Friday, December 8, 2017

Beli Baju Sekolah Murah di Melaka

Cam biasa mula je cuti sekolah, mak mak paling sibuk biasanya pikir persediaan nak masuk sekolah tahun seterusnya.

Baju sekolah, yuran sekolah, tarikh pendaftaran sekolah.

Tahun ni memandangkan ada anak nak masuk darjah 1, dan abang naik tahun 5, persediaan kena mula awal. 

Tahun sebelum-sebelum ni memang beli baju sekolah kat Bee Loon je. Kat Jalan Bendahara.  Situ satu bangunan je. Bangunan putih yang sharing dengan Hotel Sterling. Cuma situ parking terhad sikit. Belakang  bangunan ada parking. Depan bangunan pun ada parking lebih strategik. Nasib baik dpat la parking depan bangunan. dan parking berbayar. sekarang masuk tandas pun dah mahal. 

Kalau kat Bee Loon Melaka ni HQ. Cawangan lain ada jugak rasanya. satu bangunan semua keperluan sekolah ada. Baju seragam sekolah pelbagai warna cam pelangi, kasut sekolah, beg sekolah dari puluh ringgit sampai ke ratus ringgit, stationery, baju seragam pengakap, pandu puteri semua pun ada. servis tuk alter, tampal lencana nama sekolah pun siap juga. Mmg sesuai la tuk persiapan sekolah. sediakan duit je.

Sebenarnya sekarang pun boleh shopping online je. http://www.beeloon.com/ cuma biasanya kalau nak beli baju ni biasa kena testkan jugak. baru puas rasa ati tu. 

Tapi tahun ni, kebetulan kami plan nak shopping awal sket tuk kelengkapan sekolah anak-anak. dan kebetulan masa ke Bee Loon ni tutup dan jualan tuk persiapan sekolah pun belum mula lagi. 

So, kami try tempat baru kat Taman Asean.  Kalau tau Bata kat Malim tu yang satu bangunan beso tu, depan sket nanti akan nampak 1 pintu gerbang lama Taman Asean. Sebelah kiri. Masuk je pintu gerbang tu then ke kiri. jalan terus sampai nampak satu signboard B Gee Trading. dia bukan kedai ye. Rumah yang dijadikan kedai. Rumah Kedai la kot. hehehhehe.. sebelum longkang besar sebelah kiri. 

So far, harga sini ada sikit murah la pada aku. kat sini tak banyak yang dijual. Baju seragam sekolah biasa, kasut tak banyak pilihan, dan beg. Beg pun kebanyakkannya beg tarik. pun takde pilihan sangat tuk yang lain-lain. Ruang dia tak luas sangat. tp selesa dah kalau 3 keluarga /4 keluarga dalam tu. kalau ramai sket ngan anak-anak mgkin tak selesa. 

Kat sini pilihan jenis kain baju sekolah ada Cotton penuh, campuran yang pada aku sikit lembut dari full cotton dan licin. Dan kain baju dia pun sikit biru2. bukan putih semate. aku lagi prefer kain camtu. 

So pilih punya pilih, Alhamdulillah, 2 pasang baju kurung / 2 tudung / stoking / kasut / tuk hanania dan 2 pasang baju sek pagi / 2 pasang baju sekolah agama / stoking / samping / kasut tuk aqeef total semua adalah RM380 ++ camtu. 

So, boleh buat pilihan masing-masing. Pilihan di tangan anda. :)

Sekadar berkongsi.  Sbb kalau nak diambil kira dari sudut kualiti, rasanya sekarang semua pun lebih kurang sama je kualiti tu. kalau pandai jaga mungkin boleh tahan lama sikit, kalau dapat yang memang jenis tak sampai 2jam kat sekolah dah berkepuk, tetap jugak tengah tahun kena ganti baju seragam yang baru. dengan tompok aiskrim, tompok water color semua. biasanya baju seragam berganti bukan sbb koyak tapi sbb kotor. ni pengalaman aku yang mengganti baju sekolah anak lelaki pada pertengahan tahun aritu.

Jadi mungkin boleh buat survey dan memilih. sekolah pun dah nak bermula tak lama lagi. :)

No comments: