Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.
Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang. (sumber dari internet)..
Dulu aku penah sharekan belimbing buluh ni...
Pokok ni memang ada je kat tepi rumah mak aku.. bebetul tepi pagar umah jiran. hehehe
Alhamdulillah la.. kalau dia berbuah mmg banyakkkkkk dan lama..
Biasanya kalau berbuah ni.. mmg banyak aku bagi orang..
Tengok ni pokok dia.. kecik je..
Cuma kan..pokok lama.. akar dia dah besar.
retak dah tanah / tar kat tetepi tu..
Buahnya sampai ke bawah tu ha..
Alhamdulillah.. mmg jarang putus stok belimbing ni ha.
Aritu sbb banyak sangat buahnya..
Tak tau nak buat apa dah..
Kami petik sbb sayang kalau bila dah terlalu masak..
Buah tu gugur camtu je..
Mmg rasa sayang sangat..
Separuh diberi pada officemate..
Separuh lagi buat masak.. heehehhe
Biasanya belimbing buluh ni.. yang sedapnya..
Masak dengan telur itik.. haishhhhhhh.. sedappppp ok..
cuma telur itik kat kampung pun skang susah nak cari..
Kalau ada.. sebiji RM0.80-RM1.00..
Pada aku agak mahal laaa jugak kot..
Selain dari tu.. campur dengan sambal udang..
Sambal bilis ke kan..
Biasa ada orang campur dalam kuah kacang kannnnnnnnn.. perghhhhhh..
Sekarang kan tengah sibuk bersambal hitam pahang..
So, pun boleh. cuma nak merebus tu agak lama..
boleh jugak try..
Jus je aku tak penah try.. hehehehhehe