Tuesday, October 19, 2010

Jerebu Teruk

Jerebu kerana 244 titik panas Sumatera
Okt 18, 10 6:30pm

Keadaan berjerebu yang dialami terutamanya di sekitar kawasan
Utara Johor, Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Selangor
sejak kelmarin disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas
sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS),
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ini ekoran peningkatan
 bilangan titik panas di Sumatera meningkat kepada 244 kelmarin,
 berbanding 80 yang dikesan pada 16 Oktober.

"Imej satelit NOAA-18 pada 17 Oktober 2010 juga menunjukkan
terdapat pergerakan asap jerebu dari kawasan-kawasan
kebakaran di Wilayah Riau, Wilayah Sumatera Selatan dan
Wilayah Jambi, Sumatera, Indonesia ke Pantai Barat
Semenanjung Malaysia," kata jabatan itu.

Sepanjang 24 jam juga, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU)
daripada 51 buah stesen pengawasan kualiti udara JAS yang
direkodkan pada jam 11.00 pagi tadi mencatatkan 23 kawasan
berada pada tahap baik.

Manakala 27 kawasan berada pada tahap sederhana dan satu
kawasan berada pada tahap tidak sihat, kata JAS dalam
kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu juga menyebut, jarak penglihatan sehingga pukul
12.00 tengah hari ini di beberapa kawasan tertentu seperti Batu
Pahat, Muadzam Shah, Ipoh, Melaka, Temerloh dan Kuantan
sedikit merosot kepada 3km hingga 7km.

"Orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau
menyebabkan pembakaran terbuka," kata jabatan itu.

Sekiranya berlaku kebakaran terbuka, orang ramai dinasihatkan
melaporkannya kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan
Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di
talian bebas tol 1-800-88-2727.
*****************************************************************

kat sini kemain teruk lagi jerebu.. 
putih je keadaan kat luar tu..
 dengan bau cam asap pun ada.. ishhh.. 
takkan jerebu siap ada bau asap sekali ni?? :)




Apa pun.. hati hati ye kepada kengkawan seme..
 anak anak yg pnting.. risau jugak kan...
dalam keadaan jerebu ni
macam macam penyakit boleh dapat... 

12 comments:

..nOj.. said...

wei kalo jerebu rasenye mmg ade berbau sket la. hati2 la wei. jgn jalan2 sgt. duk dlm umah je

*Miss Geli^ said...

betol betol..bau macam asap asap skit..
kalu ada bau telur tu, ko cek la tanya laki ko..mesti dari dia..hahah

adui...risau anak anak kecit ni la-

Ieda Al-Habsyi said...

kene sedia topeng totop idung tu balik la kan :)

~aSHa~ said...

kena pakai topeng kalo gini...elakkan sakit paru2...

health-beauty-slimming said...

jerebu teruk sgt,bila jerebu ni takut kena byk penyakit lak

pertsniper said...

kawasan muar mencatatkan indeks jerebu tertinggi iaitu antara 112 hingga 118..keadaan tidak sihat..sekarang saya rasa sangat sesak nafas..terpaksa pakai topeng muka walaupun membuat kerja didalam pejabat...

Echa said...

noj... memang berbau asap kan.. teruk betul pemandangan kat sini... tak nampak apa ...

Echa said...

ms geli.. tetiba masuk citer telur kan?? ko memang.. sabo.. sabo.. esok khamis dah.. hahahahhahaa

Echa said...

ieda.. tutup muka skali wei.. takut timbul jerawat.. hahahahaha

Echa said...

asha.. seme kena tutup ni wei.. cam tak le napas dah

Echa said...

HBS... memang time time jerebu ni.. penyakit mudah datang kan.. batuk tu dah semestinya....

Echa said...

pertsniper.. ye ke... teruk sangat ek... kat melaka ni teruk jugak.. tapi dalam opis ok lagi kot... separa lemas je.. hehehehe