Tuesday, July 28, 2009

Yeay!!! Alhamdulillahhhhhh..



huwaaaa... terharuuu okeyyy.. kalau ada sesaper ingat yg Aqeef ada masuk contest.. 'Cutest Baby in CARSEAT' anjuran mombloggersplanet kan?? iskkkk.. kat entry yg sebelum ini.. dan dengan bangganya nak bitau yg Aqeef menang yeee.. tapi bukan 1st Prize la... cuma Consolation Prize.. tapi dah syukur alhamdulillah.... sangat suke la kan.. hehehe.. aku pun terkejut beruk bila tengok sini http://www.mombloggersplanet.com/1299/cutest-baby-in-carseat-winners/
8 kali tengok.. nak konfirmkan nama tu.. hehehe.. hadiahnya???

One PurseHook from AliceWonders each (worth RM20)

ok ar tu kan.. beh.. beh.. tapi kalau dapat 1st prize behhhnyerrrr.. takpe.. rezeki amirul.. tahniah pada pemenang yeeee... kalau korang nak tengok pemenang lain, bole klik kat link atas tu yeeee... they deserves it... tq pada penganjur...

kita tunggu bulan Ogos punya contest pulak yeeeee... tak rugi join.. kalau tak menang pun, takpe... join suka suka....

Kami di Bandar Hilir Melaka..

:) Macam ler dari mana kan??? kan?? padahal org Melaka gak... saje tajuk kengkonon org jauh niiiii.. :p

Hari minggu haritu takde buat apa.. so, plan nak bawak Aqeef naik bas yg takde bumbung kat Melaka tu.. ntah apa nama ntah... tapi lama tunggu takde plak bas tu datang... dah ler ramai giler org haritu.. dah hari cuti kan.. jalan jalan BO dulu.. tapi takde yg kenan di hati.. saje jamu mata je..

Pastu kuar dari Dataran Pahlawan tu... ke bahagian belakang bangunan tu... kan banyak bangunan bersejarah belakang tu kan.. bagi dia bebas sendiri..dia seronok.. aku pun seronok... tapi tak le lama ar.. dia buat cam umah sendiri lak.. hehehe :) yg benarnya aku pun dah lama tak jejak sini... las dulu rasanya sblom kawen la kot.. sblom tunang..

yg aku ingat, izan.. pijot.. anum, elin, chah, mak lang, che pah pun penah datang kot.. tak ingat dah aku tahun bila tu... hehehhehe.. skang ni dah banyak berubah tau korang.. bila lagi nak datang sini???

ini satu satunya gambar bertiga yg aku berjaya amik.. itu pun cam hapa dah.. hehehhehe.. janji adoooo..

tempat lepak 'bica-bica' di melaka yeee.. 'bica' tu Aqeef nyer sebutan untuk beca..heheheh..

Ini bangunan Memorial Pengishtiharan Kemerdekaan... tengok bangunan ni, rasa bangga, semangat kenegaraan tu berkobar kobar ar.. rasa nak nyanyi lagu Negara ku je time ni.. tetiba jekkkkk.. hehehehhe... btn di hatiku katanya... hahahahaha...


tetiba..... kecoh sekejap.. Aqeef nampak mooooo...'mooooo' di tengah bandar yeeeeeee..


ini 'mooooo' Aqeef yeeee... hehehehe..yelah salu kat kg kan ada 'mooo' (lembu) ngan 'mbeekk' (kambing) je.. ibu lupa nak ajar (horse) kuda lak... hehehe


sekian la laporan lawatan kami..

*abaikan ajelah apa nak 'terlebih-lebih' di badan aku tu yeee.. blom ngandung lagi... lemak semenya... :P

Friday, July 24, 2009

Jcard Day Melaka

hehehe.. Hari Menabur Zakat datang lagi yeee kengkawan.. sekejap je kan masa berlalu?? iskkk.. iskkk... kebetulan aku memang apply cuti sebulan yg lepas lagi... tapi kebetulan jcard day dibuat tarikh yg sama.. ha... suratan atau kebetulan tu??? heheehe... banyak sbb lagi bercuti ni sbnarnya.. yg pasti... aku ke Jcard Day semalam.. hehehehe...

Berapa habis?? hehehe.. entahlah.. beli 2 lai jeans, 3 lai tshirt, selai kemeja, 2 baju anak anak buah, 2 psang baju tido... ngan pencuci botol 2 (rm15 sebotol).. murah kan?? kan?? hehehe.. seme tu tak sampai rm150 pun..



yang ini plak.. hasil rembatan bukan di bahagian baju... itu dynamo.. rm20 saje.. itu frame.. dari rm69.90.. dapat rm20 saje... besooooo.. susu tu twin pack rm45... muroh kan??? beli time murah ni je..

ini paling aku sukeeeee.. comforter ni rege asal dia rm3++.++.. tapi selepas diskaun, dapat rm99.00.. tapiiiiii. cuba tengok rege di tag comforter aku beli tttuuuuu.. sila.. sila...

hehehhee... nampak kan rege rm99.00 yg belakang tu..?? ngape jadi rm79.00 plak?? haaaaaa... rezeki katanyaaaaaa.. jangan ditolak.. rm79 untuk comforter, set cadar sarung bantal seme.. dan dua buah bantal tido.. muroh ke tak??? hehehehehe.. alhamdulillahhhhhhh...

Wednesday, July 22, 2009

Bengkel ICC

Aku ada bengkel dua hari.. .. @ lebih sinonim dengan makan makan pree tuk org gomen.. hahahaa....

Bengkel seperti di bawah ni... 'Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif ' (KIK) @ ICC @ nama sblom ni KMK...

Kat mana??? haaaaa...

Kat Avillion Legacy, Melaka...

Komen tentang tempat :

Bilik Bengkel : OKLA.. SO.. SO.... :p (tapi terbuka sangat.. aku nak betulkan spender pun takut takut... mana tau ada org lalu kat blakang ke kan? .
. ) hehehehe...

ni kawasan tempat makan... lawooooo kan.. tang kubah dia tu yg tak tahan tuuu... cam masejid... hehehhe..



bengkel buat apa??? ha... tulis tulis kat kertas.. bincang bincang.. perah otak cari idea.. dan paling aku tak suke buat ialah.. presentation... saper dah pegi tu... tau la camner kan?? kan??

Komen Peserta : Bosan! heehehe... bosan la weiiiiii...


nak tertido aku.. bukan per... sbb ntahla.. jiwa aku tak sesuai la ngan mende buat projek.. seme ni.. present seme.. hehhe. jiwa aku lebih sesuai ngan dok opis, ceting, apdet blog.. hahahaha...

tapi sekurang kurangnya, aku dapat ilmu baru.. kawan baru.. sekian, tq

Thursday, July 16, 2009

Berita Baik! Berita Baik !

Bonus tetap sektor awam


Cuepacs syor kadar faedah pinjaman perumahan dikurang
KUALA LUMPUR: Majlis Kongres Cuepacs meluluskan cadangan menuntut kerajaan membayar bonus tetap setiap tahun dengan menggabungkan elemen imbuhan itu dalam skim perkhidmatan kakitangan awam. Ini adalah antara beberapa tuntutan baru yang akan dikemukakan kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada kajian semula syarat perkhidmatan penjawat awam.

Pada masa ini, bonus diberi mengikut budi bicara kerajaan

berdasarkan kemampuannya, tidak seperti sektor swasta yang menjadikannya sebagai amalan tahunan. Pada waktu yang baik, 1.2 juta penjawat awam menikmati bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Dalam mesyuarat di Ipoh, baru-baru ini, Cuepacs juga mencadangkan supaya kadar faedah pinjaman perumahan dikurangkan daripada empat peratus sekarang kepada satu peratus setiap tahun.

Sumber Cuepacs memberitahu, dalam memorandum yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi, kongres itu turut menuntut perubahan bagi bayaran gantian cuti rehat daripada maksimum 150 hari pada masa ini kepada jumlah sebenar cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul seseorang pegawai.

Gantian cuti rehat adalah bayaran tunai bagi cuti tahun yang tidak digunakan yang dikumpul oleh seseorang pegawai sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan.

Satu lagi perubahan besar yang dituntut Cuepacs ialah berhubung pengiraan pencen.

Cuepacs mencadangkan supaya formula pencen sekarang yang dibuat berdasarkan gaji pokok terakhir, ditukar dengan memasukkan semua elaun.

Ini bermakna apabila pengiraan pencen dibuat, semua elaun perumahan, kos hidup, makanan, perjalanan, pemandu, kesusahan dan keraian juga perlu dimasukkan kepada gaji pokok terakhir.

Tuntutan lain ialah:

  • Cuti tahun bagi menjaga anak yang sakit dengan tempohnya bergantung kepada tempoh keuzuran itu.
  • Bayaran balik bagi implan gigi dan rawatan mata.
  • Sistem kenaikan matriks digantikan dengan sistem linear dengan tambahan lima kenaikan, dan
  • Mewujudkan skim sub-profesional bagi pemegang diploma.
Sumber itu berkata, pemimpin Cuepacs begitu optimis bahawa kerajaan akan mempertimbangkan cadangan mereka dengan fikiran terbuka. - Bernama

* salah satu berita yg bole buat aku senyum riang di petang hari... dah ler baru pas sakit ati ni.. baca berita ni terubat sket hati.. hehhhee.. kalau semenya diluluskan alangkah bagusnyaaaa...

Ha... Selak jangan tak Selak!

Ha... hari ini kita kaji rahsia tahi lalat yeee.. sila selak memana bahagian yang ada tahi lalat.. heehhe.. selak secara berhemah yeeeee... dan secara tertutup di bahagian tertutup.. kalau nak selak kat toilet.. print jek mende ni.. hehehehhe...

check it out!


bibir atas kanan : banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri : ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan : disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri : pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan : cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri : cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
(wah.. cerdas yeee... heheeh.. cerdas.. tangkas kan?? yelah.. multi tasking.. banyak pengetahuan ke?? hehee.. )
leher di tengah : tercapai cita-cita
biji mata kanan : suka serong dan pembohong
biji mata kiri : pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan : baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri : baik budi, murah rezeki
punggung kanan : agak mengalami kesulitan
punggung kiri : malas dan suka duduk
betis kanan : suka berhibur, boros
(ermm.. boros ke.. boros gak kot.. tapi tak boros sangat la.. ala.. ala... masih menyimpan.. berhibur lak.. suke hiburan.. suke jenjalan... berlibur kot.. salah typing tu.. hehehe)
betis kiri : rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan : bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri : kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan : terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri : sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang : jujur, sabar dan tekun
(ha.. inilah ciri setiausaha yg cemerlang, terbilang dan temberang kan??? hahahaha)
kening kanan : cerdas dan cekap
kening kiri : cerdas, sopan santun
(cerdas kan dah cakap tadi.. baper banyak kali nak cerdas.. cepat letih ar camni.. owwwhh.. sopan santun tu mestilah.. bos ai pun cakap camtu.. 'u ni sopan la.. '.. hahahaha)
tengah kening : keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan : kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri : suka berpoya-poya
ketiak kanan : dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri : jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan : suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri : kehendak kuat
batang hidung : banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung : banyak rezeki
dagu bawah kanan : jujur dan baik hati
dagu bawah kiri : bijak sana dan berbudi luhur
(ehemmm.. bijak kan?? boleh tahan la... berbudi luhur mestilah ada.. dah kata sopan santun.. :p)
kemaluan kanan atau kiri : baik, suka senggama (erkkk... cam ada.. tapi cam takde.. tak clear ar.. hahahah)
di kepala kemaluan (lelaki) : bakal beristeri 2 (tolong cek tuk buat persediaan awal.. hahahaha)
tumit kanan : jujur dan banyak kawan
tumit kiri : baik budi
alis kanan : suka menolong, baik hati
alis kiri : ramai yang suka
(ayat ni cam tak lengkap la kan? suka pow ke.. suka membuli ke???? iskkk)
pangkal peha kanan : kemahuan kuat
pangkal peha kiri : suka kerja apa pun
telapak kaki kanan : tak mudah mengeluh
jari kaki kanan : suka menolong
jari kaki kiri : berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan : cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri : suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan : baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri : ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan : setia dan taat pada atasan
lengan kiri : menepati janji dan rajin
(yg ini bole dikatakan iye la.. rajin tuuuuu.. rajin.. ari ari datang keje.. blogging.. ceting. rajin kan???? )
pipi kanan : ramai teman
tengah-tengah : pipi kanan ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri : ramai teman
ubun-ubun : kurang jujur
pusat : cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan : sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri : beroleh kemuliaan
pinggang kanan : sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri : disayang pasangan hidup
dada kanan : dapat mengatasi masalah
dada kiri : berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan : tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri : baik budi pekertinya
siku tangan kanan : kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri : baik hati, suka menolong
(tau.. tau.. tadi pun dah cakap dah baik ati seme.. iskkkk.. konfirm betul ar ni.. hehehe)
jari tangan kanan : serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri : serba baik bekerja
(hehehehhe... tul ke??? )
jari telapak tangan kanan : banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri : banyak rezeki dan cermat
pergelangan tangan kanan : boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri : dapat berpangkat
perut bawah kanan : banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri : baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan : dalam disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam : tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar : baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri : murah rezeki, dpt jadi kaya
(amin.. aminnnnnn.. aminnnnnnnnnnnn.... ya robbal alaminnnnn.. :))
pelipis kanan : serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas : baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas : baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah : agak malas
kelopak mata kiri bawah : agak bodoh, kurang bijaksana

* ini sekadar hiburan pagi hari khamis... sila jangan beriya mengecheck dan cepat perasan yeee.. hahahhhah.. aku takpe..

Hari Tidak Berbelanja...

On d way g keje tadi, dengar kat Hot FM... Ada ke hari ni??? hehehhe.. Hari Tidak Berbelanja... tahun lepas tak ingat.. cam takde.. sbb rasanya memang aku belanja setiap hari.. :p

Ok.. Selamat Hari Tidak Berbelanja.. hehehhehe.. sesuailah kot.. sbb harini aku puasa... kiranya sampai sblom Maghrib nanti aku takkan berbelanja la kan?? kan?? harapnya time berbuka pun tak berbelanja besar la.. cukup la makan malam biasa je.. hehehe.. ye keeeeee???? tapi dalam pale otak ni memacam menu dah ada... tengok la... baru kul 8 lebih... lama laginya nak berbuka tu kan???? moga kita berjaya menyokong Hari Tidak Berbelanja hari ni yeeeeeeee..

chaiiyookk.. chaiiiyyookkk..

Wednesday, July 15, 2009

Padan Muka Aku

:P

Sangat la takde keje... dok tukar sana.. tukar sini.. sekali.. hamik ko!.. satu satu aku kena buat balik.. hampesssss.. ingatkan nak cunggg sana.. cunggg sini la kan... sekali ada yg ilang.. nak kata tak buat back up.. buat.. tapi ntah mana silap aku .. silap aku ler kan.. bukan org lain pun.. so, memang padan muke aku la kan???

so, skang ni sangat bunga bunga... minah bunge??? mungeeeeeeee... hehehhehe.. pinky kan??? gegirl kan.. kalau pasan, info contest tu seme dah ilang.. giler aku nak cari satu satu.. fening... tapi nanti aku usahakan cari contest yg latest masuk gak dalam blog aku neh... hehehhe... padan la kan..??? hahahhaha..

Monday, July 13, 2009

Misi!

Akhirnya misi hujung minggu terlaksana..... alhamdulillah

misi apa?? memula misi diteruskan ke lokasi yang berikut:

tapi bukan sbb nak beli pau yg sedap dan glamer kat limbongan ni yeeee... tidakkkkkkk...

tapi... tujuan kami ke sini... haa... dari jauh dah jammed yeee... kete dah berderet parking dah...


ha.. nampak tak kedai ada payung walls tu... situlah misi akan bermula....yeyyyy.


ha.. jangan tak cayelah.. kat sini tak penah lengang... kereta mesti berderet.. konfim.. tengok la baper banyak kete yg parking tu.... ok.. kita parking tepi dulu...


ha.. tengok org beratur.. rasanya sepanjang aku lalu kat kedai ni, memang tak penah tengok takde org beratur.. tapi... salunya lagi panjang..dalam kedai jangan cakap la.. memang dah penuh.. yg beratur tu.. untuk 'tapau' saje yeeeee... harap maklum..

giler weiihh.. berpeluh.. naik pitam aku.. gambo dibawah ialah gambo setelah 45 minit aku beratur... tak caye..??? sila caye... sbb itu lah kenyataannya... nampak cam tak ramai sangat kan beratur kan??? tapi stiap sorang tu tapau dalam 10 bungkus yeeee... buat kalkulation.. sila.. sila.. baper lama sorang mik masa tu.. :p


ini muke bukan gumbira.. tapi muke lega.. kaki lenguh giler... dekat sejam.. giler hapa... naik pitam.. tapi sbb permintaan tekak.. aku redha la kan.. gambo ni seme en.somi yg mik.. dia tunggu tepi jalan je ngan anak aku dalam kete.. sangat tak adil.. takpe.. syurga katanya.. hehehehhe..

apa yg aku beli??? ha... ini jeeeee... COCONUT SHAKE ....


yg ini ada icecream.... satu lagi biasa tuk en.somi.. sbb dia malas.. amik yg bese je.. aku penat.. so, aku harus dapat ice cream la.. heheheh.. bessssssssssssssssssssssssssssss... sedappppppp..

dan ini


nasi lemak kukus... ini nasi lemak yg aku dapat beli setelah 5 bakul nyer turn yeee.. lama aku tunggu.. ni pun ihsan makcik yg beli banyak.. sian tengok muka aku katanya.. 'belas la makcik tengok awak tunggu nasi lemak tu.. amik lah yg makcik punya'.. hahahahaha.. muke kesian ke weiii???

tapi siuslah.. tak sangka misi kali ni berjaya walaupun banyak dugaan.. hehehee... sblom ni tak daya la nak beratur.. sbb orang ramai sangat... pegi pun semate nak beli ini jeee.. hehehe... tapi berbaloi ar.. en. somi siap cakap.. 'nape tak beli lebih'.. hehehe. banyak cantik.. aku penat.. dia besss je slurpp.. slurrp gitu... tapi memang besss la..

*ayang.. ko dah terai?? sedap kan?? kalau tak terai lagi.. balik nanti teraiiii weiiiii... sedappppppp coconut shake dia... hehehehhe..

Yeahhh!!!..Mentor 3

Semalam final Mentor 3.. beh.. beh.. dan seperti yang dijangka, Black protege pada Mas Idayu menang... memang sore dia beh ar.. tapi kan.. sepanjang mentor musim ni... tak tau la kenapa aku rajin ikut konsert setiap minggu.. kalau mentor dulu, tak ikut pun tak rasa ralat.. hehehe.. cam ler sedare mare masuk kali ni.. hehehheh... okeh.. tanpa disuruh sesaper, aku nak komen finalist mentor semalam..


Fira protege pada Lah Ahmad:
- Sore dia sedap gak... tapi itulah.. persembahan dia caca marba kan?? mgkin dia nak tunjukan dia bole bawak seme lagu... tapi... memang konpius.. tapi ok la dia nyanyi pun.. cuma pada konsert malam tadi.. nampak cam dia kelam kabut sket pun iye kot.. tapi ntahlah.. ini pendapat dari mata aku ler...

Chaq protege Ajai:
- Pada awal-awal konsert.. dia memang menyerlah kan?? memula tu rasa dia bole menang.. tapi makin lama makin menurun markah dia.. tak tau la mana silap.. tapi aku memang sukeeee giler tengok dia menari ngan stacy malam tadi.. besssss... rasa rasanya dia lagi sesuai jadi penari kot... pandai la dia menari..

Black protege Mas Idayu:
- Black ni cam sesuai la nyanyi lagu lelama camtu.. hehehe.. dia pandai xpressi muke dia.. pandai dia bawak lagu tu.... kan?? kan?? tapi aku memang dah agak la dia ni menang.. iskkkk.. mata aku ni nampak cam dia ni jujur betul ar.. lurus.. tapi ntahlah kan... :p sedih tul bila dia nangis bila menang tu... emosi giler.. hahahaa..

anyway.. tahniah pada seme... seme balik bawak duit kan..... hehehe..

dan.. tahniah sekali lagi pada JUARA!

Friday, July 10, 2009

Makluman contest..

Tuk mengetahui contest-contest terbaru, bole cek dan klik kat side bar tu yeeee... banyak contest skang ni... sampai tak larat nak masuk dah.... hehhhe.... mari.. mari..

*aku ni pemberitahuan saje yeee.. takde terlibat sebagai penaja ataupun tuan rumah atau sebagainya... kang ada lak yg marah aku dok pomot contest derang..tolong maaaa. hehehhee


Thursday, July 9, 2009

Hadiah Contest Aksi Menarik

..

Inilah satu-satunya contest yg aku masuk dan menang.. walaupun Naib Juara.. suka nya tak bole nak cakap la kan.. hehehhe.. sampai harini pun suka lagi tu... :p

Kalau ada yg tak perasan.... ini entry sal result pertandingan tu... kat blog tuan rumah.. kat blog aku pun ada gak.. tapi tak pasan dah kat mana.. hehehe.. selak selak la yee..

Ini hadiah yang aku redeem kat http://brandedbabyclothes.blogspot.com... kalau nak tengok banyakkkkk lagi baju bole jengah kat blog ni... cecantik okkkk.. pada pembeli online tegar... sila jengah... tak rugi.. tuan rumahnya ialah Nurul Afzan.. dua hari lepas kot aku dapat baju ni... sangat suke la kan... tima kasih pada yg menaja hadiah.. tima kasih juga pada yg menganjurkan contest ni...

nanti kalau ada contest, bole la join lagi.. hehehehe.. tq

inilah hadiahnya... sepasang baju 2T dari Old Navy... tinkiu... kami sekeluarga sangat suka... tapi kan Nurul, anak saya tak berkesempatan lagi la nak pakai baju ni... babah tak bagi pakai dulu... sayang katanya... :).. nanti dah pakai, saya tempek kat sini ek...


Wah!!! Contest Lagi??? Lagi???

kengkawan.. mari kita join contest lagiiii.. di blog ini yeeee...

contest apa??? 'Breastfeeding Photo Contest 2009'... memacam contest skang ni kan??? yang penting kita heppiii.. hehehe.. apa lagi.?? jom ar join.. cam bes je kan??


ha.. tengok saje penajanya.... adiah sangat menarik.. jom ar... meh... meh... aku tempek sekali ar details pertandingan...

Bersempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia Ogos akan datang, sayangbabyibu.com bersama penaja lain akan mengadakan 'Breastfeeding Photo Contest'. Objektif pertandingan ini adalah untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang penyusuan ibu terutama di khalayak umum. Semakin ramai ibu-ibu yang menyusukan anak di khalayak umum/di mana-mana jua, ia akan menjadikan ini suatu suasana atau perbuatan yang normal dalam masyarakat kita.

Hadiah menarik menanti anda. 10 pemenang di cari. Antara hadiah menanti anda:

Pakej Cloth Diaper sumbangan Ibu Az Shoppe
Pakej Cloth Pad sumbangan My Luvly Pad
Produk Kecantikan sumbangan rahsiacantik.com
Pakaian kanak-kanak sumbangan redroses2u.net
Produk kesihatan DCL sumbangan E-Anggun Sihat
Voucher Pembelian produk HPA sumbangan Herbs n' U
Produk Breastfeeding sumbangan Sayang Baby Ibu

Breastfeeding Photo Contest is Fun, Fair, and FREE! Contest ini based on publicity voting. Penyertaan bermula hari ini hingga 18 July 2009. Semua foto akan di'upload' dan akan diundi oleh juri awam mulai 20 july hingga 10 Ogos 2009 (kalian boleh suruh kaum kerabat kalian family, kawan2, sedara mara semua undi kalian).

2 Cara untuk menyertai contest ni:

Melalui Blog
1. buat satu entri khas tentang contest ni.
2. letak gambar unik anda sedang bf.
3. sertakan sekali butir2 berikut:
- nama ibu
- nama anak
- tarikh lahir anak
- umur anak semasa foto diambil
- lokasi foto diambil
- secara ringkas, kenangan pahit atau manis semasa bf.
4. letak logo contest di blog dan linkkan ke blog ini


5. dah siap, sila tinggalkan link entri anda di ruang komen entri ini.

Melalui Emel
Hantarkan gambar bf anda bersama butiran berikut:
- Gambar BF
- nama ibu
- nama anak
- tarikh lahir anak
- umur anak semasa foto diambil
- lokasi foto diambil
- secara ringkas, kenangan pahit atau manis semasa bf.
- Email
- Contact number
Emelkan ke alamat nurulzms@yahoo.com

Tunggu apa lagi, Join Now!!! Keluarkan semua foto2 bf kalian...Don’t have one?? Grab your cameras, snap some breastfeeding photos now. No need close up though. Apa saja suasana, situasi, keadaan foto breastfeeding anda. Let the fun begins!!!

Terms and conditions:

1. ONLY breastfeeding photos are accepted.
2. ONLY ONE breastfeeding photo per participant.
3. One person can only vote ONCE.
4. All entries are to reach us no later than 18 July 2009.
5. Voting starts from 20 july till 10 Ogos 2009.
6. Voting result is final and any form of correspondences shall not be entertained.
7. We reserves the right to ammend the terms and conditions without prior notice.
8. Sponsors reserves the right to exchange prizes to one of equivalent value.
9. All entries must be of participants’ original works. Usage of third party/parties creative works are prohibited, in which the entry will be automatically disqualified.
10. Minor photo touch-up is allowed i.e. adjustment of brightness of colour and softening or sharpening of the image, bluring sensored part :)
11. Winner shall be notified via email and blog at sereniety.blogspot.com by 11st Ogos 2009.

Tuesday, July 7, 2009

Hadiah Percuma??? dan Pelbagai Contest???


Kalini ada orang nak bagi hadiah preeee.. tapi sayangnya aku tak bole nak join.. nape??? kalau nak tau..

sila ke blog mama uzma... ini link berkaitan hadiah tu yeeee... ha.. mama uzma nak

bagi adiah preee je... saper nak??? hehehhe... so, apa lagi.. terjah la blog mama

uzma.. rasanya nora jek kot yg available nak masuk.. heheeheh... eh.. emi tak

ketinggalan.. tapi emi nak masuk ke???

oh yaaaa.. due date adalah pada 22hb July 2009, jam 5.00pm...


ha.. tetiba aku nak jadi tempat iklan plak... so, sila la jengah blog untuk contest selanjutnyaaaa... sila semak tarikh tutup penyertaan... sbb rasanya ada yang tarikh tutup dalam waktu terdekat ni yeee... check it out!

di blog ini.. http://damiaqish.blogspot.com/

entry yg di bawah ini:

http://damiaqish.blogspot.com/2009/07/mamaaqish-giveaway-my-cute-lil-prince.html

1hb July 2009 sehingga 31hb July 2009

dan entry ini juga :

http://my-giveaway.blogspot.com/2009/07/my-giveaway-new-contest-mysunshine2u.html

Deadline : 8th July 2009




Thursday, July 2, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

wah.. contest lagi??? kali ni mombloggersplanet.com yang anjurkan.. beh la.. contest tak henti henti.. :) dan tema kali untuk bulan July ialah.. “Cutest Baby in CAR SEAT“.

jom meriahkan majelis... hehehe.. korek korek gambo anak dalam carseat yeee... mana lah tau.. ada rezeki kali ni tuk menang.. adiah plak.. sangatttt la bessss... gambo anak saje yeee.. gambo mak atau bapak tidak akan dilayan.. sila cek kat sini kalau nak tau lebih lanjut..

Ok.. here we goes..


Pengguna tegar car seat : Muhammad Aqeef Ha
iqal bin Noor Mahadir
Tarikh Lahir : 22 Ogos 2007


Sebenarnya Ibu n Babah mula letakkan Aqeef dalam 'carseat' sejak Aqeef baby lagi.. tapi sesudah Aqeef pandai duduk dan tegap sikit.. dalam 6 bulan rasanya Aqeef mula duduk dalam car seat.. sebelum tu Aqeef masih lagi duduk di pangku ibu.. yelah.. masa tu Aqeef pun 'bf' lagi.. senang Ibu nak susukan Aqeef.. Car Seat pertama Aqeef ialah cam dalam gambar kat bawah ni..

Car Seat pertama Aqeef ni ibu beli kat kedai biasa je.. car seat pun murah.. bukan branded pun.. tapi Ibu ngan Babah tetap memastikan yang Aqeef selamat duduk dalam car seat tu.. seme ciri keselamatan kami pikirkan.. tak semestinya kami beli car seat yg murah, car seat tu takde ciri keselamatan.. bukan harga jadi ukuran, tapi keselamatan paling utama...

Yang paling penting, Aqeef selesa duduk dalam car seat, selesa untuk tidur...


tengok tu.. kan nampak selesa bila tidur dalam car seat.. lena nyer diaaa. walaupun car seat lama ni aqeef tetap guna sampai umur dia setahun lebih.. tapi.. banyak memberi jasa pada kami..

sampai lah tiba masa aqeef dah rasa tak selesa dengan car seat lama.. iyelah.. Aqeef pun dah besar kan??? dah tinggi.. kepala pun dah melebihi kepala car seat tu... car seat pun dah sempit dengan badan aqeef..bila keadaan tak selesa, mood 'penumpang' pun tak besss. tengok la tu.. ok.. ok..

Babah dan Ibu buat keputusan tukarkan car seat Aqeef dengan car seat yg lebih besar dan selesa.. 'penumpang' dah besar, 'kerusi' kenalah sepadan.. so, car seat baru Aqeef babah belikan kat Jusco.. cap Sweet Cherry.. walaupun harga dan namanya tak se gah brand brand yang lain dan tak semahal brand lain, tapi yang penting keselamatan dan keselesaan... dan kemampuan.. :p


ha.. barulah Aqeef selesa kan?? bole gayut gayut.. mood pun sentiasa okkkk.. bole melaram laram...

hati berbunga... senyum memanjanggg.. dah selesaaaa katanyaaaaaaaaaaaa... tapi cam tak bertahan lama...

cepatnya Aqeef bosan.. mungkinkah kena tukar car seat baru??? biar apa pun, Aqeef akan tetap berada dalam car seat sepanjang berada di dalam kereta... selagi Aqeef belum cukup 'time' nak duduk sendiri dalam kereta tanpa car seat, selagi itulah ibu dan babah akan tetapkan syarat tuk aqeef naik kereta.. syarat apa??? 'PENGGUNAAN CAR SEAT UNTUK AQEEF DI DALAM KERETA'... tak kira perjalanan jauh, ataupun dekat... kami sayang awak Aqeef oiiii.. !!!


tapi.. penggunaan car seat dalam kereta bukan bermaksud anak tiada pengawasan ibu bapa.. harus ada yeeee... jangan biarkan dia sorang dalam car seat.. lebih lebih lagi anak yg dah cerdik.. pandai tekan itu.. tekan ini.. bukak itu, bukak ini.. kena awasi juga... ini tuk kebaikan bersama... so, kepada sesapa yang masih belum mempraktikkan penggunaan car seat untuk anak di dalam kereta.. sila renung renungkan.. tak rugi kita melabur sedikit untuk nyawa yang tiada galang gantinya... sedikit info untuk ibu bapa yang masih lagi tercari-cari car seat yang sesuai untuk bayi / anak mereka..


cam kata aqeef.. 'yeayyyy!!! sampai dengan selamat.. alhamdulillah'.. hehehehe

so, apa lagi???
check it out!


1.

Keterangan :
* Sesuai bagi Bayi baru lahir hingga umur hampir 1 tahun,
* Berat sehingga 9 kg,
* Tidak berupaya menyokong kepalanya dengan betul

Panduan :
1. Kerusi menghadap kehadapan

2. Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar


2.
Keterangan :
*9 bulan hingga hampir 4 tahun, berat di antara 9 hingga 18kg

Panduan :
1. Kerusi menghadap kehadapan

2. Mesti dipasang di tempat duduk belakang dengan tali pinggang keledar


3.

Keterangan :
*4 hingga 11 tahun, berat antara 15kg hingga 36kg

Panduan :
1. Tempat duduk menghadap ke hadapan

2. Tempat duduk pengalas direka khas untuk kanak-kanak supaya tali pinggang orang dewasa
dapat digunakan merentasi dada dan pinggul mereka dengan selamat

3. Mesti dipasang di kerusi belakang dengan tali pinggang keledar



SAYANGILAH ANAK ANDA
ANDA MAMPU MERUBAHNYA!


dan pertandingan adalah dibawa bersama oleh:

MomBloggersPlanet : http://www.mombloggersplanet.com/1126/cutest-baby-photo-contest-july-09/
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my
AliceWonders : http://www.alicewonders.com


dan hadiah adalah ditaja oleh:


*cam kempen keselamatan tak?? :p