Ni Entry Bergambar yg panjang sket. sila maklum.
Penghujung 2014 sebelum cuti sekolah bermula..
Kami ke Aquaria KLCC.
Plan mmg nak pegi sebelum cuti sekolah.
Dengan harapan orang tak ramai. jalan tak berapa sesak.
Kami stay KL sehari lebih awal tuk memudahkan perjalanan.
Tp rupanya dalam Aquaria tu.. penuh jugak orang.
Budak sekolah seme ada.
Kami bergambar dulu sementara tunggu babah cari parking.
paham paham ajelah parking kat sini.
Hari bekerja plak tu. mmg la kena berpusing pusing dulu.
Sampai je kita fuel tank masing-masing dengan Fuel Shack.
1st time makan. dan rasa cam ok la..
Not bad. Aku amik set ayam goreng.
Portion pun ok. Share je pun. sbb dari hotel dah ada breakfast.
Ni kali ke3 ke Aquaria KLCC ni.
kalau sebelum sebelum ni Nea belum ada..
Kali ni kita datang lagi sbb Nea dah ada.. dan dah besar. paham dah nak tengok seme ni.
Ok. Share sini.
Harga Tiket :
-Dewasa RM38 (dengan Mykad)
-Kanak-kanak / senior citizen RM28 (dengan Mykid 3-12 tahun / Mykad 60 tahun ke atas)
Waktu Operasi :
10.30 pagi hingga 8.00 malam (last admission jam 7 petang ye)
Ok. Jom Explore!
Bawah ni adalah separuh dari gambar-gambar hidupan laut yang
sempat aku snap.
Abg long dah besar.. boleh la diharpkan nak amik gambar ni seme.
hehehehhehe
Cakkk!!!! comel kan ikan ni.. geram je tengok .
Nampak tak muka stress masing masing kat situ. hahahahhaha
Ok kisah di sebalik kura kura beso ni. ke penyu ke apa ni. hahahahha
Asalnya ingat nak tengok 'feeding time' la kat aquarium beso ni.
Tp masalah sangat pelupa nak tengok masa dan tempat feeding tu.
so, mmg kami dah ketinggalan tuk tengok feeding time tu
sian anak anak.. ishhhhh..
So, nak share sini.. alang alang dah sampai.. korang check la dulu 'Feeding Time' sini.
Rugi la kalau tak tengok kan..
kali ni kami tak bawak apa apa 'kenderaan bantuan' a.k.a
stroller ke buggy tu.. hehehehe..
Mmg saje nak bg anak anak xplore seme.
Tp sian plak.. cepat penat. asik mintak dukung.
Camne la tak penat kan. kami park kat klcc tu.. so,
kena la menapak ikut tunnel ni ha.. hehehehhe..
Jauh jugak ni. pegi balik dua hala. hahahahah
so, lain kali kita park dekat sikit ye anak2..
Xyah la nak jalan jauh jauh camni.
Jalan jauh ni sbnarnya ada sebab..
Sebabnya nak p ke Garret ni. hehehee
Alang-alang dah ke sini..
Lagipun Garret Popcorn ada kat tempat tempat ni je :
KLCC, 1Utama, Midvalley
Fav aku adalah.. Caramel Crisp.
tp kalau aku beli.. biasanya aku akan beli Caramel Crisp
dan Almond Caramel Crisp.
Sebelum balik kami pusing-pusing la dulu dalam tu..
Takde apa pun nak cari sebenarnya.
Saje la bg anak-anak melasak dalam tu.. hehehehe
Akhirnya.. muka orang suka dapat kasut baru. hahahahahha.
2 comments:
meletihkan tapi enjoyy... nk repeat lagi rasenye ke KLCC Aquaria.. ;)
ye la.. betul. walaupun rasa kat situ mende yg sama je ada. tp kalau nak repeat lagi.. mmg boleh je. heheheh
Post a Comment