesen MidValley
Ikut la signage yang disediakan.

Kalau rasa was-was.. takde salahnya korang tanya sket pada 
pekerja kat situ.. ramai pun orang.. 

Kat MidValley kami sampai pun dah jam 8 lebih camtu kot.. 

Mmg window shopping je pun.. 
Camne datang.. camtu je pun balik.. 

Dan dari MidValley kami terus tunggu tren dan beli tiket balik ke Seremban balik :)

Masa ni anak-anak mmg penat la..hehehehhe
Xpelah.. pengalaman kan.. 
Anak anak cakap.. seronok.. tp penat la ibuuuuu.. jalan jauh.. hehehehe.. 

So, kami balik ke Seremban dengan tren terakhir jam 11.30 malam camtu dan tiba 
Seremban hampir jam 1pagi.. 

hahahahhaha.. dengan mak mak budak pun letih.. :p

Alhamdulillah.. pengalaman bawa anak-anak naik KTM

So, kalau sesiapa nak bawa anak anak melalui pengalam camni.. 
Make sure la cukup persediaan semua.. 
Sbb budak-budak banyak ragam kan. so, be prepared :p
muahahahhaha.

Thursday, March 26, 2015

Perjalanan ke Kuala Lumpur dari Seremban Menaiki KTM Komuter

Tinggalkan dulu cerita keje kat Penang.. 

Kita citer sal kisah musim cuti sekolah ngan anak-anak.
Plan last minute pun ni .. 

Cuti sekolah baru baru ni macam2 plan dalam kepala. 

Nak bawak anak anak p sana . p sini seme. hehehehe.

Sudahnya hari Khamis aritu kebetulan ada hal kat Seremban.. 
so, kami gerak ke Seremban dulu pagi tu.

Sampai seremban.. hujan lebat sangat2. 
Plan naik komuter ni datang waktu hujan tu la. hahahahaha

Dah settle keje kat Seremban,
Terus menuju ke Stesen Keretapi Seremban
Kat sini parking luas jugak.. tp biasanya jarang kosong..
Mmg sentiasa penuh je.. sbb orang park kete p keje kan. 
Bayaran seperti kat bawah ni ye.

Memula tu kami mmg dah masuk dalam ni.. cari parking.. kebetulan hujan.. 
Mmg cari parking yang dedekat ngan pintu masuk KTM la kan..

Takde langsung.. ada kosong tp kemain jauh kena jalan.

So, kami decide parking berbayar kat dalam parking Shopping Mall bebetul depan KTM ni.
Bagus jugak park kat shopping mall ni.. kami dapat park bebetul depan pintu masuk mall
dan betul-betul di bawah jejantas lintasan dari Mall ke KTM.

So, mmg mudah dan selamat kami melintas anak beranak dalam hujan :)
Ok. Mula2 x tau jugak nak menghala ke mana tren ni.. hehehe.

Aku kali kedua la naik ktm ni ke KL.. 
Yang lain lain mmg fes time. 

So, yang aku tau.. tren ni mmg turun kat SOGO. hahahahah

Ok. Sampai kaunter KTM tu.. 
Ko sebut je la nak p mana kan.. 

Kalau ke SOGO nak p.. ko kena naik KTM 
Seremban - Bank Negara.

Kalau nak ke KL korang kenala tunggu di sebelah bertentangan dengan KTM tu ye
Jangan p melintas terus plak.

Ada jejantas jugak kat situ.. tuk ke seberang. hahahahah
Ok.. Harga Tiket?

Kalau Seremban - Bank Negara (SOGO)
adalah cam kat bawah ni ye.

Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun adalah percuma.
Tiket dewasa adalah RM6.10 seorang 
Tiket kanak-kanak adalah RM3.10 seorang. 

Total adalah RM15.30 dan Nea adalah percuma. :p
Sementara menunggu tren.. hehehehhe.
Xcited budak-budak.. fes time nak naik ni.. 

Kami di platform 3
Tuuuuuuuu tren dah sampai..
Perjalanan ni dalam petang.. dalam jam 4 camtu.. 
Cuaknya muka masing-masing.. hehehehhe 
Dalam tren pun kosong je.. takde orang sangat.. 
Sbb waktu ni mmg bukan waktu orang nak p keje 
Atau balik keje..  
Cam tren biasa.. tren ni berhenti di setiap stesen yang di lalu.. so, 
kalau nak ke KL dari Seremban.. 
mmg akan lalu banyak stesen la.. 

So, perjalanan memakan masa hampir 1jam45min camtu.

Budak budak cam biasa la.. bila dah lama-lama.. dah naik bosan plak derang.. heheheh


Wednesday, March 25, 2015

Restoren Original Kayu Nasi Kandar

Alhamdulillah.. rezeki.. 

