Friday, January 9, 2015

Kolam Air Panas Bemban Jasin

Selama hidup bertahun ni... ini lah kali pertama jejak ke Kolam Air Panas Bemban ni.

Pengakuan ikhlas dari orang Jasin sendiri :p

Memang tak pernah pegi pun.. last minit plan. so, jom kita ramai-ramai memeriahkan lagi 

P ari Sabtu. patutnya nak gerak pagi.. tp sbb tak dapat dielakkan
dalam jam 11 jugak la sampai...

Tempat ni kat dalam jadi kalau dari luar.. tepi jalan mmg tak kan nampak.

Cuma ada papan tanda kat jalan masuk kecil ke situ.. kena lebih melilau la ye mata tu bila dah masuk area situ..  
Kawasan parking dia ok la.. luas jugak. cuma tempat ni mmg di kawasan perumahan kampung.. 
So, parking pun kalau sebelah lg satu tu.. depan rumah rumah orang la kan..  


Tiket masuk untuk dewasa adalah RM6, kanak-kanak RM3.
Waktu Operasi 9 am sampai 12 am kalau aku tak silap la..  
Nanti masuk masuk je entrance akan nampak la mende alah pelampong kolam beso ni.. 
Tp diingatkan bukan untuk mandi ye ni.. hehehehehhe..  
Kalau ko nak mandi.. kena p bawah sikit.. ada kolam beso la.. 
Masa kami dtg ni.. kolam ni masih tengah ada org renovate. cam tak sesuai la kot
Habuk habuk pasir tu kan.. patutnya renovation dibuat waktu orang takde.. 
Atau TUTUP terus tempat tu untuk renovation.. 

Ok.. tag merah tu kita kena pakai masa nak masuk kolam tu..  
Budak budak yang tak sabar dah.. masa datang dah jam 11 kan.. 
Mmg dah panas jugak la masa ni.  
Kolamnya cetek je 
Dan jangan xpect tooooo much la kan.. 
Tp ok la tuk anak-anak beriadah seme.. 

Bawah ni la kolam yang bukan tuk mandi tu.. airnya mmg jernih.. geram je nak berkubang dalam tu. hehehe
Tp hanya untuk bende ni sahaja. 

Bukan free.. kena bayar ye semua.. takde mende yang free skang ni.
Masuk toilet pun kena bayar kan.. 
Yang ni tak ingat la. rasanya dia kira masa.. tak ingat dah.. 


Kolam Air Panas Bemban ni banyak section sebenarnya.. 
Yg td semua di bahagian atas.. area masuk entrance tu.. 
Atas semua area Air Sejuk.. heheheh.
Kalau dari entrance tu.. pandang ke kanan sikit.. akan ada laluan ke Air Panas plak.. 
Ikut laluan cam kat atas ni.. 
Ada jugak kolam mandi tuk kanak-kanak.. ada slide sikit camtu.. ada pancut2 air sket.. 
dan ada bahagian dewasa tuk rendam kaki.. dan ada bilik kecil bagi sesiapa yang nak berendam. tp untuk wanita sahaja.  
Ni section2 tu semua.
Setiap satu section ni.. ada label tahap kepanasan air panas tu.. yang bahagian rendam kaki tu.
jangan pulak ko menyelam dalam tu kan. mmg tak lepas nak masuk punggung pun.. hehehe

Ada kolam tuk mandi menyelam dalam kawasan air panas tu.. 
Panas dia kira tak panas sampai le pecah lemak la.. dan ruangan pun terhad. 
Kira siapa cepat dia dapat. hehehehe. 
Ok. ni bahagian paling panas. 
Zon Merah. 
Cam gambar bawah ni.
Bahagian yang ada tutup putih kiri tu.. situ boleh nak rendam-rendam kaki la.. 
Panas dia.. panas.. tp still masih bole la nak rendam kaki tu.. 

Belakang sekali tu.. ada tembok ada kolah.. ada gayung.
Tu boleh buat mandi kat situ.. panas dia tu.. kira korang try la masak air kat rumah.. air yang baru masak tu jirus kat badan. hehehehehe.. 

Aku tak mandi kat bahagian merah ni.. 
Hanya rendam kaki.. tu pun tak sampai 5min kot. 
Rasa nak pecah urat aku.. hehehehhe.. 

Komen aku la : Pengalaman Kali Pertama ke sini.. tempat dia ok la.. besar..  cuma pada aku tuk rendam-rendam kaki tu ok.. tp kalau nak mandi-mandi.. kolam dia cam tak berapa nak terjaga la.. lebih lebih lagi kolam air sejuk tuk budak budak tu.. 

Sbb nya ramai orang.. dan orang datang setiap masa. 
Maintenance dia kurang la kan. 

Ok la kalau nak riadah sebulan sekali dengan anak-anak.. sbb dekat dengan rumah.. dan murah.




8 comments:

Unknown said...

Heeee saya keje kt jasin pun xpernah p..tp anak2 bising ajak ke sana sbb tgk iklan kt flyers2 ni..

Unknown said...

Puan, tempat ni wheelchair-friendly tak? Thanks.

Unknown said...

Puan, tempat ni wheelchair-friendly tak? Thanks.

Unknown said...

Ada tempat menginap terdekat tak?

Unknown said...

Ada tempat menginap terdekat tak?

D&I Multi First Enterprise said...

Biar btol... tandas byr...

Unknown said...

So far dah pergi 2 kali. Nama pun air panas asli yg memang baik utk kesihatan..skrg ni renovation, bertambah baik...inshaAllah ptg ni cdg nak g...

Unknown said...

ada