Sebenarnya sesi jalan-jalan ke Aquaria KLCC sebelum ni adalah
pre school holiday tuk anak-anak..
Memang sengaja kami ambil cuti sebelum cuti sekolah.
Destinasi kedua percutian kami adalah di
Dari KL kami sekeluarga terus ke Port Dickson.
Ada keluarga besar kami menunggu di sana.. cehhhh ayat. hahahahha.
Adik beradik.. mak semua dah ada kat Port Dickson.
Alhamdulillah.. kali ni berpeluang berkumpul ramai-ramai di sini..
Maaflah. Gambar bilik ada. tp tak berapa sedap nak dijamu kat blog ni.
So, ni gambar google dari web.
Kami ambil bilik balik besar dan paling dekat dengan parking.
Pemandangan hotel waktu malam.
Hotel ni bersebelahan dengan Lexis PD.
Memang sebelah-sebelah je pun.
Lexis dan Grand Lexis ni lebih kurang sama je..
Cuma mgkin konsep dia ada lain sket.
nak lebih lanjut kat sini : Lexis PD
Bawah ni no bilik kami
Toilet dia besarrrr
PIntu masuk toilet. kalau sebelah kiri ada cam kat bawah ni
Sebelah kanan pulak cam kat bawah ni.
Ada bahagian tandas dan shower.
Dan bawah ni pool dia.
Besooooo. dan tepi tu ada ruang untuk duduk lepak2 makan.
Ada shower tuk bilas badan.
Dan yang paling besnya adalah pool ni tertutup. so, takde orang nampak la.
Jangan risau. takde kot rasanya yang sanggup nak tinjau di sebalik
lobang dinding tu. hehehehe
Nak habaq sket sal bilik ni.
Kami ambil Grand Garden Pool Villa.
Rasanya antara bilik paling besar kat sini.
Sbb kami ramai. selesa ambil yang besar sikit kan.
Grand Garden Pool Villa ni.. adalah lower ground.
Maknanya x perlu nak kena ada kenderaan /buggy / jalan jauh-jauh ke bilik.
Alhamdulillah. kami dapat bilik yang paling hujung dan paling dekat dengan parking.
Means. ko parking je, jalan sket dah sampai.
Memang senang tuk keluar masuk beli makanan semua la.. takde masalah.
Dalam bilik ni pulak.. ada mini kitchen.. siap ada microwave semua. ada sinki.
Nak memasak katering mmg tak lepas la.
Setakat nak panas2 kan rendang ke.. nasi ke kan. bole la. hehehehehe.
Dan paling menarik adalah pool ni..
Private pool dalam bilik.
Gile tak meroyan. hahahahah.
Ok. Mula-mula aku terpikir jugak.
Maunya kalau tengah malam anak aku pegi bangun terjun kolam plak..
Laluan ke pool ni berpintu uols.
Dua lapisan lagi. Cam kat bawah ni :
Ada sliding cermin tuk lapisan pertama
Dan sliding kayu yang ada lock tuk lapisan kedua.
So, sebelum tido tu make sure la kunci pintu tu semua kan..
Seronok sangat la budak-budak kat sini.
Mak pak budak pun sama. nak berendam 24jam pun takde masalah.
Kalau nak tanya kedalaman kolam ni..
Kita dewasa berdiri paras2 dada.
Ni pemandangan waktu malam belakang bilik kitaorg. saje pusing-pusing amik angin
Macam ni la rupanya bilik yg kami duduk tu..
Bilik kami yang palingggg hujung.
Grand Lexis ni.. banyak jenis bilik
Ada Above The Sea / Garden Living / Sky Living
Ada swimming pool outdoor jugak.
Kalau nak rasa mandi tengah panas pun ada. jangan risau.
Gambar bawah ni.. kawasan tuk ke bilik selain dari Garden Living
Rumit sikit la.. mana yg bilik jauh nak jalan tu
Ada disediakan transport.. cam buggy tu..
Cuma pada aku leceh sikit. sbb nak keluar makan payah sket la kan.
Bawah ni gambar belakang bilik kami tu..
Yg ruang terbukak sikit tu adalah kawasan pool
Pendapat aku la kalau yang nak lebih privacy dan dekat dengan parking tuk keluar masuk..
Better korang amik area Garden Living ni.
Tp terpulang masing masing.
Ada yg nak nmpak air dari lantai bilik.. Amik la Above the sea.. nampak laut.
Kalau nak yang open air pool kat bilik dia..
Boleh amik yang Sky Living.
Macam kat bawah ni. banyak bilik. dun wori
Untuk lebih lanjut sal bilik-bilik ni.. elok korang surf sendiri kat sini :
So far puas hati sangat stay sini walaupun 1 malam sahaja.
Berbaloi dengan keadaan bilik.. siap private pool.. dengan harga.
So, selamat bercuti! saya bagi 5*!. :))
3 comments:
nak tanya..boleh ke masuk ramai2? sb de plan nak buat family day kat sini dan family sgt ramai..
Hi,
Nampak bestnya cuti ke Lexis PD.
Kalau next time nak dapat special member rate, boleh try book melalui website ni - discount rates at Lexis PD
Post a Comment