Malam tu kami makan Nasi Kandar di

Restoren Original Kayu Nasi Kandar. 

Betul-betul dekat dengan Vistana Hotel tu.. 
Turun je hotel.. sebelah kanan jalan ada restoren ni.. 
Mmg ramai orang kat sini. beratur jugak. :)
Ni bahagian perut aku.. 
Aku ambil sotong kari dan telo ikan goreng. 

Festime sebenarnya makan telo ikan goreng kat nasi kandar ni.
X tau pun kewujudannya. hehehehe
Kesiannnnnnn.. 

Not bad.. sedappp jugak. 
Ada yang cakap jangan missed amik ayam kicap dia tu.. 
Tp aku tak amik pun..  
Additional ada kari kepala ikan. perghhhhhh.. melekat ok kari dia.. 
Lembut isi ikan dia tu.. sedappp. 
Sebagai penutup makan malam yang ditaja tu.. 
Kami dihidangkan Roti Tisu super duper panjang ni.. 
Sepanjang 3 pinggan makan kat situ... 

Pada yang menginap kat Vistana Pulau Pinang ni.. 
Yang bagusnya.. kedai makan dekat.. ada Zawara juga. hehehe

Betul-betul lot kedai bersebelahan hotel. jengah dari hotel pun dah nampak.
Jadi lepas kami dinner malam tu. Otw balik ke hotel.. 
Jalan kaki je pun.. mmg lalu la dekat Butik Zawara ni..  
Fes time jugak masuk Zawara.. Zawara Penang plak tu..
Melaka cam takde sangat dah. hahahahah 
Aku masuk cuci mata je.. 
Semua cantik cantik.. shawal seme. 

Tp aku bukan pemakai tegar shawl.. bawal je aku pakai.

so, mmg tak beli pape pun dalam ni.. 
Cuci cuci mata je la.. 
At least bila org citer sal Zawara.. takde la aku rasa peghak sangat. muahahaha. 
Alhamdulillah.. kenyang kami malam tu.. tq pihak yang menaja. :)

Ayer Keroh - Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Bandar Cassia

Perjalanan ke Pulau Pinang adalah sewaktu awal musim cuti sekolah Mac 2015 ni. 

Ayer Keroh ke Pulau Pinang.
Memang menempuh jammed je la.. 

Menaiki jambatan kedua Pulau Pinang. :) 

Memang jauh sikit dan panjang sket berbanding jambatan pertama kan.. 
Huhuhu.. fes time lalu jambatan kedua ni.. 

Lambat sangat plak rasanya nak sampai ke darat.
cuak jugak. 
Perjalanan yang bermula seawal 8.30 pagi hari Sabtu 14hb Mac tu.. 
dan selamat tiba di Pulau Pinang pada jam 4.00 petang hari yang sama.. 

Alhamdulillah.. lagi bersyukur sbb dok belakang je.. 
heheheeheh.. tumpang kete bos je.. 
P atas urusan kerja.. :)

Wednesday, March 18, 2015

Cuti Sekolah

Esok aku start cuti.. 

3 hari ni office lengang sket.. ramai yang bercuti dari minggu lepas.. 

Jadinya derang naik bekerja.. aku plak cuti.. adilkan? 

Bercuti ke mana?? 

Jawapannya TAK TAU lagi. janji cuti. ikut ajelah ke mana kete nak pegi.. 

Dah berjanji ngan Aqeef.. kalau result exam penggal pertama ni ok.. boleh la kita berjalan. 

Nama pun cuti sekolah.. jadi mmg mana mana pun ramai orang. Mydin pun ramai kan.. hehehehhe.. 

So, selamat bercuti uolssss.. :)

Tuesday, March 17, 2015

Buffered Earning (BE)

Lama tak hapdet.. 

Sedikit bizi minggu sebelum sebelum ni.. dan semalam malam selamat tiba dari Pulau Pinang. 

Alhamdulillah.. 

Cam biasa la.. setahun 3 kali akan ikut bos miting.. tahun ni adalah tahun ke-5. :)

Nak kata seronok tu.. lebih seronok kalau dapat jalan dengan keluarga kan.. 

Tp dah kata atas tugasan.. arahan kerja.. kena la jugak patuh.. 

Arahan dari masa ke semasa.. 

Nanti kita story sal trip keje ke penang plak ye.. :))

Sebenarnya nak cerita sal Buffered Earning (BE) yang sedang berjalan kat Nuffnang sekarang ni .. 

Bertahun tak apdet dulu.. mmg automatic BE pun takde.. takde running pun.. 

Once start apdet balik.. BE masuk jugak.. dan sekarang ada 24 BE tengah running.. 

