Sejujurnya ni adalah pembelian kedua baju sendiri di Poplook.com :)
Biarlah orang lain beratus helai pun.. beribu helai pun.. berpuluh helai pun kan..
Masing masing punya account bank. :p
Yang ni dari account bank aku sendiri..
Ni pembelian kedua.. sbb baju pertama dengan poplook yang aku sukaaaa sangat pakai dulu :
1. Dah kecik gile. Almaklumlah. Saiz badan mmg bertambah.. Berkurang tu x mungkin
2. Mmg dah ditakdirkan baju tu berlobang sbb kena iron panas dulu.. sbb kukuh tuk aku x pakai dah baju tu.
Jadi baru aku buat pembelian kedua kat Poplook.com :)
Aku puji sangat servis dia la..
seriyes.. aku pilih.. bayar dalam t.hari tu.. dapat emel.. dan tracking terus..
Esok barang sampai..
X sempat nak tengok tracking sampai mana dah pun..
Sangat-sangat la patut dipuji..
Bukan apa.. kadang-kadang beli online mmg banyak dugaan.
Ada yg tambah sakit ati..
Kena plak tunggu balasan PM kita kat fb dia nak tau harga..
Tu baru nak tau harga / saiz seme.
blom lagik nak tanya barang kita nak tu available ke tidak ke..
Pastu ada jugak yg no acount kena tunggu sehari baru dapat..
Dah bayar tu.. dah tunjuk bukti payment.. kena tunggu plak dia cek..
Ok.. tu seme lumrah..
Yg paling aku tak kenan. bila mintak tracking number..
Ya allahhhhh punya seksa.. proses tu je dah makan 2/3 hari dah..
Blom nak tunggu barang sampai.
Tp tu seme risiko / kekurangan / perkara ko kena hadap kalau nak beli online ni..
Tp tak semua tau.. sesetengah sahaja.
Poplook.com ni kat melaka je pun..
aku kalau boleh. nak je COD poplook nye baju ni.. bukan jauh pun.. dekat je. hahahaha
tp malangnya tak ble.. kalau boleh kan bagus.. huhuhuhu..
Sebabnya? sebab aku jenis tak menyabo. hahaahah
No comments:
Post a Comment