Wednesday, September 2, 2009

Yeee.. Yeeeee... Alhamdulillah!!!

Kerajaan Setuju Bayar Bonus Kakitangan Awam
sila klik tajuk bagi rencana asal
PDF Print E-mail
Tuesday, 01 September 2009 17:20

Oleh Leong PN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk memberikan bonus kepada kakitangan awam dan pembayaran akan dilakukan oleh kerajaan sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sumber-sumber kerajaan memberitahu Malaysia-instinct, Perdana Menteri telah menyatakan persetujuannya agar bonus tersebut dibayar dan urusan pembayaran akan disegerakan untuk meringankan beban kakitangan yang terlibat.

``Bagaimanapun nilai bonus masih belum ditetapkan dan akan diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

``Pengumuman mengenainya pula akan dibuat sama ada pada minggu ini atau selewat-lewatnya pada minggu depan,'' kata sumber tersebut.

Pada tahun lalu kerajaan membayar bonus sebulan gaji kepada kakitangan kerajaan atau minimum RM1,000.

Pembayaran bonus itu pula dibuat sebanyak dua kali iaitu sebahagiannya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala bakinya pada hujung tahun bagi membolehkan kakitangan kerajaan membelanjakan wang tersebut untuk tujuan membeli persiapan persekolahan anak-anak.

Bagaimanapun, pada tahun ini timbul kebimbangan kerajaan tidak akan membayar bonus berikutan prestasi ekonomi dunia dan negara yang mengalami kemuncupan.

Lebih merisaukan apabila terdapat pandangan pihak tertentu bahawa bonus tidak boleh dibayar sebelum Hari Raya berikutan Bajet 2010 hanya akan dibentang di Parlimen oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada 23 Oktober ini.

Pada tahun-tahun sebelum ini, pengumuman mengenai bonus hanya dibuat ketika pembentangan bajet dan pembayarannya dibuat selepas itu.

Pembayaran bonus sebelum bajet pada kali ini bakal mencatat sejarah baru dan menepati gagasan Najib yang mahu kebajikan rakyat diberi keutamaan seperti yang digariskan dalam konsep 1 Malaysia.

Sumber itu menambah, Perdana Menteri amat mengambil berat tentang kesusahan kakitangan rendah yang perlu berbelanja lebih untuk persiapan menyambut Syawal.

``Beliau prihatin dalam hal tersebut walaupun ramai yang meramalkan tiada bonus akan dibayar pada tahun ini.

``Tunggulah, berita gembira akan menyusul,'' katanya tanpa mahu mengulas dengan lebih lanjut.


Last Updated ( Wednesday, 02 September 2009 05:08 )

syukurla kalau betul ada bonus kan.. heheheh.. mesti ada yg cakap..'sik sik bonussss.. sik sik bonussss.. tapi asekkkk lah apdet blog.. bonus nak.. keje tak buat.. '.. ikiusssmi yeee.. ada bukti yg aku tak buat keje?? blogging, keje jalan yeee... :p kita tunggu berita gumbira itu.. dapat sket pun takpelah.. janji adooo dari tak adoooo kan?? kan?? yelah.. minyak dah naikkkkk.. barang dah naik... gula naik.. tepung naik.. hehehehe

11 comments:

SYAbAR said...

Rakyat Didahulukan... Pencapaian Diutamakan, baru betul.....

Yey yey... ada harapan pau duit raya kat hubby hahaha

Echa said...

ha... setuju setuju ngan kak...

pau lebih lebih sket... hehehehe..harapnya betul la .. amin..

e-caR NazRin aka ibuEiymann said...

haha..part nie mmg ku sukerr.. blh sopeng lg..ahakss!!

ratna said...

kalau ada.. alhamdulillah

mana dpt sumber tu?

zh-ena said...

wah seronoknya dpt bonus

Unknown said...

beshhhnyer org krajaan, uhuhu!!! ieda ni swasta tak tau le lagi ;p

Anonymous said...

tumpamg gumbira utk seme kakitangan gomen & en.somi.hehe..

Echa said...

hehehe... suke kan??? kalau tetiba tak dapat... adakah aku akan disalahkan?? oooowwwhh.. tidak.. kita salahkan artikel tu ek.. aku ni kalau bonus cepat saje.. haahahaa..

♥cikmOt♥ said...

weii ko ni betul ke tak...kalu tak betul aku sedih kang...

Echa said...

hahahah.. nora bagi aku artikel ni.. aku peskan kat sini.. kita berkongsi berita kegembiraan dulu... :p..

♫♪Cik Puan Mimi ♫♪ said...

kalau dapat memang besh la kan.. baru la betul dengan slogan Rakyat Didahulukan... Pencapaian Diutamakan, ..