Thursday, November 4, 2010

Kisah Banjir Pula.....

Bila tengok berita... dalam surat khabar... cerita pasal banjir ni... 


TEringat kawan-kawan di Kedah.. Kelantan sana tu... 
Harapnya semua ok... 

Moga banjir cepat la surut... 

*Pijot... hang ok tak kat sana?? dah tunggu hari aje kan... 

Ramai lagi rasanya kat sana... harapnya derang semua ok... 
****************************************************************************************
Bila bab banjir ni... Teringat kisah banjir teruk kat Melaka dulu... 
Dan aku adalah salah seorang yang dok mengharung air separas pinggang masa tu... Yang paling bersyukur.. masa tu awal mengandung Aqeef... tapi tak tau masa tu dah mengandung.. Alhamdulillah takde pape... dah kata rezeki kan... 

Apa pun.. ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku tu... 

********************************************************************************************
* nojah... ganu tak banjir kan... moga selamat pegi.. dan selamat balik dengan FM ye... :)


* asha... aku bukan tak ingat ko wei... tapi aku tengok blog ada apdet.. dan aku dah kirimkan nojah pegi tengok ko kat sana tu... hehehehe


* ije pun keluarga mertua dia kat kedah kan... harap semuanya ok la... apa pun kena berhati hati... 


saper lagi?? kekadang aku ni pelupa... maafkan aku la kalau ada nama lupa nak sebut.. heheehhe


2010/11/04

PENDUDUK membantu mencari  dua beradik perempuan Siti Nadia Shukur, 13, dan adiknya, Sharipah, 8, yang dikhuatiri lemas selepas motosikal  dinaiki mereka terbabas ke dalam tali air di Kampung Telaga Emas, Langgar, di Alor Setar, tengah hari semalam.
PENDUDUK membantu mencari dua beradik perempuan Siti Nadia Shukur, 13, dan adiknya, Sharipah, 8, yang dikhuatiri lemas selepas motosikal dinaiki mereka terbabas ke dalam tali air di Kampung Telaga Emas, Langgar, di Alor Setar, tengah hari semalam.



  • Kelantan tak berubah 








  • Bah di Kedah, Perlis dijangka makin buruk
    KUALA LUMPUR: Tiga orang menjadi korban banjir semalam ketika keadaan bah di Kedah dan Perlis dijangka semakin buruk hari ini dengan jumlah penduduk yang dipindahkan sehingga 10 malam tadi lebih 41,000 orang. Bagaimanapun keadaan di Kelantan tidak berubah. Sehingga jam 10 malam tadi, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kedah (26,946), Perlis (13,587), manakala di Rantau Panjang, Kelantan (475).

    Jumlah korban banjir termasuk kelmarin menjadi enam orang. Tiga korban banjir semalam ialah dua di Kedah dan seorang di Perlis.

    Di ALOR SETAR, dua beradik perempuan berusia 13 dan 8 tahun dikhuatiri lemas selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas ke dalam tali air di Kampung Telaga Emas, Langgar, di sini, tengah hari semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Siti Nadia Shukur, 13, dan adiknya, Sharipah, 8, bersama seorang rakan mereka, Intan Malik, 14, terbabas ke dalam tali air selepas motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan akibat ditolak arus deras.
    Di KANGAR, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke Sungai Bahru bersama basikal yang ditunggangnya, di sini, petang semalam.

    Kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Nurul Afiq Mohd Rozaidi, 21, yang berasal dari pekan Simpang Empat, di sini, melalui jalan pinggir sungai terbabit, kira-kira jam 1.05 petang sebelum tergelincir dan terjatuh ke sungai.

    Mayat wanita Jerman, Erna Fischer, 64 yang dihanyutkan arus deras di Kampung Kerinjis, Kota Giam di Jitra, kelmarin ditemui di penduduk dan anggota penyelamat petang semalam. 

    Sementara itu Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah, Qahar Osman, berkata pihaknya menjangka banjir di negeri ini bertambah buruk hari ini, berikutan air dari kawasan tinggi termasuk Padang Terap dan Jitra melimpah ke kawasan rendah khususnya di daerah Kota Star.

    Beliau berkata, keadaan air laut pasang juga akan memperlahankan aliran air sungai di sepanjang Lembangan Sungai Bata di Jitra dan lembangan Sungai Padang Terap.

    Ditanya sama ada banjir di Selatan Thailand akan memburukkan lagi keadaan, Qahar berkata, banjir di negara jiran berkenaan tidak akan menjejaskan kawasan rendah di negeri ini, namun ia mungkin menjejaskan beberapa kawasan di sempadan.

    “Justeru, walaupun cuaca cerah, kita jangka banjir di daerah Kota Star akan bertambah buruk dalam masa tiga hari ini berikutan permukaan muka bumi di Alor Setar lebih rata dari daerah lain,” katanya.

    Sehingga jam 10 malam tadi, Kubang Pasu mencatat mangsa dipindahkan paling ramai iaitu 17,080 orang di 48 pusat pemindahan, manakala Padang Terap 4,197 orang di tempatkan di 39 pusat pemindahan.

    Di Kota Star, 4,220 orang dipindahkan ke 19 pusat pemindahan dan Pokok Sena, 1,396 di pindahkan ke 18 pusat pemindahan.

    Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (Kedah) berkata, pihaknya akan menggunakan khidmat helikopter tentera berikutan ada sebahagian kawasan banjir tidak dapat dimasuki dengan kenderaan pacuan empat roda termasuk bot dan lori.
    Pengarah JPS Perlis, Nishad Mohamed Mohd Shaffy berkata, pihaknya menjangka banjir di Perlis akan berlarutan dua hari lagi.

    Bagaimanapun, tinjauan di sekitar bandar ini semalam mendapati paras air di beberapa lokasi sekitar bandar ini terutama di Seriab dan Bintong semakin meningkat, menyebabkan lebih banyak mangsa dipindahkan.







  • ..............................................................................................

    Lapangan terbang ditutup


    2010/11/04

    KEADAAN LTSAH yang dinaiki air kira-kira satu meter di Alor Setar, semalam.
    KEADAAN LTSAH yang dinaiki air kira-kira satu meter di Alor Setar, semalam.
    Penerbangan di LTSAH ditunda kecuali perkhidmatan helikopter 

    SUBANG: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Alor Setar, Kedah, ditutup sejak kelmarin kepada semua penerbangan, kecuali perkhidmatan helikopter, akibat banjir, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
    Beliau berkata, bilangan penerbangan terjejas berikutan keadaan itu masih belum dapat dipastikan kerana ia akan bergantung kepada tempoh penutupan lapangan terbang berkenaan.
    “Kita tidak tahu lagi bila lapangan terbang itu (LTSAH) boleh dibuka semula. Oleh itu, kita meminta maaf kepada orang ramai berhubung keadaan ini yang berlaku atas faktor cuaca. 

    “Bagaimanapun, lapangan terbang lain di Kuala Terengganu serta Kota Bharu tidak terjejas dan masih beroperasi,” katanya pada sidang akhbar selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, menamatkan lawatan rasminya di Malaysia, di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini, semalam. 

    Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Tengku Datuk Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz, berkata penumpang yang sudah menempah tiket penerbangan tetapi perjalanan terjejas akibat penutupan LTSAH, ditawarkan beberapa pilihan. 

    Katanya, mereka boleh memilih penerbangan ke Pulau Pinang atau Langkawi sebelum mengambil pengangkutan lain ke Alor Setar, atau membuat penjadualan semula penerbangan pada hari lain dengan bergantung kepada keadaan. 
    Sambil menganggarkan beberapa ratus penumpang terjejas dengan penutupan LTSAH setakat ini, beliau berkata, MAS juga akan bekerjasama dengan Lembaga Tabung Haji untuk membantu menangani penerbangan jemaah haji yang terjejas. 
  • 8 comments:

    ~aSHa~ said...

    nape tak teringat kat aku yg duk pantai timur ni?

    ♥cikmOt♥ said...

    hurmmm...harap tiada lagi kemalangan jiwa...

    Echa said...

    asha.. bukan aku tak teringat ko wei.. tapi aku tengok blog ko masih berapdet... jadinya aku telah pasti ko ok dan sehat.. serta selamat...

    ~aSHa~ said...

    ehehehe gitu ek

    tak pasan ko singgah pung

    Ahkak Geli said...

    aku ni risau plak banjir melarat ke pekan plak..

    ♥cikmOt♥ said...

    aku tengah banjir skang...malasnyaaaaaaaaaaa

    ainhany said...

    ciannnnn....
    penuhlaa htel kat kedah gamaknya..:)
    semuga sabar degn ujian dan dugaaan nie. Btw....syukur kg akk masih di zon selamat..Pendang..

    Drama Mama said...

    i horror gak teringat pernah kena banjir teruk once. paling tak tahan banyak tikus! euwww euwwww!

    http://twinkywinkystars.blogspot.com