Jerebu kerana 244 titik panas Sumatera | ||
|
Utara Johor, Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Selangor sejak kelmarin disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia. Menurut kenyataan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ini ekoran peningkatan bilangan titik panas di Sumatera meningkat kepada 244 kelmarin, berbanding 80 yang dikesan pada 16 Oktober. "Imej satelit NOAA-18 pada 17 Oktober 2010 juga menunjukkan terdapat pergerakan asap jerebu dari kawasan-kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Wilayah Sumatera Selatan dan Wilayah Jambi, Sumatera, Indonesia ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia," kata jabatan itu. Sepanjang 24 jam juga, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) daripada 51 buah stesen pengawasan kualiti udara JAS yang direkodkan pada jam 11.00 pagi tadi mencatatkan 23 kawasan berada pada tahap baik. Manakala 27 kawasan berada pada tahap sederhana dan satu kawasan berada pada tahap tidak sihat, kata JAS dalam kenyataan itu lagi. Kenyataan itu juga menyebut, jarak penglihatan sehingga pukul 12.00 tengah hari ini di beberapa kawasan tertentu seperti Batu Pahat, Muadzam Shah, Ipoh, Melaka, Temerloh dan Kuantan sedikit merosot kepada 3km hingga 7km. "Orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka," kata jabatan itu. Sekiranya berlaku kebakaran terbuka, orang ramai dinasihatkan melaporkannya kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727. |
***************************************************************** kat sini kemain teruk lagi jerebu.. putih je keadaan kat luar tu.. dengan bau cam asap pun ada.. ishhh.. takkan jerebu siap ada bau asap sekali ni?? :) Apa pun.. hati hati ye kepada kengkawan seme.. anak anak yg pnting.. risau jugak kan... dalam keadaan jerebu ni macam macam penyakit boleh dapat... |
12 comments:
wei kalo jerebu rasenye mmg ade berbau sket la. hati2 la wei. jgn jalan2 sgt. duk dlm umah je
betol betol..bau macam asap asap skit..
kalu ada bau telur tu, ko cek la tanya laki ko..mesti dari dia..hahah
adui...risau anak anak kecit ni la-
kene sedia topeng totop idung tu balik la kan :)
kena pakai topeng kalo gini...elakkan sakit paru2...
jerebu teruk sgt,bila jerebu ni takut kena byk penyakit lak
kawasan muar mencatatkan indeks jerebu tertinggi iaitu antara 112 hingga 118..keadaan tidak sihat..sekarang saya rasa sangat sesak nafas..terpaksa pakai topeng muka walaupun membuat kerja didalam pejabat...
noj... memang berbau asap kan.. teruk betul pemandangan kat sini... tak nampak apa ...
ms geli.. tetiba masuk citer telur kan?? ko memang.. sabo.. sabo.. esok khamis dah.. hahahahhahaa
ieda.. tutup muka skali wei.. takut timbul jerawat.. hahahahaha
asha.. seme kena tutup ni wei.. cam tak le napas dah
HBS... memang time time jerebu ni.. penyakit mudah datang kan.. batuk tu dah semestinya....
pertsniper.. ye ke... teruk sangat ek... kat melaka ni teruk jugak.. tapi dalam opis ok lagi kot... separa lemas je.. hehehehe
Post a Comment