Wednesday, February 16, 2011

Doa Semasa Mengandung

Amalan Surah Al-Quran
  • Surah Yusuf – untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu

Doa Semasa Hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


* doa semasa marah tak jumpa lagi ni... sementara tu... baca ajelah doa doa yang dah sedia ada.... 

'sharing is caring' kan... 

Bangang!

Aku bengang ni... 

Kalau boleh tak nak cakap yang bukan bukan.. 

Dah pepagi tadi aku dah ceria dah... gumbira.. suka suki... 

Tetiba jadi camni... rasa panas je atiiiiii..

Nak buat seme mende pun tertangguh.. 

Ni la akan jadi.. bila Internet... PC cam bangang! sakit ati wei... 

Aku dah banyak sabar dah ni... 3 jam sabar dah ni... 

Tolong bagi aku PC baru boleh tak??? 

Mahapkan aku.. sbb bahasa agak kesat dalam entry ni... 

Aku insan biasa... yang suka marah.. hahahahahahhahaha...