Wednesday, March 4, 2015

Pak Hailam Kopitiam @ Tesco Extra Senawang

Cam biasa 'balik kampung'

Ada urusan sikit kat senawang hujung minggu lepas.

Jadinya ada nak beli barang sikit singgah ke Tesco Extra Senawang.. 

Kebetulan itu je yang paling dekat.. 

Jujurnya lama sangat dah tak ke Tesco.. 
Mana-mana Tesco.. Tesco Melaka pun jarang sangat sangat dah pegi.. 

Nak cerita sikit la pasal Tesco ni. 

Aku perasan dah lama jugak. Tesco ni jarang ada tanda harga kat barang dia kan.
Kalau ada pun satu dua je. 

kalau aku salah maaf la ye. 
Ni apa yang aku perasan la.. 

Dah jenis aku mmg sebelum beli aku akan tengok harga dulu berapa.. 
Sbb jenis kepochi cam aku.. masa scan barang nak bayar tu pun aku akan tengok
Sama ke tak harga dengan harga yang aku tengok tu.. 

Kesimpulannya masa beli barang aritu.. hampir 3 barang yang 
harga scan lebih mahal dari harga yang di tag.

Kalau tak bebetul mmg x perasan.. 
Cam nak cepat tu.. kekadang kita amik je kan barang tu.. dan bayar. 

Ni salah satu sbb aku tak minat berbelanja di Tesco la.. 

Dan jangan salah faham. 
Aku tak cakap Tesco tak bagus. ni pendapat aku sebagai pengguna je.

Ok. habiskan citer Tesco. 

Selepas tu.. lepak sekejap kat Pak Hailam Kopitiam.. 
Ground Floor bawah tu je.. 
Paling dekat dengan pintu entrace.. 
So, fikir lepas makan terus blah je senang. :) 
Tak makan apa pun.. sbbnya memasing kenyang lagi.
Anak je nak makan.. jadi order kan nasi ayam ni . 
namun hasilnya tak memuaskan.

Ayam dia sedikit dah 'berasa'.. 
hampir tak elok dah.. 

Sbgai pengguna mmg la kena komplen kan. 
Rupanya ayam tu dia guna ayam frozen. dan makanan tu terus ditukar pada makanan lain.

Aku tak kisah la pekerja situ cakap aku kekwat ke apa.
Dah hak kita yang membayar. 
Lagipun makanan tu anak-anak yang nak makan. 

Kesimpulannya aku dah malas nak p Tesco lagi 
dan makan kat kedai Pak Hailam Kopitiam ni. 

Serba tak kena. hahahahahhahaha.. 

*maaf. kalau saya tersilap cakap dalam entry ni ye.. 

No comments: