Tuesday, October 8, 2013

Pusat Perubatan Homeopathy Jasin

Kalau tuk anak tekak punya keinginan kita bole nak cari dan google.. 

Takkan tuk anak sendiri kita tak ble usaha cari dan google ubat kan.. :)

Ok.. mmg dah lamaaaaaaa sangat sebenarnya berniat nak ke sini.. 
cuma tak tau kenapa keadaan tak mengizinkan.. 

Jadinya.. beberapa minggu lepas.. 
Mmg tanamkan azam.. nak jugak ke sini.. 

Call tempat ni.. lagi 30min habis sesi rawatan katanya.. 
so, xpe.. kita cuba.. mana tau ada rezeki kan.. 

Tak jauh mana pun.. kita ke sini je.. 
Kalau Mydin Mall ble jejak dalam masa baper minit dari rumah.. 
Takkan ke sini makan tahun kan.. muahahahahhaha.. 
Ni mmg perli diri sendiri je ni.. 
Namanya : Dewan Perubatan Homeopathy Jasin
Kalau sesiapa yang nak tau tempatnya.. 

Betul betul bersebelahan dengan Muzium Jasin tu.. 
Deretan kedai mara lama tu.. dekat dengan Avon Jasin.. 
Bebetul di dalam bangunan Mara yg ada jual majalah di luarnya tu.. cuma masuk ke dalam sikit.. x perlu naik tangga.. mmg agak tersorok sikit.. 
tp di luar bangunan mara tu ada sign board.. jangan risau.. mmg akan nampak..

 so, masa tiba tu.. mmg dah jam 12t.hari pun.. 
Tp kebetulan masih ada patient dalam tu.. 
So, kita tunggu aje kat luar.. 

Kalau sesiapa yang masih tak tau cara perubatannya ni.. 
(walaupun rasanya ramai yg dah tau)
Cara perubatan Homeopathy ni.. 
Hanya melalui penceritaan.. so, mmg kena cerita detail ye.. 
Jangan ada sorok sorok.. sbb ubat diberi berdasarkan cerita tu je..

Takde cek apa pun.. 

Dan.. ubatnya mmg seme sama.. 
Tengok ajelah kat bawah ni.. 
Bulat bulat putih ni.. 
Jangan silap je.. Insyaallah takkan silap.. sbb botol dilabel 
Mengikut penyakit tu.. 

Ok.. Rasa ubatnya manisssss.. 
dan ubat ni takde racun.. 
So, kalau anak anak makan lebih pun takde mudarat.. 
Insyallah.. 

Kalau ada yg nak tanya bayaran ke camne kan.. 
Ok.. aku share sket.. 
Banyak ubat.. mgkin lebih sikit la kan bayarannya.. 
Anak anak ada athsma.. batuk.. selsema.. demam.. 
So, itu seme ubat dan diberikan secara pakej 
(pakej tu maksudnya.. makan dulu botol kecil dilabel ikut nombor, kemudian baru makan ubat dalam botol besar ikut label sakit)
Total lebih kurang dalam RM200.. 

Aku ada minta jugak krim serbaguna tu.. 
Sapu je tuk apa kegunaan.. takde racun.. ni aku cerita spt yg diberitahu ye.. 

Ok.. ni 1st time aku mencuba kaedah rawatan homeopathy ni.. 
Sbb kalau boleh.. aku mmg nak elakkan sebarang ubat lain dah.. 
Mcm mcm info kita boleh baca dan google kan.. 
Tak salah kita mencuba.. berusaha.. bertawakal dan doa.. 
Selebihnya.. Allah tentukan.. 

Rasanya banyak lagi pusat rawatan homeopathy ni di Melaka.. 
Antaranya : 

PUSAT RAWATAN HOMEOPATHY BUKIT BERUANG
No. 669-C, Jln Bukit Melaka 1/1, Taman Bukit Melaka, 75450 Bukit Beruang, Melaka.

Tel : 06 - 231 7963 H/P : 012 - 611 5617
Email : rosnahadam@gmail.com

Pengamal Homeopathy:

Datin Dr.(H) Hjh. Rosnah Adam PHom, DMHS (MAhM) BHMS (MAhM/USU), MDHom (MAhM/USU), PCHomM


DEWAN PERUBATAN HOMEOPATHY JASIN
4216-A3, Aked MARA, 77000 Jasin, Melaka.

Tel: 06 - 5292 429 H/P : 018 - 3863 368
Email: dphj@ymail.com

Pengamal Homeopathy:

Dr.(H) Hjh. Alijah Alias PBM, BKT, PHom, APHomM, PCHomM, FPHomM, BHMS(MAhM/USU)

Dr.(H) Siti Salina Yusop PHom, BHMS(MAhM/USU), B.Sc (Hons) MMU


KLINIK TAQWA
Blok B, No. 8, MT 663, Pekan Baru Masjid Tanah, 78300 Melaka.

Tel : 06 - 385 1055 H/P : 012 - 626 8121

Pengamal Homeopathy:
Dr. Suriyakhatun Osman PHom, FKHomM, MBBch (Alex), DRM, MDHomM,
Reiki G Master


NATURAL HOMEOPATHY HARIS
12A, Jln MJ 38
Taman Merdeka Jaya
Batu Berendam, MELAKA.

Kalau di negeri lain.. mgkin korang bole rujuk kat sini ye :




6 comments:

Unknown said...

Assalam mak sy pernah terima rawatan di klinik ni selama 2 tahun.sy sarankan kpd sesapa yg merawat disini,segeralah berhenti mndapatkan rawatan di sini. Anda akn menyesal di kemudian hari kelak. Doktor di klinik ni hanya lepas tangan setelah patientnya menghidapi sakit kronik. Dan akhirnya dihantar ke hospital shj.mereka memang tdk bertanggungjawab!ini memang terjadi kpd mak saya

Unknown said...

Assalam mak sy pernah terima rawatan di klinik ni selama 2 tahun.sy sarankan kpd sesapa yg merawat disini,segeralah berhenti mndapatkan rawatan di sini. Anda akn menyesal di kemudian hari kelak. Doktor di klinik ni hanya lepas tangan setelah patientnya menghidapi sakit kronik. Dan akhirnya dihantar ke hospital shj.mereka memang tdk bertanggungjawab!ini memang terjadi kpd mak saya

Anonymous said...

sy dah berubat di sini lebih 10 tahun dan semua family sy ambil ubat di sini tanpa sebarang masalah termasuklah bapa sy yg kena batu karang baik dah.

Unknown said...

Sy ad bt dlm hempedu..ad sesiapa pnh berubat scra hemeophaty? Plz share

Unknown said...

Saya pernah bawa anak ke sini.umur 2 tahun kena alahan pada kulit.Alhamdulillah selepas 2 minggu keadaan kulit pulih seperti sediakala.Pada saya homeopathy adalah kaedah alternatif yg bagus.

Unknown said...

Semasa berumur 32 thn saya mengalami athma sewaktu hamil dan selepas melahirkan anak. Ssya alsh pd ubat athma hospital..lalu saya mengambil ubat homeopati selama 2 tahun..Alha Alhamduli sehingga sekarang saya dh berumur 49 thn.. jarang mengalami athma dan bila sakit sahaja saya pergi ambil ubat tersebut. Saya amalkn pula ubat minda homeopati untuk anak2 dan juga ubat homeopati resdong. Kita usaha Allah menyembuhkan