Wednesday, November 3, 2010

Rentetan Kenaikan Harga Minyak

Kenaikan Harga Minyak RM0.05 Untuk Petrol RON97 Sahaja ya kawan-kawan... 

Lupa nak letak dalam entry semalam... 

Jadinya.. yang menggunakan RON95 mungkin masih boleh mengurut dada... walaupun minyak bukan turun harga.. tetap je harganya gitu... 

Turun ke... naik ke minyak... tetap kena harung jugak la kan... nak buat camne........ :(


Ni copy paste dari Berita Harian Online.. 

****************************************************************************

Pasaran dunia pengaruhi kenaikan petrol RON97
Oleh Ismail Mat
bhnews@bharian.com.my
2010/11/03

   ISMAIL Sabri mengisi minyak motosikal Orang Asli selepas pelancaran penyeragaman harga LPG di Kampung Sangwai, Pos Brooke,  semalam.
ISMAIL Sabri mengisi minyak motosikal Orang Asli selepas pelancaran penyeragaman harga LPG di Kampung Sangwai, Pos Brooke, semalam.
Kerajaan tak campur tangan selepas harga bahan api diapung 

GUA MUSANG: Kenaikan harga lima sen bagi setiap liter petrol RON97 mulai semalam, berlaku kerana pengaruh pasaran sepenuhnya, selepas harga minyak itu meningkat sejak diapungkan kerajaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sejak diapungkan, harga RON97 bergerak berdasarkan pengaruh pasaran minyak dunia.
Beliau berkata, kerajaan tidak campur tangan terhadap sebarang pergerakan harga di pam, sebaliknya diumumkan sendiri syarikat minyak dan dan pengusaha stesen. 

“Ketika penyelarasan harga dibuat terhadap barang keperluan dibuat sebelum ini, kerajaan sudah mengumumkan langkah pengapungan harga minyak RON97. Apabila diapungkan, kerajaan tidak lagi menentukan harganya. 

“Kalau harga dunia naik, ia akan naik, bila harga turun, ia akan turun. Baru-baru ini, selepas pengapungan dibuat, tiada perubahan ketara dalam pasaran dunia menyebabkan harganya sekata. 

“Yang penting, RON95 tidak naik sebab minyak itu digunakan majoriti rakyat berbanding RON97 yang digunakan sebahagian pemilik kereta berkapasiti enjin besar serta warga asing di sempadan negara iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia,” katanya. 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Penyeragaman Harga LPG dan Projek Drumming Komuniti dekat Kampung Sangwai, Pos Brooke di sini, semalam. 

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan dan Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mahani Tan Abdullah dan Pengarah KPDNKK Kelantan, Fauzi Haron. 

Ismail Sabri berkata, kenaikan harga RON97 tidak akan memberi kesan kepada rakyat dan pada masa sama harga produk premium itu akan berubah setiap bulan mengikut pasaran. 

“Harga RON97 akan berubah, turun atau naik setiap bulan. Dari segi pengiraannya, mereka akan menilai purata harga selama 28 hari mulai 1 hingga 28 hari bulan setiap bulan untuk menetapkan harga barangan berkenaan untuk pasaran bulan selanjutnya. 

“Kalau purata harganya naik bulan ini, maka ia dinaikkan pada bulan selanjutnya. Ini ditentukan sepenuhnya pasaran menerusi penilaian dibuat syarikat minyak dan persatuan pengusaha stesen,” katanya. 

Beliau menolak kebimbangan dan persepsi kenaikan harga pada RON95 akan menyusul selepas ini, kerana harga bahan bakar terbabit dikawal oleh kerajaan. 

7 comments:

Ena said...

betul tu.. naik ka.. turun ka.. minyak tetap kena isi.. tapi kalo naik memg terasa la.. mrmmm

Echa said...

Ena... katanya tu... dia akan naik dan mgkin akan turun balik.. naik turun camtu... tapi bila turun mgkin takde pape la kan.. cuma bila naik walaupun satu sen seliter tu.. terasa jugak la kan...

Anonymous said...

haih..ntah la xtau nk ckp apa...
aku guna ron 95 je...

♥cikmOt♥ said...

aku takmo cakap apa2 la...kang wat sakit ati jek...huhuhu...

..nOj.. said...

malas isi minyak dah. kalau abis minyak tengah jalan kang, jalan kaki jela anak beranak

Lynn Abd Latib said...

adoikkh

sumer barang naik..govt baru released bonus rm500 jerk..isshh2x

umilia said...

sib baik laki aku yg sll isi myk..hahahaha..