Wednesday, July 4, 2012

Bonus raya 2012 - Berita Palsu

Ini adalah berita yang telah dikatakan dipalsukan oleh sesetengah pihak tak bertanggunjawab.. 

Kejadah betul.. dah takde keje?  bedose okkkk.. 
Bagi harapan pd mereka yang sangat sangat memerlukan berita ni.. :(

Patutlah takde umum kat berita mana mana.. hanya BERNAMA sahaja yang keluarkan berita ni.. Rupanya ada orang mengambil kesempatan mempersendakan berita camni ye... 
Macam macam... 

Ini berita dari Mynewshub... dari Bernama... 

BERNAMA Nafi Keluar Berita Bonus Hari Raya

    July 4, 2012


KUALA LUMPUR – BERNAMA tidak mengeluarkan berita yang melaporkan kononnya kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua penjawat awam untuk sambutan Hari Raya Puasa tahun ini, kata Ketua Pengarangnya, Datuk Yong Soo Heong.
Berita palsu itu disiarkan Isnin lalu dalam sebilangan akaun Facebook selepas mereka yang tidak bertanggungjawab itu menampalkannya pada satu halaman portal berita “myMetro”, untuk membuatkannya kelihatan sahih. “Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh pengguna siber yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu.
“Sementara BERNAMA sentiasa bersyukur apabila semua berita kami diakui dan diiktiraf, tapi ianya bukan sesuatu yang lucu apabila nama kami disalahguna,” katanya.
Yong berkata, satu laporan polis akan dibuat hari ini. – BERNAMA

* Apa jadi pun.. Puasa tetap kita kena puasa ye... raya tu.. akan menjelang jugak.. 
Kalau takde bonus setengah bulan cam dalam berita yang palsu tu... 
Mungkin jugak akan ada berita BONUS SEBULAN / DUA BULAN pulak.. 
Siapa tahu kan.... :p

2 comments:

eima said...

kompom ada nk pilihanraya ni ...kekeke

Anonymous said...

hehehe
sian korang tertipu
tp klw btol best nye kan