"Duit raya" RM500 untuk kakitangan awam, pesara
2010/08/25
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - BERNAMA
| ||||||||||||
Pejabat Perdana Menteri | ||||||||||||
1. Kerajaan telah bersetuju untuk membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak lima ratus ringgit (RM500) kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara Kerajaan. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Bayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dibuat sebelum 1 Syawal. 2. Bayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan memanfaatkan seramai 1.24 juta orang kakitangan awam Persekutuan dan 590,000 pesara Kerajaan. Bayaran ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara Kerajaan. |
Haaaaaa... ada kan?? ada kan??
Alhamdulillahhhhhhhhhh.. syukur sangat...
Terima kasih kepada kerajaan..Itu saje
6 comments:
yer ker ? Alhamdulillah kalo dapat..
syukur
wah pantas....leh beli beras...
ena.. tu dipetik dari berita harian online tu.. hehehehehe..
noj.. syukur kan.. alhamdulillahhhhh..
asha.. li beras?? ha..
Post a Comment