Amalan Surah Al-Quran
- Surah Yusuf – untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
- Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
- Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
- Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
- Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
Doa Semasa Hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
* doa semasa marah tak jumpa lagi ni... sementara tu... baca ajelah doa doa yang dah sedia ada....
'sharing is caring' kan...
8 comments:
aku suka doa2 ni.. aku amik eh echa, nak kongsi dgn ibu2 hamil lain.. :) thanks
thanx sharing...mau amik gak doa nih...
yg yasin tu aku tak penah tau pun. tp memang bagus la utk kte yg ngandung time2 skang ni. budak2 muda skang ni pun dah mcm2 hal. cemane la anak2 kte nanti. moga mereka tau bezakan mane halal mane haram mane dosa mane pahala. amin
mel.. amik la wei.. memang nak share tu...
et.. amik.. amik.. nanti nandung boleh amalkan...
noj..
'utk kte yg ngandung time2 skang ni'
fareez nak dapat adik dah ke?? kemain advanced.. tau la memang nak anak rapat skang ni wei.. hehehehehee
pokoknya.. banyakkan banyak al- quran kan. amalan masa ngandung sgt mempengaruhi anak masa lahir kan.. ;)
entry yg sangat bagus.. :D
Echa dah pregnant ker? tahniah!
Post a Comment