Selamat Tahun Baru 2015.
Harapnya bukan harapan untuk kekalkan apdet blog yang dah lama bersawang ni untuk tahun 2015 ni.
Moga harapan menyadi kenyataan :)
Untuk permulaan 2015 ni..
Semoga Mangsa-mangsa banjir baru-baru ni.. di Pantai Timur, Pahang dan Perak.. dan mana mana negeri yang turut sama mengalami bencana alam ini..
Moga semua mangsa berada di dalam lindungan Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan
samada yang masih dalam suasana menghadapi banjir dan selepas banjir..
Sayu sangat hati bila tengok gambar-gambar yang disharekan di FB, media sosial ni.
Tak dapat nak bayang kalau kita berada di sana.
Moga tabah menghadapi..
Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. Insha Allah..
Marilah kita sama-sama hulurkan sumbangan / bantuan kepada mereka..
Hulurkan doa pun xpe..
Banyak sangat sumber-sumber / saluran yang kita boleh guna untuk hulurkan sumbangan / bantuan ni..
Dalam masa sama.. UTeM pun turut sama terkesan dengan bencana ni..
Dan ofis kami buat masa ni dijadikan tempat pengumpulan sumbangan bencana alam.
Alhamdulillah.. bersyukur ramai yang peka dan sudi membantu.
Team pertama akan bergerak malam ni ke kawasan yang terlibat. selama 3/4 hari membantu yang terdaya.
Moga semua dipermudahkan. Amin..
Separuh daripada sumbangan yang telah dikumpulkan di sini.
Semoga semuanya dipermudahkan.. Insha allah.
1 comment:
inshaaAllah
Post a Comment