Sampai dah lewat petang di Perak...
Hotel ni hotel baru.. yang paling bagus adalah Hotel ni adalah di dalam
satu kawasan je.. Parking adalah di sekeliling hotel ni sahaja..
Mmg pada aku... aku suka hotel camni... tinjau je dari bilik..
nampak kete..
Kami di Lobby Hotel..
Kecik je pun lobbynya.. tp kemas dan bersih..
dan pekerja nya adalah majoriti melayu...
Bilik nye..
Kami amik bilik paling murah sekali..
Superior Room (1 katil besar)
sumber google
Puas ati... katil dia besar..
Selesa sangat untuk kami 4 beranak..
Takde kes jatuh katil malam tu.. hehehe
dan... yang paling penting toilet.. bersih walaupun takde bath tub..
Malamnya kami singgah makan malam di sini...
Aku makan bihun sup.. sedapppp...
Ada sate..
Ada gerai-gerai makan sepanjang jalan tu...
Ni kedai area dataran tu... :)
Cuma masalah waktu ni.. hujan turun tanpa henti..
Hujan menyambut kedatangan kami ke Perak
sampai ke esok paginya tu.. seharian tu hujan.. :(
Pemandangan pagi dari bilik hotel...
sumber : google
Sarapan kami pagi tu... Sarapan di kafe hotel je.. senang.
Bagusnya hotel ni adalah.. harga bilik termasuk sarapan.
Bilik harga sangat berpatutan dengan kondisi bilik.
Sarapan pulak sangat berbaloi. sedap. pelbagai.
Ada telur separuh masak lagik. hehehheh
Sarapan dia sedapppp..
puas ati dan setaraf dengan hotel 4* yg lain...
Meriah ko sarapan dia..
Yang paling penting... hotel ni ada wifi ok...
Dalam bilik pun ada wifi..
Puas ati sangat dengan harga yang kami bayar...
Aku share sket info mengenai hotel ni...
Hotel Seemsoon ni hotel baru jugak aku rasa...
ni website dia : http://www.seemsoonhotel.com/
Kalini aku book melalui phone sahaja...
Sbb aku dah compare harga dengan Agoda... sangat tak munasabah la Agoda.
Campur tax seme.. lebih mahal dari bilik Deluxe dia.. hehehehe..
So, better korang book melalui WEB atau melalui call sahaja...
Untuk gov rate bilik Superior adalah RM110 inc sarapan pagi untuk 2 org..
Kalau takde gov rate pun masih murah lagi.. iaitu RM128 sahaja...
Yang paling penting... ada WIFI..
Sarapan adalah HALAL..
Hotel mahal mahal pun.. kekadang takde wifi.. takde sarapan kan.. :p
Kalau nak selesa lagi.. boleh la korang book bilik yg lebih besar.. Deluxe ke.. atau
Family Room dia...
Bawah ni adalah peta ke Hotel..
Kalau tak bebetul.. mmg tak pasan sangat hotel ni..
Mata kena melilau sket.. cari je bangunan tinggi warna grey camtu..
Insyaallah jumpa.. hehehe..
Rasanya hotel ni aku boleh ratingkan sebagai hotel 4*...
Puas hati dengan servis.. makanan.. dan bilik...
Kalau ada rezeki ke Ipoh. mgkin aku akan stay sini semula..
Korang boleh try stay sini..
Insyaallah.. tak mengecewakan.. :)
*Sharing is caring*