Tuesday, December 12, 2017

Kaedah Berkhatan

Anak kita dah masuk jawi weiii!. 

Hahahahhaa.. 

Okeh. Sebelum berkhatan mak sibuk google sana sini. 

Emosi mak lagi terganggu, padahal anak elok je mengadap tv, mengadap handphone

Alhamdulillah. selesai jugak acara berdebo ni.

Hasil google, macam-macam rupanya kaedah berkhatan sekarang.

Ada orang guna kaedah :

i) Konvensional

- Kaedah ni guna pisau. Dulu-dulu pakai kaedah ni je kot. dok atas batang pisang. mandi sungai dulu pepagi. then tok mudim datang. hehehehehe. 

ii) Kaedah Laser

- Ni proses tak guna pisau. tp guna laser. kira canggih sikit la. pendarahan pun tak banyak katenye. jahitan selepas pisau dan laser tu tetap ada. 

iii) Clamp

Kaedah ni dia gunakan alat dan tak dijahit selepas proses selesai. dan senang tuk dijaga.

Setelah ditimbang kati, aku pilih tuk kaedah : Laser.

Kenape? sbb tu aku rasa tu paling sesuai tuk anak aku. sakit tu tetap sama kot. cuma mudah tuk urusan selepas khatan. urusan penjagaan tu semua. 

Yang pisau tu mmg aku risau dia tgok pisau je dah meraung. dan yang clamp ni aku dah buat kajian dan google ramai yang cakap kalau kaedah clamp ni mudah tuk jaga. tp mungkin berhadapan dengan situasi 2x sakit. masa nak buat dan selepas tuk tanggalkan clamp. so jangan amik risiko.

Lain mak lain pendapat la rasanya. so ini pendapat dan pilihan tuk anak aku la. hehehehe.. 

So, pagi tuk proses khatan tu dibuat kat klinik je. dengan bayaran RM150 dan deposit awal diperlukan masa booking. kalau tak booking memang ramai la. 

Apa yang diramal mmg terjadi la. Aqeef satu satu nya patient yang meraung dan menangis. haru kat situ. so, aku rasa tak silap la keputusan aku amik laser dari pilihan yang lain. hehehehhee.. 

Dah selesai seme proses, ambil ubat kat kaunter (harga ubat termasuk semua dalam bayaran awal tu) dan aku ada beli 1 ubat yang klinik suggest. cam krim tube tu je. RM10 tambahan. 

Sampai rumah je stenby la. Anak aku mgkin tak sama ngan anak orang. so sampai je rumah drama pun start balik. Bagi dia ubat tahan sakit dan antibiotik. Dalam sejam lepas tu dia dah boleh buang air sendiri semua. Cam aku takde pulak ubat luka ke apa. Lepas mandi semua keringkan dan sapu je ubat tiub yang klinik bagi tu. 

Makan pun memang pantang la makan yang gatal2 tu terutama telur. Ayam semua. Ikut la masing-masing kan. Cam aku aku buat ikan bakar, ikan goreng, ikan sup. ikan bilis goreng. itu je  makanan dia. Hari ke 7 baru dia berani makan ayam. 

Alhamdulillah la. luka pun cepat baik. Cara aku sapu krim tu tak pakai tisu ke cotton bud ke apa. aku just picit je tube tu keliling kan bahagian yang sulit tu. hehehehehhe. so, mmg takde sentuhan ke apa. berani nak sentuh dah menjerit. hari ke 7 dah boleh pakai seluar dah. hari ke 8 dah main bola pun. 

Cuma bila teringat balik awal-awal berkhatan aritu ayat pertama yang keluar 'nasib anak lelaki seorang je' huhuhuhu. 

Mana-mana kaedah berkhatan pun sama je proses nye. cuma mgkin ada lebih dan kurangnya pada mata masing-masing. baru-baru ni ada officemate anak dia berkhatan kaedah laser. tapi tanpa jahitan. hanya gam. pun satu kaedah yang aku rasa baru tuk aku dengar. so, boleh la berkhatan dengan tenang. hehehehe






1 comment:

~aSHa~ said...

lama x update blog...
kdg2 aku tgk2 jugak di blog2 yg aktif...arini tgk blog ko naik di atas..ihihihi...

aku ada sorang lagi bakal berkhatan..tapi bkn masa terdekat..maybe dalam 3 tahun lagi