Korang baca la Harian Metro ni.. punya la teruk sakit mental orang ni... Ramai manusia tak betul sekarang ni... menakutkan...
Ditinju sebelum bersalin
Oleh Sharifah Zulaikha Syed Amali
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
MUAR: Penderitaan seorang wanita yang hampir melahirkan anak bertambah parah apabila perutnya ditumbuk
berkali-kali oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini,
awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa yang berumur 26 tahun dihantar suaminya ke hospital itu selepas mengadu
sakit perut mahu melahirkan anak.
Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan yang mengesahkan kejadian berkata,
mangsa dipercayai ditumbuk suspek di dalam lif pusat perubatan berkenaan.
“Ketika kejadian, suami mangsa meletakkan kenderaan di petak parkir, manakala suspek membantu menolak
mangsa menggunakan kerusi roda ke wad bersalin.
“Ketika berada di dalam lif, mangsa ditumbuk di perut beberapa kali, sebelum dia dihantar ke wad bersalin,”
katanya.
Mangsa yang terkejut dan berada dalam kesakitan akibat tindakan tidak berperikemanusiaan pengawal keselamatan
itu kemudiannya memaklumkan kejadian kepada suaminya yang berumur 33 tahun, sebelum suami mangsa
membuat laporan polis berkaitan insiden terbabit.
Menurut beliau, polis kemudiannya menahan pengawal keselamatan terbabit untuk membantu siasatan.
“Kami merujuk suspek ke Wad Psikiatri HPSF dan dia dipercayai mempunyai masalah mental.
“Siasatan awal mendapati suspek baru dua bulan bekerja di syarikat kawalan keselamatan di HPSF,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan
sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Jurucakap HPSF pula memaklumkan bahawa mangsa selamat melahirkan bayinya tidak lama selepas kejadian dan kedua-duanya kini berada dalam keadaan sihat.