Thursday, January 15, 2015

Kedai Jamilah Jewelery dan Pasar Filipina Kota Kinabalu

Kami tak lama di Sabah. 
Sampai dah malam. Then esok nya miting seharian.
So, ada masa beberapa jam sebelum bertolak balik ke KL hari esoknya tu
kita gunakan sebagai Self Reward Time.
POYO.

hahahahhahaha.

Kalau ke Sabah. Dua tempat ni je yg mmg dalam kepala. 

Kedai Jamilah (mutiara) 
dan 
Pasar Filipina.(ikan bilis)

Betul tak. betul tak. 
Datang masa singkat camni, takde maknanya ko terpikir nak tengok pulau seme. 
Tipu la. heheheheh
Kalau masa trip sabah pertama kali aritu.. 
stay Le Meridien Hotel. Mmg sebelah je dengan kedai Jamilah Jewelerry ni

Malam malam turun tangga hotel.. ble jengah jengah lagi pasar malam kat bawah hotel tu.

Kali ni stay dah jauh dari area ni, mmg kena ada transport ke sini.
So, alang-alang transport disediakan oleh urusetia, so, ke sini kita untuk kali kedua.

Sbb flight kami petang tu juga, 
Dan transport pun dah ditetapkan berapa lama nak tunggu situ.. 
So, lawatan ke kedai Jamilah dan Pasar mmg kena ada bajet masa.

Ada 'pandora' uolsssss.. hehehehhehe
Boleh rambang mata sini kalau peminat pearl. 
boleh beli yg ready made atau boleh kalau nak custom made.
Semua di tangan dan di poket anda.

cuma rasanya takde banyak perubahan pun dari yang fes trip dulu. 
Brooch pun sama je pattern.
Gelang memacam jenis.
Memacam pearl. air masin air tawar. seme ada.

Cincin memacam bentuk. 

Kat Jamilah ni mmg aku tak membeli sangat.
Cuma beli sepasang brooch, 3 utas gelang untuk anak dan anak buah, 
4 pin selendang. itu sahaja. 
Lepas habis di Jamilah, kita gegas lintas jalan ke Pasar Filipin tu.

Cam biasa. gerai yang kita tuju gerai hujung sekali tepi jalan tu.
Mmg dah biasa kat situ, xpayah nak pening pening.
harga pun ok. pilih. dan ikat terus.

Membeli kat pasar ni, mmg aku suka. 
Sbb ko pilih je apa yang korang nak, 
dia akan sumbat dlam kotak dan bungkus, 
Ready tuk bawak. kotak dah siap pemegang guna tali tu.
Kreatif dan efektif. hahahahahah

kalau ke pasar ni, 

gambar : google
Ikan bilis adalah mesti. 
Kalini aku hanya beli ikan bilis dah berkopek tu sekilo je. 
Selebihnya aku banyak beli ikan bilis yang halus bermata biru. 
Korang try goreng. sedappppp. garing. 

gambar : google
Amplang pun mesti. 
Keropok sabah yang bulat-bulat tu.. ralitnya makan depan tb. 
Rugi aritu tak beli lebih.. hehehe

gambar : google
Dan satu lagik yg mesti adalah Ikan Keropok. 
makan dengan nasi panas-panas. 
kalau kat area Klebang tu..lebih kurang cam ikan bulu ayam. 

Kalini aku beli Ikan Keropok ni bukan yg siap packing tau. 
Sbb cepat masuk cam ulat halus apa tu kalau simpan lama.
So, aku beli timbang. lagi puas ati. kalau korang nak beli nanti, beli timbang. 
Cam aku aritu.. mintak terus nak RM30. senang. hehehehehe.

Dari KL - KK satu beg tarik je.
Balik dari KK - KL dah jadi satu beg tarik.. dan satu kotak penuh berisi barang2 dari Pasar Filipin.:))



2 comments:

AYuNG said...

ikan bilis sana murah & sedappp
=)

Echa said...

Ayung. ye betul. kalau dekat, rasanya setiap bulan p sana tuk beli ikan bilis seme. heheheehhe.