Friday, January 16, 2015

3h2m di Shangri-La's Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah

Kalau sebelum ni.. aku rasa penginapan kat Meritus Pelangi Beach Resort and Spa Langkawi dulu
adalah paling bes dan superb. 


Sbb ape terbaek? sbb ditaja. muahahahahha. 
Ok laaaaa.. ditaja tak tipu. bes pun tak tipu. 

Tengok la gambo kalau tak caye.
Bilik Twin Sharing pun aku rasa selesa gile. 
bilik besar. gambar ni aku snap masa aku berdiri kat pintu toilet.
Dua katil beso, ada balcony lagi.mengadap laut yang paling rasa nak nanges.
hahaahhahaha
Toilet super duper beso. tp tak ble lawan toilet kat Meritus Pelangi. 
Boleh buat satu lagik bilik dalam toilet kat Meritus tu. hehehehe
Bawah gambar dari tepi sliding balcony.
Trade mark hotel ni aku rasa mmg botol air kaca ni la. 
Go Green katanya. 
Dan bagus nya bilik ni.. banyak jam. dalam tandas pun ada jam. 
Dan aku rasa paling bagusnya bilik / hotel ni. di mana mana ada cermin besooooo.
Dalam toilet je ada banyakkkk cermin. di mana mana cermin. 
Bilik kami bukan kat ground floor 
Bila siang baru nampak betapa indahnya pemandangan kat sini.
Subhanallah... tenang sangat kalau dok kat balcony ni

Persekitaran sepanjang jalan kat hotel ni penuh dengan patung patung cm kat bawah ni
sampai ada masa aku konpius.
aku kat Sabah ke kat Sarawak ni?
Lobby dia mabeles. cantik sngat.
Staff dia jangan cakap la.
Asal ko pandang je dia senyum. tunduk 
tanda hormat.
Salute la. 

Org sabah mmg manis-manis.. 
Baik baik belaka.:)
Penginapan bulan Disember 2014
Harus la ada pokok krismas beso nak cecah bumbung kat sini.

Paling gayat jakun dan kecewa sbb
hari nak balik tu baru nampak ada ice machine kat dinding level nak masuk bilik tu
Setiap level aku rasa ada machine ais ni.
kagum siot.

Machine ice ni.. dia tanam dalam dinding tu. 
Bebetul dekat ngan pintu bilik kitaorg. tp napelah ari nak balik baru pasan.
Ishhhhhh.. 

Masa menaip ni.. tiba-tiba pulak aku terkenang mangsa banjir pantai timur yang kehilangan tempat tinggal tu.
ya allah.. rasa sedih pulak
dan rasa betapa bertuahnya aku sbb dapat rasa menginap kat sini.
walaupun ditaja. 
Syukur alhamdulillah di atas segala rezeki ni. 

Moga ada rezeki ke sini lagi.. tp bersama keluarga. insha allah.. :)

No comments: