Thursday, January 22, 2015

Hari Gaji - Januari 2015

Harini hari gaji uols.

Bonus kami dah lama dapat dah.. lama habis dah.. awal bulan aritu dapat. Alhamdulillah... 

Resam hari pertama gaji.. 

Log in portal cek slip gaji online - Log in CIMB CLICKS - tengok duit masuk ke tidak - bukak buku hutang - transfer hutang bulanan tetap - log out - buat senarai nak bayar by hand / nak beli / keperluan yang perlu dibeli - keluar duit ikut bajet.

Haa.. itu adalah rutin hari pertama gaji. dan biasanya list tu mmg dah siap seminggu sebelum gaji. 

Biasanya hari kedua gaji mmg dah tak sampai separuh gaji yang tinggal. Tp tetap rasa lega sbb semua yang perlu dibayar dah dilunaskan. (tak termasuk la utang lain. hahahahaha)

Kenaikan gaji 2015 ni pun dah ada. kenaikan kita bulan Januari uols. dan kenaikan tu biasanya dah ada portion tuk apa. kalini tuk insurans. Alhamdulillah. Tau jugak la ke mana peginya kenaikan tuh.

Tahun 2015 ni mmg kena berbelanja dengan bijak. sbb tahun 2015 ni memacam mende akan naik. setakat ni harga minyak ada turun sikit. jd bole la kita berlapang dada sikit. 

Insha Allah.. tahun 2015 ni jugak akan ada hadiah besar tuk kami sekeluarga.. mmg la kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. wang ringgit apatah lagi. 

Cuma harap semua urusan akan dipermudahkan. 

Selamat hari Gaji uols. :)


No comments: