Wednesday, January 14, 2015

Mi Bandung Muar Abu Bakar bin Hanipah

Kalau nak cerita bab makan ni. 
Memang aku suka makan. kuat makan. dan sangat mencintai makanan. :)

Kalau la rasa nak makan sesuatu tu.. mmg akan plan la. 
Ok.. minggu ni cam nak makan ni. nak makan itu. bukak wallet dan kira tabungan. 
Ok. kalau free. minggu ni kita p makan itu.. ini.. bla.. bla.. bla. ek. 
camtu. aku mmg suka plan. walaupun bab makanan. hehehe
Jadi tak jadi tu perkara kedua.

Petang aritu.. selepas dua tiga minggu tertunda plan nak makan mi bandung muar.. 
selepas di google semua.. ditimbang kati. 
sekeluarga.. petang hujang renyai renyai kita ke muar.. :)

Terbaca plak mi bandung muar terbaek ni.. 
kedainya di deretan kedai mara tanjung tu.. 
Tutup plak katanya biasa jam 7. kalau luar biasa jualan.. lebih awal.

Keluar rumah mmg dah lewat petang dah.. 
Sampai je kedai mmg dekat sangat jam 7. ada kedai yg dah tutup pun.

Tapi kalau dah kata mmg rezeki kita kan.. 
Aku adalah orang terakhir yang dapat makan situ.. alhamdulillah la.. hahahahha

Sekeluarga la kita.. dua kereta.. bawak mak nenek sekali.
Masa sampai ni.. mmg ngam2 je agaknya sepiuk kecik tu kitaorg yg tinggal.. hehehe
Si kecik ni pun sebok nak makan mi.  hahahahha.
Hai awak bulatttt :)))
Perggghhh.. mmg terangkat la.. walapun mi dia sikit.
Tp puas ati.. sebenarnya. dah banyak kali jugak makan kedai ni. hehehehe.
Poyo sangat cam fes time. 
Sementara tunggu.. 
Kalau siapa2 nak makan mi bandung sedap. 
Boleh singgah sini. Mi bandung gerai no 9.
Mi Bandung Muar Abu Bakar bin Hanipah.

saya bagi 4* setengah. hehehehhe
kalau boleh jangan la datang lewat.. mmg dah habis la.. sbb ramai kat kedai ni. 

Dalam kepala dah terpikir nak makan Pau Muar yg ada telur puyuh tu plak. hahahahaha


2 comments:

eima said...

klu ke muar boleh pi cari kedai ni ... lokasi kedai ni kat mana ..

Echa said...

eima. gerai no 9. kat deretan kedai mara dekat dengan taman permainan tu. situ je kedai deret mara. mesti jumpa. try la eima.. tak rugi mencuba.