Alhamdulillah.. walaupun 1 BE tu tak sampai RM0.05 pun.. hahahahahhaha.. 

Eh.. At least ada kan.. orang cakap sedikit sedikit lama lama jadi bukit.. 

So, time ni la kena gagahkan diri apdet seberapa banyak entry kat blog.. hahahahahhaah. 

Ok uolssssss.. mengantuk lagi sebenarnya ni.. walaupun pagi ni masuk keje lambat sket.. :p

Thursday, March 5, 2015

Aiskrim Pasu VS Kek Pasu

Tengah sibuk sangat viral pasal eskerim pasu ni kan. 

Macam macam gambo eskerim pasu yang  keluar.. 
lawak betul laaaa.. hehehehehe

Aku x penah lagi merasa pun eskerim pasu ni.. 

Cuma aritu ada p satu vendor butik ni.. kat mitc.. 

so, ada jual mende dalam pasu ni.. 

Tapi bukan Aiskerim Pasu.. tp Kek Pasu.. 

Ciskut lebih tepatnya.. :)

Ini lah rupanya kek pasu tu.. 

Rasa kek laaaa.. atas tu cam biasa la oreo hancur tu.. ada satu dua bar coklat dan biskut.. 
ada terselit anggur plak situ.. dan dalam pasu.. 

maka terhasillah kek pasu. hehehehehhe.. 

Macam-macam idea sekarang kan.. :)

Big Apple Donuts & Coffee @ Mydin Mitc kepada DAZS Donuts & Coffee

Kalau sesiapa perasan yang kedai 
Big Apple Donuts & Coffee kat area Food Court Mydin MITC tu.. 

Dah diambil alih pengurusan baru kot. 
Atau dah bertukar nama baru.. 

Sekarang dah bertukar ke DAZS Donuts & Coffee.

Tapi donutnya tetap sama. 

Rasanya tetap sama. 
Dan pekerja pun masih sama.

Packaging baru nye. 

Harga pun masih sama.. 
Setakat ni la.. tak tau kalau masuk April seme dah naik harga kan.. heheheh


Wednesday, March 4, 2015

Pak Hailam Kopitiam @ Tesco Extra Senawang

Cam biasa 'balik kampung'

Ada urusan sikit kat senawang hujung minggu lepas.

Jadinya ada nak beli barang sikit singgah ke Tesco Extra Senawang.. 

Kebetulan itu je yang paling dekat.. 

Jujurnya lama sangat dah tak ke Tesco.. 
Mana-mana Tesco.. Tesco Melaka pun jarang sangat sangat dah pegi.. 

Nak cerita sikit la pasal Tesco ni. 

Aku perasan dah lama jugak. Tesco ni jarang ada tanda harga kat barang dia kan.
Kalau ada pun satu dua je. 

kalau aku salah maaf la ye. 
Ni apa yang aku perasan la.. 

Dah jenis aku mmg sebelum beli aku akan tengok harga dulu berapa.. 
Sbb jenis kepochi cam aku.. masa scan barang nak bayar tu pun aku akan tengok
Sama ke tak harga dengan harga yang aku tengok tu.. 

Kesimpulannya masa beli barang aritu.. hampir 3 barang yang 
harga scan lebih mahal dari harga yang di tag.

Kalau tak bebetul mmg x perasan.. 
Cam nak cepat tu.. kekadang kita amik je kan barang tu.. dan bayar. 

Ni salah satu sbb aku tak minat berbelanja di Tesco la.. 

Dan jangan salah faham. 
Aku tak cakap Tesco tak bagus. ni pendapat aku sebagai pengguna je.

Ok. habiskan citer Tesco. 

Selepas tu.. lepak sekejap kat Pak Hailam Kopitiam.. 
Ground Floor bawah tu je.. 
Paling dekat dengan pintu entrace.. 
So, fikir lepas makan terus blah je senang. :) 
Tak makan apa pun.. sbbnya memasing kenyang lagi.
Anak je nak makan.. jadi order kan nasi ayam ni . 
namun hasilnya tak memuaskan.

Ayam dia sedikit dah 'berasa'.. 
hampir tak elok dah.. 

Sbgai pengguna mmg la kena komplen kan. 
Rupanya ayam tu dia guna ayam frozen. dan makanan tu terus ditukar pada makanan lain.

Aku tak kisah la pekerja situ cakap aku kekwat ke apa.
Dah hak kita yang membayar. 
Lagipun makanan tu anak-anak yang nak makan. 

Kesimpulannya aku dah malas nak p Tesco lagi 
dan makan kat kedai Pak Hailam Kopitiam ni. 

Serba tak kena. hahahahahhahaha.. 

*maaf. kalau saya tersilap cakap dalam entry ni ye..