Thursday, July 2, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

wah.. contest lagi??? kali ni mombloggersplanet.com yang anjurkan.. beh la.. contest tak henti henti.. :) dan tema kali untuk bulan July ialah.. “Cutest Baby in CAR SEAT“.

jom meriahkan majelis... hehehe.. korek korek gambo anak dalam carseat yeee... mana lah tau.. ada rezeki kali ni tuk menang.. adiah plak.. sangatttt la bessss... gambo anak saje yeee.. gambo mak atau bapak tidak akan dilayan.. sila cek kat sini kalau nak tau lebih lanjut..

Ok.. here we goes..


Pengguna tegar car seat : Muhammad Aqeef Ha
iqal bin Noor Mahadir
Tarikh Lahir : 22 Ogos 2007


Sebenarnya Ibu n Babah mula letakkan Aqeef dalam 'carseat' sejak Aqeef baby lagi.. tapi sesudah Aqeef pandai duduk dan tegap sikit.. dalam 6 bulan rasanya Aqeef mula duduk dalam car seat.. sebelum tu Aqeef masih lagi duduk di pangku ibu.. yelah.. masa tu Aqeef pun 'bf' lagi.. senang Ibu nak susukan Aqeef.. Car Seat pertama Aqeef ialah cam dalam gambar kat bawah ni..

Car Seat pertama Aqeef ni ibu beli kat kedai biasa je.. car seat pun murah.. bukan branded pun.. tapi Ibu ngan Babah tetap memastikan yang Aqeef selamat duduk dalam car seat tu.. seme ciri keselamatan kami pikirkan.. tak semestinya kami beli car seat yg murah, car seat tu takde ciri keselamatan.. bukan harga jadi ukuran, tapi keselamatan paling utama...

Yang paling penting, Aqeef selesa duduk dalam car seat, selesa untuk tidur...


tengok tu.. kan nampak selesa bila tidur dalam car seat.. lena nyer diaaa. walaupun car seat lama ni aqeef tetap guna sampai umur dia setahun lebih.. tapi.. banyak memberi jasa pada kami..

sampai lah tiba masa aqeef dah rasa tak selesa dengan car seat lama.. iyelah.. Aqeef pun dah besar kan??? dah tinggi.. kepala pun dah melebihi kepala car seat tu... car seat pun dah sempit dengan badan aqeef..bila keadaan tak selesa, mood 'penumpang' pun tak besss. tengok la tu.. ok.. ok..

Babah dan Ibu buat keputusan tukarkan car seat Aqeef dengan car seat yg lebih besar dan selesa.. 'penumpang' dah besar, 'kerusi' kenalah sepadan.. so, car seat baru Aqeef babah belikan kat Jusco.. cap Sweet Cherry.. walaupun harga dan namanya tak se gah brand brand yang lain dan tak semahal brand lain, tapi yang penting keselamatan dan keselesaan... dan kemampuan.. :p


ha.. barulah Aqeef selesa kan?? bole gayut gayut.. mood pun sentiasa okkkk.. bole melaram laram...

hati berbunga... senyum memanjanggg.. dah selesaaaa katanyaaaaaaaaaaaa... tapi cam tak bertahan lama...

cepatnya Aqeef bosan.. mungkinkah kena tukar car seat baru??? biar apa pun, Aqeef akan tetap berada dalam car seat sepanjang berada di dalam kereta... selagi Aqeef belum cukup 'time' nak duduk sendiri dalam kereta tanpa car seat, selagi itulah ibu dan babah akan tetapkan syarat tuk aqeef naik kereta.. syarat apa??? 'PENGGUNAAN CAR SEAT UNTUK AQEEF DI DALAM KERETA'... tak kira perjalanan jauh, ataupun dekat... kami sayang awak Aqeef oiiii.. !!!


tapi.. penggunaan car seat dalam kereta bukan bermaksud anak tiada pengawasan ibu bapa.. harus ada yeeee... jangan biarkan dia sorang dalam car seat.. lebih lebih lagi anak yg dah cerdik.. pandai tekan itu.. tekan ini.. bukak itu, bukak ini.. kena awasi juga... ini tuk kebaikan bersama... so, kepada sesapa yang masih belum mempraktikkan penggunaan car seat untuk anak di dalam kereta.. sila renung renungkan.. tak rugi kita melabur sedikit untuk nyawa yang tiada galang gantinya... sedikit info untuk ibu bapa yang masih lagi tercari-cari car seat yang sesuai untuk bayi / anak mereka..


cam kata aqeef.. 'yeayyyy!!! sampai dengan selamat.. alhamdulillah'.. hehehehe

so, apa lagi???
check it out!


1.

Keterangan :
* Sesuai bagi Bayi baru lahir hingga umur hampir 1 tahun,
* Berat sehingga 9 kg,
* Tidak berupaya menyokong kepalanya dengan betul

Panduan :
1. Kerusi menghadap kehadapan

2. Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar


2.
Keterangan :
*9 bulan hingga hampir 4 tahun, berat di antara 9 hingga 18kg

Panduan :
1. Kerusi menghadap kehadapan

2. Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar


3.

Keterangan :
*4 hingga 11 tahun, berat antara 15kg hingga 36kg

Panduan :
1. Tempat duduk menghadap ke hadapan

2. Tempat duduk pengalas direka khas untuk kanak-kanak supaya tali pinggang orang dewasa
dapat digunakan merentasi dada dan pinggul mereka dengan selamat

3. Mesti dipasang di kerusi belakang dengan tali pinggang keledar



SAYANGILAH ANAK ANDA
ANDA MAMPU MERUBAHNYA!


dan pertandingan adalah dibawa bersama oleh:

MomBloggersPlanet : http://www.mombloggersplanet.com/1126/cutest-baby-photo-contest-july-09/
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my
AliceWonders : http://www.alicewonders.com


dan hadiah adalah ditaja oleh:


*cam kempen keselamatan tak?? :p

3 comments:

Unknown said...

lolol encemnyer dia, heheh!! gewd luck sis! =)

Echa said...

saje nak cuba cuba nasib buat kempen.. hehehehe..

Afzan said...

wah.. rajin sungguh die masuk contest ye.