Thursday, December 31, 2009

Akhirnya.. Syukur Alhamdulillah.....

* Tak nak membebel panjang... sbb banyak lagi tindakan susulan nak buat ni... aku ringkaskan ajelah yeeeee...

Skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang berkuat kuasa melalui
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2007 diubah seperti berikut:

(a) nama skim perkhidmatan diubah daripada Pembantu Tadbir
(Kesetiausahaan) kepada Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat;

(b) mewujudkan lapisan gred jawatan/ gred gaji seperti berikut: N17, N22,
N27/28, N32, N36;

(c) memperuntukkan perbekalan lantikan terus ke jawatan Setiausaha Pejabat
Gred N27 menggunakan Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik
tempatan atau Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dengan penetapan gaji
permulaan yang berbeza;

(d) memperuntukkan perbekalan kenaikan pangkat bagi pegawai tertakluk
kepada syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim
perkhidmatan seperti berikut:

(i) Gred N17 ke Gred N22;

(ii) Gred N17 ke Gred N28;

(iii) Gred N22 ke Gred N28;

(iv) Gred N27/28 ke Gred N32

(v) Gred N32 ke Gred N36.


Semua pegawai dalam skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang
dilantik secara tetap adalah layak ditukar lantik ke skim perkhidmatan Pembantu
Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat yang baharu seperti berikut:

(a) pegawai yang mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):

(i) Gred N17 akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan Pembantu
Setiausaha Pejabat Gred N17; dan

(ii) Gred N22 akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan Pembantu
Setiausaha Pejabat Gred N22.

(b) pegawai yang mempunyai kelayakan Diploma Sains Kesetiausahaan
daripada politeknik-politeknik tempatan atau Diploma Pengurusan dan
Teknologi Pejabat daripada UiTM:

(i) Gred N17 akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan Setiausaha
Pejabat Gred N27;


(ii) Gred N22 akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan Setiausaha
Pejabat Gred N28; dan

(c) pegawai yang berada di Gred N32 akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan
Setiausaha Pejabat Gred N32.


*Takde apa lagi nak cakap.... selain ucap syukur sesangat.... alhamdulillah... penutup 2009 yang paling bermakna sekali rasanya ni......

Tapi kalau nak baca jugak pekeliling ni.. sila klik sini... tq pada pn. izan.. atas pekeliling tu yeee..

* jap.. jap.. aku musykil.... kena g induksi ngan btn lagi ke??? huwaaaaaa.. ttolong perjelaskan pada aku yg memang tengah blur ni.... sila bagi jawapan gumbira yeeee....

18 comments:

firahadifa said...

that's awsome !

~aSHa~ said...

lagi satu..mana diploma kesetiausahaan dari uitm...ehehehe..baca molek2...

saje nak hangat kan..mesti ramai tepon jpa sbb meke terlupa ttg itu

SYAbAR said...

kalau masih di goren, akak dah gred 36 dik..... but still walau pelarasan di buat, di sini gajinya lebih lumayan

Unknown said...

asha, bukan ke semua sekali tu dah kira kan..

echa sekarang nama kita Setiausaha Pejabat kan. heeh best sikit

ratna said...

alhamdulillah dekkkkk.. rezeki di akhir tahun..

Ena said...

wahhh.. Tahniah.. beruntungnyer badan.. tumpang gembira..

♥cikmOt♥ said...

ko saja ek nak hangatkan sha...tu nama lama..skang nama baru diploma teknologi pejabat bagai...lalala

umilia said...

hahaha..suke2..tp setelah gaji di kira dgn bosku td. ala..beza kit je..tp takpela kan..tu tak pntg..yg pntg naik gred..hehehe...

Echa said...

zidah.. ko baca bebetul ar.. kan ada tu.. iskkk.. ke aku yg silap pandang....

ha.. nama pun berubah dah ni... syok sket dengar.. hehehehe...

alhamdulillah.. rezeki akhir tahun... tapi itulah.. nak jugak tunggu itam putih dari pendaftar sini kan...

~aSHa~ said...

ye wei..org sini yg ckp wei..bahaya pekeliling tu..skrg korang cek balik ke laman web jpa...dah kuar balik kan..ahahahha 2 kali dah tarik balik...sbb meke tak alert...org sini kang pengkaji dan pembentang pekeliling....@ penceramah

Echa said...

izan.. zidah ni memang la... menghangkitkan keadaan.. heheheh... risau gak ni...

lia.. kalau ikutkan memang beza sikit.. takpe.. takpe.. kita tunggu aje surat dari pendaftar ni.. hehehe...n

SYAbAR said...

lupa la pulak nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2010 kat semua Setiausaha2. Moga kita semua sentiasa bergerak maju sealiran dengan tuntutan teknologi permodenan dan kehendak organisasi.

Anonymous said...

beznye korang...tumpang happy juga

..nOj.. said...

tahniah... jgn pedulikkan zidah yg tak baca perkataan YANG DIIKTIRAF SETARAF DENGANNYA... dan jugak masih x tau diploma pengurusan pejabat adelah nama baru bagi SS

Echa said...

kak syabar..selamat tahun baru 2010 jugak kak...

nana... tumpang lalu pun bole... hehehe... ala nana... kita gomen ni gaji tak sebanyak keje swasta.. bonus pun takde.. heheheh..

noj... tahniah tu tuk saper tu? heheheh... zidah ni suke tak baca sampai bis tau... taula entry tu takde gambo....

~aSHa~ said...

wei wei...dlm pekeliling takde yg setaraf dgnnye ye...

Anonymous said...

salam...
ok la..aku ni n22 dah lima tahun..apapun tak kisahlah kerja banyak pangkat tak naik darah juga ada naik....nasiblah jadi kerani...

Anonymous said...

Maaf.. nak tanya lah kan. klu mcm sya baru terima tawaran lantikan tetap ni. gred N17 tapi sya ada Dip. dari UiTM. so, dapat naik ke gred N27 tak?? sebab dekat petikan ada mengatakan

"(b) pegawai yang mempunyai kelayakan Diploma Sains Kesetiausahaan
daripada politeknik-politeknik tempatan atau Diploma Pengurusan dan
Teknologi Pejabat daripada UiTM:

(i) Gred N17 akan ditukar lantik ke skim perkhidmatan Setiausaha
Pejabat Gred N27;"

Mohon pencerahan..