Wednesday, June 19, 2013

Jerebu

Sekarang cuaca adalah sangat tidak menyenangkan...

Macam hidu asap je sekarang..

Jerebu melanda skang ni kan...

Jadinya pergerakan luar rumah adalah sangat tidak sesuai tuk anak anak...

Lebih lebih lagi anak anak saya yang baru je nak sihat dari batuk tu...

Ni copy sumber dari laman berita Astro Awani:

KUALA LUMPUR: Bandaraya Melaka terus mencatatkan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi setakat jam 11 pagi hari ini dengan 160 meningkat berbanding 148 bacaan yang diambil jam 7 pagi tadi.

Selain itu, Muar turut mencatatkan peningkatan ketara dengan 157 pada jam 11 pagi berbanding 133 pada jam 7 pagi tadi.

Selain itu bandar yang mencatatkan IPU tidak sihat adalah Pasir Gudang (149), Kota Tinggi (138), Larkin Lama (124) dan Bukit Rambai, Melaka (119).

Sebanyak 39 bandar utama di Malaysia mencatatkan IPU sederhana dengan Pelabuhan Kelang,  Putrajaya, Nilai dan Seremban antara yang tertinggi.

Manakala lima bandar lain berada pada IPU yang baik iaitu Alor Setar, Langkawi, Taiping, Kangar dan Sandakan.

Rata-rata penduduk di Melaka dan Johor hari ini mengeluh keresahan berikutan tahap penglihatan di dua negeri berkenaan yang kurang memuaskan.

Ramai turut mengadu mengalami kesihatan yang kurang memuaskan seperti batuk, demam dan sakit tekak.

Semalam, Menteri Hal Ehwal Luar dan Menteri Undang-Undang Singapura K. Shanmugam menghubungi Menteri Hal Ehwal Luar Indonesia Dr Marty Natalegawa bagi menyuarakan kebimbangan berhubung keadaan jerebu yang semakin buruk.

Hari ini Agensi Alam Sekitar Singapura melaporkan IPU negara berkenaan setakat jam 12 tengahari berada pada kadar 91 ke 107.

18 Jun 2013

Setakat jam tujuh pagi tadi, Jabatan Alam Sekitar Malaysia melaporkan tahap pencemaran udara tertinggi di Johor dengan bacaan IPU 142 di Pasir Gudang.

Ini diikuti dengan Larkin Lama dan Kota Tinggi masing-masing pada bacaan IPU 116 dan 107.

Perak bagaimanapun mencatatkan pencemaran udara terendah seluruh Malaysia setakat ini dengan Taiping dan Kampung Air Putih pada bacaan IPU 23.

Secara keseluruhannya seluruh negara mencatatkan bacaan IPU yang sederhana pada 59 peratus dan hanya tujuh peratus mencatatkan bacaan IPU melebihi 100.

Menurut Jabatan Alam Sekitar, menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga terutama pada waktu tahap bacaan IPU tinggi bagi mengelak daripada terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan alahan.

* Harap harap hujan turun membasahi bumi Melaka.. biar hilang cepat jerebu tu... pandangan pun makin tak nampak dah.. risau ni... mmg kena kuarantin ujung minggu ni.. kita makan tido je kat rumah ye anak anak semua : )

No comments: