Thursday, November 4, 2010

Pengguna Petrol RON95

Pengguna Petrol RON95... 
Nampaknya ada juga ura ura kenaikan harga minyak untuk tahun depan ni... 

Tapi apa pun.. harga masih kekal sehingga hujung tahun ni ajelah... 
Tahun depan kena tunggu... 
Kalau dinaikkan... tak boleh buat apa la kan... 
Kalau masih kekal harga lama.. alhamdulillah... 

Harapnya tak dinaikkan la... 
Petrol ni kan digunakan hari hari... 
Kalau naik harga... terasa la jugak kan... :(

******************************************************************************************
 

Harga RON95, diesel kekal akhir tahun


2010/11/04

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjangkakan tiada kenaikan harga petrol RON95 dan diesel hingga akhir tahun ini. 

Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan itu tidak diketahui untuk tahun depan, kerana ia bergantung kepada persekitaran dunia.
Katanya, sebarang perubahan harga petrol RON95 dan diesel akan diputuskan Kabinet dan beliau tidak boleh mendahului Kabinet dalam hal ini.
“Bagaimanapun, mengikut jangkaan saya, tiada perubahan sehingga akhir tahun ini, tetapi bagi tahun depan, ia masih tidak diketahui,” katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan menaikkan harga RON95 dan diesel susulan kenaikan harga petrol RON97 lima sen seliter bagi bulan ini. 

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Sistem Laluan MyCoID Fasa Kedua di sini, semalam. 

Menerusi sistem yang dibangunkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu, mana-mana pihak yang ingin memperbadankan syarikat kini boleh melakukannya menerusi laman web MyCoID. 

Kemudahan itu membolehkan mereka yang ingin menubuhkan syarikat tidak perlu pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) mengikut amalan biasa. 
Sementara itu, ketika diminta mengulas tindakan pembangkang memanipulasi kenaikan harga petrol RON97, beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana kenaikan harga petrol RON97 bukan ditentukan kerajaan. 

Mengulas pengiraan harga RON97, Ismail Sabri berkata, Persatuan Pengedar Petrol akan menetapkan harga mengikut nilai purata harganya selama 28 hari mulai 1 hingga 28 hari bulan setiap bulan untuk menetapkan harga barangan berkenaan untuk pasaran bulan selanjutnya. 

“Ini berbeza dengan RON95 dan diesel disubsidi. Kerajaan masih mengawal harganya, kita yang menentukannya,” katanya. 

Sebab itu, apabila harga RON97 naik, kerajaan tidak mengumumkan apa-apa,” katanya. 

Beliau berkata, rakyat juga tidak panik dengan kenaikan harga RON97 kerana lebih daripada 90 peratus penggunaan minyak di negara ini menggunakan petrol RON95. 

6 comments:

♥cikmOt♥ said...

eh sejak bila ko jadi duta ron95 ni...
tak tau pung...

hehehe...
pepun aku harap janganlah naik sampai membebankan...
musnahlah harapan aku nak kai lagi sebiji kete gini...huhuhu

Echa said...

hahahahaha... aku kebetulan baca paper online skang ni wei.. umur dah meningkat ni... :)

wei.. kete tetap boleh beli wei... tapi kena cari kete tak guna minyak.. ada tak ko rasa.. hehehehe

♥cikmOt♥ said...

ada...kalu aku jawab kete tolak ko terima tak???

Echa said...

hehehehee.. kete tolak tu tak selamat sangat wei.. kena pikir keselamatan jugak...

Anonymous said...

xde jaminan ron 95 xnaik tahun depan kan
aku dah bersedia dah..memang tau minyak akan naik lagi!! hampes!

umilia said...

yela..pengguna ron 97 msti jeles nape ron 95 tak naik..dorg msti suh naik kan gak..br adil..leh gitu..(sbb aku pgguna ron 97) hahahaha..