Thursday, June 20, 2013

Laporan API (Air Pollution Index)

Nampaknya jerebu makin teruk... 

Kat Melaka .. sekarang  134 ... 

Tp setakat ni.. paling teruk dilanda Jerebu adalah kawasan Negeri Johor

Muar adalah paling tinggi sekali buat masa ni 

Mencecah 337 dah... :(


Semoga keadaan jerebu ni akan bertambah baik... 

Harapnya tidak berpanjangan... 

Anak anak nak keluar ke sekolah skang pun rasa tak selesa je.. 

Malam pun tidur x selesa.. dalam jamban pun rasa duduk dalam asap.. huhuhu... 

Moga keadaan cuaca beransur pulih.. 

Hujan.. turunlah.. :(

Wednesday, June 19, 2013

Jerebu

Sekarang cuaca adalah sangat tidak menyenangkan...

Macam hidu asap je sekarang..

Jerebu melanda skang ni kan...

Jadinya pergerakan luar rumah adalah sangat tidak sesuai tuk anak anak...

Lebih lebih lagi anak anak saya yang baru je nak sihat dari batuk tu...

Ni copy sumber dari laman berita Astro Awani:

KUALA LUMPUR: Bandaraya Melaka terus mencatatkan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi setakat jam 11 pagi hari ini dengan 160 meningkat berbanding 148 bacaan yang diambil jam 7 pagi tadi.

Selain itu, Muar turut mencatatkan peningkatan ketara dengan 157 pada jam 11 pagi berbanding 133 pada jam 7 pagi tadi.

Selain itu bandar yang mencatatkan IPU tidak sihat adalah Pasir Gudang (149), Kota Tinggi (138), Larkin Lama (124) dan Bukit Rambai, Melaka (119).

Sebanyak 39 bandar utama di Malaysia mencatatkan IPU sederhana dengan Pelabuhan Kelang,  Putrajaya, Nilai dan Seremban antara yang tertinggi.

Manakala lima bandar lain berada pada IPU yang baik iaitu Alor Setar, Langkawi, Taiping, Kangar dan Sandakan.

Rata-rata penduduk di Melaka dan Johor hari ini mengeluh keresahan berikutan tahap penglihatan di dua negeri berkenaan yang kurang memuaskan.

Ramai turut mengadu mengalami kesihatan yang kurang memuaskan seperti batuk, demam dan sakit tekak.

Semalam, Menteri Hal Ehwal Luar dan Menteri Undang-Undang Singapura K. Shanmugam menghubungi Menteri Hal Ehwal Luar Indonesia Dr Marty Natalegawa bagi menyuarakan kebimbangan berhubung keadaan jerebu yang semakin buruk.

Hari ini Agensi Alam Sekitar Singapura melaporkan IPU negara berkenaan setakat jam 12 tengahari berada pada kadar 91 ke 107.

18 Jun 2013

Setakat jam tujuh pagi tadi, Jabatan Alam Sekitar Malaysia melaporkan tahap pencemaran udara tertinggi di Johor dengan bacaan IPU 142 di Pasir Gudang.

Ini diikuti dengan Larkin Lama dan Kota Tinggi masing-masing pada bacaan IPU 116 dan 107.

Perak bagaimanapun mencatatkan pencemaran udara terendah seluruh Malaysia setakat ini dengan Taiping dan Kampung Air Putih pada bacaan IPU 23.

Secara keseluruhannya seluruh negara mencatatkan bacaan IPU yang sederhana pada 59 peratus dan hanya tujuh peratus mencatatkan bacaan IPU melebihi 100.

Menurut Jabatan Alam Sekitar, menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga terutama pada waktu tahap bacaan IPU tinggi bagi mengelak daripada terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan alahan.

