Tuesday, September 3, 2013

Kenaikan Harga Minyak Petrol Ron95

Sejak petang semalam.. 

Dah kecoh kat fb.. sal harga minyak ron95 akan naik sebanyak RM0.20

Malam td pun kat fb melambak status sal isi minyak.. 

Q panjang nak isi minyak.. 

Dan gambar orang amuk kat stesen minyak pun ada.. 


Secara peribadi.. 

Sebelum ni mmg aku mengaku kalau dengar je harga minyak nak naik.. 

Cecepat amik kunci kete.. g stesen minyak.. isi minyak full.. 
Dalam fikiran.. at least minyak ble tahan beberapa hari la dengan harga lama... 

Tp sekarang.. mmg aku dah malas.. 
Sbbnya.. mgkin selama beberapa hari tu.. kita bertahan la.. 
Selepas tu? 

Kita terpaksa hadap jugak harga minyak yang dah naik tu.. 
Pendapat masing-masing kan.. 

Ada jugak status fb.. memaki kerajaan sbb naikkan harga minyak.. 
ada jugak yang amuk nak tunjuk perasaan.. 

Kenapa masa harga minyak naik RM0.20 ni nak maki-maki
seluruh rakyat Malaysia akan hadap mende ni.. 

Nak tunjuk perasaan pun tak guna.. 
Kenapa masa kita tgok berita kanak kanak dibom.. dibunuh tu tak meracau camni sekali ye.. 

takde pulak buat status tak puas ati selang 15minit sekali.. 
Sbb tak melibatkan diri.. duit poket kita ke? 

Dah tau skang harga minyak naik.. 
Kurangkan kehendak.. dan utamakan keperluan.. 
Ni peringatan tuk diri sendiri jugak.. bukan nak nasihatkan org lain.. 
Tp diri sendiri.. :)

Ada jugak yang ucapkan TAHNIAH pada pengundi BN.. 

NI sangat lawak.. apa kena mengena? 
Org pembangkang tak guna petrol ke??? 
Nak lepaskan marah pada siapa ni.. 

Bersyukurlah.. masih berada di Malaysia.. 
Masih berpeluang jalan bebas atas jalan raya tu.. 
Berpeluang hidup udara segar lagi.. 

Adatlah.. pakai kete mewah.. tangki besoooo.. 
kena la kuar duit lebih sket isi minyak kan... 

hehehehee.. 

NI aku ada sharekan : 
Harga petrol di Malaysia sepanjang zaman...(dalam masa 23 tahun - sejak 1990)
*sumber dari fb kawan aku :)



Sebelum 90 - RM 0.89

Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78) 
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85
04/12/2010 - RM 1.90
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)

Zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 13 tahun (1990 - 2003) harga minyak naik sebanyak 46sen.

Zaman era pemerintahan Tun Abdullah selama 5 setengah tahun (2003 - 2009) harga minyak naik sebanyak 1.38sen dan turun sebnyk 90sen.

Zaman era pemerintahan Dato'Seri Najib TunRazak selama 4 tahun (2009 - 2013) harga minyak naik sebanyak 25sen.



* skang bukan pikir cara nak salahkan sape sape.. tp pikir cara camne nak majukan diri.. selari dengan kenaikan taraf hidup sekarang.. (peringatan kepada diri aku sendiri juga)

No comments: