Bersiaran kembali dalam resepi mudah kita..
Kalini resepi : Homemade Pizza Roti
Aku sharekan bahan dan cara ikut cara aku ye.. kalau yang rasa nak tambah / kurangkan ok je.
Ikut masing-masing ye.
Bahan-bahan :
Roti gardenia potong / apa jenis roti pun xpe.
Bahan untuk kuah spagethi bolognise (sebagai lapisan bawah sekali pada roti nanti)
- Daging cincang / bawang didadu / sos prego bolognise / sos maggi bolognise pun boleh
Jangan lupa garam masa memasak kuah spagetthi ye. :)
Sosej dipotong kecil
Cheese (aku guna cheesedale je)
Sedikit mentega
Cara-cara :
Ambil sekeping roti dan ratakan kuah spagetthi bolognise yang dah dimasak terlebih dahulu
Letakkan sosej yang dipotong di atas lapisan kuah spagetthi td
Ambil sekeping cheesedale dan letak di lapisan paling atas tadi
Panaskan pemanggang ajaib dan sapukan sedikit mentega sbgai ganti minyak dan susunkan roti yang telah siap tadi dan biarkan sekejap di dalam pemanggang ajaib sehingga keju mencair.
Dah agak-agak ok, angkat dan hidang bersama sos.
Hiasan terpulang kalau nak letak bunga kantan ke apa.. ikut kreativiti masing-masing ye. :)
Boleh hidang sebagai minum petang ye.
Selamat mencuba... :))
No comments:
Post a Comment