Saturday, March 27, 2010

Masih lagi dalam Mood TIPS.. - Penyakit Kurang Darah

Baru baru ni.. saya ada terbaca di satu blog.. cuma saya terlupa blog yang mana satu.. mengenai penyakit kurang darah.. kebetulan saya terjumpa artikel ini... dan rasanya tak salah kita berkongsi maklumat.. walaupun dah ada juga yang sudah tau.. tapi saya letak sekali lagi...  ini mengenai Penyakit kurang darah...............cuba atasi dengan beberapa petua di bawah.......InsyaAllah


Masalah kurang darah ni boleh berlaku ke atas kanak-kanak, ibu hamil dan juga orang dewasa yang tinggal di pedalaman. Anda yang mengalami masalah ini biasanya akan kelihatan pucat, lesu dan tak bersemangat. Justeru, anda tidak digalakkan berjalan kaki dalam jarak jauh kerana dikhuatiri boleh menyebabkan pengsan.

Antara punca kurang darah adalah disebabkan kekurangan zat protein dan zat besi, wanita yang kerap hamil dan tak teratur, penyakit malaria dan juga jangkitan cacing.
Untuk itu, ada satu petua tradisional yang boleh anda cuba bagi mengatasi penyakit ini. Mula-mula anda sediakan dulu bahan-bahan ini;

1. 2 biji telur ayam.
2. 1 sudu makan madu asli.
3. 1 biji limau nipis.
4. Segenggam daun bayam.
Kemudian, anda ikuti beberapa langkah di bawah ni;

1. Ambil kuning telur saja dan pukul sehingga rata.
2. Masukkan madu ke dalam kuning telur tadi dan kacau sampai rata.
3. Seterusnya, perahkan air limau nipis pula ke dalam campuran tadi dan kacau lagi. :)
4. Tumbuk dahulu daun bayam. Kemudian, anda ambil airnya dan masukkan bersama campuran kuning telur, madu dan air limau nipis tadi.
5. Kacau sekali lagi agar campuran tersebut sebati.
6. Akhir sekali, minumlah air daripada 4 ramuan di atas.

Amalkan meminum air ini selama 3 hari berturut-turut agar badan anda lebih sihat dan segar. Selepas itu, anda dah boleh menjarakkan tempoh meminumnya. Iaitu minum dalam seminggu sekali ataupun buat 2 minggu sekali. Mudah-mudahan anda tidak akan kekurangan darah lagi.

NAMA VERNAKULAR : Bayam

NAMA SAINS : Spinacia oleracea

Bayam merupakan sayur yang kaya dengan vitamin A,C dan E . Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan anemia yang merupakan sejenis penyakit kurang darah. Wanita sering kali kekurangan zat besi kerana didatangi haid , jadi jus bayam yang di campurkan dengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi secukupnya untuk menambahkan tenaga. Jus bayam juga amat mujarab untuk menghilangkan kedutan pada muka.

- Sharing is Caring-

4 comments:

Ena said...

owyh..camtu .. penah gak ader masalah nie.. tp mase peknen jerla..
nak minum camtu jer yg t=rase cam x berape nak masuk tu.. hu3x..
btw thanks 4 sharing.. ^_^

midot said...

ko bleh buat buku dah ni cha..hehe..btw, thanks for da info..

Echa said...

ena.. saya pun baru tau ni.. hehehehhehehe

Echa said...

midot.. buku apa wei??? petua ke.. hehehehe... zidah lagi banyak bole buat buku tu... dia lagi banyak petua tu wei..