* Harap harap hujan turun membasahi bumi Melaka.. biar hilang cepat jerebu tu... pandangan pun makin tak nampak dah.. risau ni... mmg kena kuarantin ujung minggu ni.. kita makan tido je kat rumah ye anak anak semua : )

Thursday, June 13, 2013

Windmill Station

Ini adalah entry kebiasaan kalau cuti lama.. 
Atau takde modal nak buat entry apa.. iaitu :

Entry Makanan :)

Mmg kalau hari cuti... 
Kami akan keluar.. bawa anak anak keluar.. 
Makan di luar... :)

Dua bulan sekali... boleh la kan.. 
Windmill Station Bukit Beruang.. 
Cam biasa.. starter menu kita.. 
Kalau ke sini.. biasanya menu kami sama je.. hehehe

Beef and Chicken
Cuma haritu.. beef tu cam tak masak sket hujungnya.. 
Nampak kan.. jadi kami potong dan buang je.. hehehe
Selebihnya alhamdulillah.. masak.. 
Satu lagi.. Nasi goreng ayam mende ntah.. 
Sedap jugak.. 
Kalau pasan.. aktiviti kami sekeluarga setiap ujung minggu
Mmg akan sama.. 

jalan jalan.. keluar.. makan makan.. 
Sbb mmg hujung minggu je pun kami dapat jumpa sekeluarga.. 
So, mmg akan dihabiskan dengan anak anak sepenuhnya.. :)

Wednesday, June 12, 2013

IKEA

Lawatan pertama tuk tahun 2013.. 

Lawatan sblom ni adalah pada penghujung 2012 lepas.. :)
Mmg hazab la kalau berjalan masa cuti skolah kan.. 
Nak masuk parking Ikea sahaja.. tuk parking.. sejam lebih.. 
Tu blom lagi kat tempat makan dia... 
Nak beratur amik makan tak lama... 
nak bayar tak lama.. 

Yang tak tahan.. nak tunggu turn nak duduk makan tu... 
Mmg la mencabar jiwa raga.. 
Ramai sangat umah.. 

So, next lawatan mgkin boleh try waktu hari bekerja dan bukan cuti umum.. 

Makan? 

Cam biasa la menu kat Ikea ni.. 

Meatball 20 bijik
Chicken Wing 3 pcs
Spaghetti 
Nugget - Kids Meal 
Muffin 4 ketol

Gambar? korang pun dah biasa tgok makanan kat Ikea kan.. hehehe.. 
Ramai gile org berdiri tepi depan blakang nak tunggu kita bangun dari tempat duduk.. 
Mana sempat nak makan.. amik gambo seme? hehehehe.. 
Dah beli apa yg patut sket sket tu... 
Terus keluar dari Ikea tu.. menuju ke tempat asal tujuan.. 

Iaitu Damansara Damai.. 

En. somi ada hal nak diselesaikan sebenarnya haritu.. kita p lunch je kat ikea.. :)

Jumpa lagi Ikea.. :))

MBO Melaka Mall - Bikers Kental

Lama menyepi... 

Lama tak apdet... 

Masing masing sekarang tak sehat... mmg kena uruskan anak anak yang tak berapa sehat.. 
Dengan diri sendiri yang tak berapa nak sehat jugak.. jadi makan masa nak sehat sepenuhnya tu... :P

Ni kejadian pun dah hampir 2/3 minggu lepas jugak ni.. 

Hari hari terakhir menjelang naik skolah :)
Bawa anak anak tgok wayang... 
Keadaan di MBO Melaka Mall.. 

Sini mmg lapang la.. kosong jeeeee.. cam takde orang..
Agaknya kebetulan pegi pun hari bekerja... 
dan kami amik cuti.. luangkan masa dengan anak anak... :)
Mmg cam kat rumah la jadinya.. 
Lari sana sini... 
Panjat sana sini... 
Biarkan ajelah.. 
Menunggu waktu nak masuk dalam wayang... 
lepak.. baring baring.. mmg tak reti diam.. hehehehe
Asalnya kami cadang nak tgok citer ni .. 
Tp tak ble sbb ada budak budak.. 
tak ble.. jadinya.. kita tgok citer lain ajelah.. 
Hehehehheeh.. Bikers Kental.. 

Lakonan Zizan Razak... Awie... 
tak ingat saper lagik... 

Tgok tajuk pun dah ble agak kan.. 
Sal grup moto moto beso ni.. 
Konvoi ke Krabi... dan terjadilah memacam perkara
menggelikan hati.. 
Kelakar jugak okkkkkk... 
Bes jugak... 

Cantikkkkkkk sangat Krabi ok.. suka gile.. 
Pemandangan lawa sangat... 
Cam biasa... adik dok riba... 
Ini kali kedua kami sekeluarga tgok wayang tuk tahun ni.. 
Tunggu citer lain yang sesuai kalau ada ... 
Boleh bawak anak anak tgok wayang lagi kan.. 
Seronok.. ;)
Popcorn habis sblom masuk wayang.. hurmmm.. :p