Wednesday, January 20, 2010

Belimbing Buluh

Harini mari kita belajar mengenali pokok yeeeee...

Pokok apaaaaa...

Pokok Belimbing Buluh...


(gambar bukan sumber internet.. ni gambo aku amik dari kamera aku... kat umah mak aku.. menggunakan skill aku sendiri.. sekian.. :)

INFO:


Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.

Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang. (sumber dari internet)..


* Kalau buat sambal ikan bilis ataupun sambal udang.. campur belimbing buluh ni pun sedappppp.... masak lemak cili padi ikan sembilang ke.. campur ngan belimbing ni lagiiiii la sedapppppp.. ishhhhh... lapooo giler ni..

5 comments:

..nOj.. said...

wei ko tau sambal itam x? ntah la kt sane ade ke x. tp kt belah2 lipis mmg gelemer la. belimbing ni buat camne tah jd kan itam, pastu buat sambal letak ikan bilis n bawang. gile punye sedap

pak long said...

salam...
setangah org kata belimbing tunjuk..sebabnya belimbing tu sebesar jari telunjuk.....buat basuh ikan sepat cukup baik ni..ilang hanyir ikan tu...

~aSHa~ said...

good info..tq

Echa said...

noj.. sambal itam?? entahlah wei.. cam tak penah dengar jeee...

pak long... baru tau ni ada orang panggil belimbing tunjuk.. tapi betulla.. belimbing ni tak besar... besar jari telunjuk je...

asha.. ok.. hehehe

Ena said...

keorr liur sy tgk buah belimbing tu.. terase kemasaman nyer kat lidah sy nie.. he3x.. dasyat tu.. aura sampai ke sini.. he3x..