Wednesday, January 14, 2015

Jom Rebus Telur di Hot Springs Sungkai Perak

Pagi selepas kami berSPA tu.. badan dah rasa ringan seme.. 

Kitaorng plan pusing2 sekitar kawasan Felda Residence Hotsprings tu... 

Jom .

Kebetulan masa datang sini.. hari bekerja.. so, mmg la lengang sangat.
Takde orang. seme sibuk keje.. takde masa nak rebus telo bagai. haahhahaha.

Persekitaran mmg tenang je.. 

Jom ke kawasan merebus telo.
Kalau cam korang takde bawak telur.. 
Jangan risau. jangan sedey.
Sini ada gerai yang jual telo dalam polisterin siap ada kicap. lada sulah bagai.
Sediakan duit sahaja. 
Gerai ni bebetul depan tempat merebus telo ni.. 
Jangan la gatal2 kaki nak cecah2 rasa dalam air ni.
Masak separuh buku lali nanti. 
Ko rendam telo 2-3 min pun dah masak. inikan kaki.
hahahahhaha
Bawah ni ada gambar harga tuk setiap mangkuk tu.. ada 6 biji kalau tak silap.
Aku belakon je ni. ikhlas cakap. sekejap je pegang tali tu.
panas ko.
Dah masak telo. terus makan kat kawasan situ jugak. ada disediakan bangku situ.
Duduk makan. Perghhhhh.. heaven gile kooooo.. 
Nak nak bila seme org buat.. ko nganga je.. 
Tak heaven??? 
Siap makan telo bagai.. kita p pusing2 kolam air panas. 
Yg bawah ni.. airnya suam2 je.. kalau berendam pun takde pape la.
Bawah ni yg ada slide tu adalah kolam air sejuk.. besoooo.. 
dan yg pnting takde orang.. hehehehe.. 
Insha Allah kalau panjang umur.. murah rezeki.. 
Boleh la kita datang lagi bawak family sekali.. 
Kalau ada rezeki lebih boleh sewa villa siap ada air panas dalam kawasan tu. privacy sikit kan.



Tuesday, January 13, 2015

Spa Villa Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak

Ni aktiviti hari terakhir kat situ.
Lepas settle seme keje. baru buat seme ni. 

Kami (aku ngan peg. aku ) p spa uolssss. hahahahah
Ni kawasan spa dia.. cantik jugak.
Cuma sunyi. kawasan mmg berjaga la.. kemas. cuma nyamuk banyak sket. hahahah

Ok. Lupa. Untuk spa ni. 
Kami tak p walk in.
Better la book dulu.. cam kitaorang aritu.. just p reception dan bgtau je nak book spa for 2
So, pepandai la dia uruskan.
Atas ni adalah bilik tempat spa kitaorg aritu.
Ada bilik single. 
Ada bilik tuk berdua. bole  la korang pilih.
So, ini bilik tuk kami. bilik tuk berdua.
sekali jalan la urut. x tunggu. means dua tukang urut sekali
Aku sertakan sekali pakej spa 
Tp 2014 nye  la. hehehehhe.
Kami amik urut 1 badan. dalam RM90 kalau tak silap.
Nak review tukang urut. ok. 
Urut ni urut kampung la. kuar seme angin angin. tp bukan dari aku.
Dari tukang urut. kesian rasa sbb dia urut badan mak mak camni.
lemak banyak seme kan.. ishhh.. pastu tak pandai kuar angin sendiri plak tuh. hehehehe
Ni la yg urut kita aritu.. bes dia urut. mekasey makcik.
kita ada la hulur tips sket sebagai tanda terima kasih kat dia. :)

nanti korang try la spa dia k. 
tp mmg kena booked dulu. sbb tukang urutnya bukan stay di situ sahaja.
Mmg didatangkan khas tuk mengurut. :)
Sekian, terima kasih.