Kalini kita bersiaran dengan menu
Murtabak Maggi :))
Mudah je.. ramai pun pandai kan.. tp kalau ikut cara aku camni je.
Sekali lagi Bahan-bahan mengikut cara aku:
2/3 bungkus maggi kari
1 paket sahaja serbuk perasa maggi kari
Bawang dipotong dadu
Penyedap tambahan iaitu sosej / ayam cincang / cili padi / apa yg rasa nak tambah dalam tu
Telur (mengikut banyak maggi. biasanya 3 paket maggi aku letak 2 biji telur)
Garam aku tak letak ok. sbb serbuk perasa maggi tu dah cukup masin dah.
tp kalau korang mmg suka masin yg sampai nak kena darah tinggi tu.. boleh ..
Takde paksaan.
Cara-cara :
Rendam maggi sampai lembut dan toskan.
Gaulkan maggi yang dah ditoskan td dengan serbuk kari, bawang, telor, dan bahan lain yg ada
Letak air sedikittttt je.. jangan lelebih. nanti mencair :)
Dah gaul dan rasa sebati semua bahan tu...
Panaskan pemanggang ajaib dan tuang semua dalam mangkuk tu dalam pemanggang
Rata-ratakan.. dan tutup pemanggang..
Api jangan terlalu besar ye.. Kalau guna pemanggang biasanya aku akan terbalik-terbalikkan.
Agak-agak dah masak... angkat..
Hidangkan dengan sos dan mayo.. perghhhhhhhh..
Terangkattt.. anak-anak aku suka. hehehehhehe..
Makan panas-panas.. sedappp..
Selamat mencubaaaaa ::))
No comments:
Post a Comment