Monday, December 30, 2013

2013 VS 2014

Selamat tinggal 2013... dan Selamat Datang 2014!

2013.. Alhamdulillah.. tahun yang diberikan kesempatan untuk hidup dengan rezeki yang melimpah ruah.. diberikan kesihatan yang baik.. kehidupan yang serba serbi mencukupi.. alhamdulillah.. 2013 antara tahun terbaik dalam hidup.. syukur sangat.. kesihatan anak anak pun memberansangkan.. itu yang paling penting.. 

2014.. Moga allah terus memberikan kehidupan yang lebih baik.. rezeki yang murah.. kebahagiaan yang berpanjangan.. kesihatan yang lebih baik tuk kami sekeluarga.. insyaallah.. moga lebih banyak perubahan ke arah kebaikan selepas ini.. aminnn.. 

Moga tahun tahun mendatang.. allah memanjangkan umur kami sekeluarga.. moga dipermudahkan segala urusan.. dan diperkenankan segala doa serta diberi kesihatan yang baik untuk kami dan anak anak kami.. 

Insyaallah 2014!.. Terima kasih 2013!

Friday, December 27, 2013

Info & Tips Legoland Malaysia

Just nak sharing sedikit Info dan Tips Legoland Malaysia ni.

Kalau ada kekurangan.. atau kesilapan.. maaf atas kekhilafan.

Sekadar berkongsi dan rujukan masa akan datang.


Tiket
  • Beli tiket secara online untuk harga promo lebih murah (bagi yang tidak menggunakan voucher percuma). Rujukan tiket online : http://www.legoland.com.my/ms-MY/Tempah/
  • Voucher percuma bagi Theme Park / Water Park / Kedua duanya sekali  boleh didapatkan melalui pembelian melalui susu kotak Dutch Lady / Biskut Oreo / Biskut Tiger (banyak syarikat makanan membuat promo voucher percuma bagi umur 3 - 11 tahun sahaja).
  • Ada juga hotel yang menyediakan pakej penginapan termasuk tiket masuk ke Legoland. kena rajin survey pakej yang paling murah dan berbaloi.
  • Penggunaan voucher percuma hanya boleh digunakan dengan pembelian satu tiket harga biasa (bukan promo mykad) berharga RM140 (harga untuk masuk theme park sahaja)
  • Kanak-kanak di bawah 3 tahun adalah PERCUMA.
  • untuk lebih maklumat mengenai tiket boleh rujuk sini http://www.legoland.com.my/ms-MY/Merancang-Lawatan-Anda/Harga-dan-Jenis-Tiket/

Makanan

  • Makanan di dalam kawasan Legoland adalah agak mahal, contohnya KFC berhadapan pintu masuk Legoland, bg dinner plate sahaja adalah RM17.++. Boleh beranggapan bahawa harga makanan lebih kurang kalau di Genting. :)
  • Bawa bekalan tambahan seperti mineral kecil, roti, biskut (mengikut keperluan).
  • Bagi yang membawa anak kecil / anak-anak, bawalah susu/air panas/air/ makanan secukupnya memandangkan keadaan legoland yang agak luas dan panas.
  • Setiap pembelian tiket biasa akan diberikan satu kupon makanan berharga RM10. boleh digunakan di kafe / kedai makan di dalam Legoland. Sekadar berkongsi, sekeping donut di dalam kafe berharga RM4 dan air berharga RM7 camtu. jadi sediakan lebihan wang :) Rugi jugak kalau kupon tersebut tidak digunakan. Mungkin juga boleh digunakan sewaktu dah nak balik tu. 
  • Ini juga adalah info makanan di dalam Legoland. boleh juga rujuk sini ye http://www.legoland.com.my/ms-MY/Menerokai-LEGOLAND/Food--Drinks/

Cuaca

  • Sediakan persediaan menghadapi sebarang cuaca di Legoland memandangkan Legoland adalah di dalam satu kawasan sangat besar dan lapang.. kurang pokok pokok dan sekiranya hujan mmg basah dan kalau panas mmg terik :)
  • Mungkin boleh sediakan payung, baju hujan, sunglass, cap, dan untuk kemudahan bawalah stroller bagi yang ada anak kecil.  Untuk info, baju hujan, payung, malah semua benda ada dijual di dalam Legoland, tp harga nya paham paham sahajalah ye. 
  • Mungkin juga perjalanan ke Legoland boleh dirancang dengan menyemak keadaan cuaca semasa di sini : http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=3406&Itemid=1930

Ride / Permainan

  • Setiap ride / permainan dalam Legoland ukuran tinggi bagi kanak-kanak mestilah lebih dari 100cm dan ada yang mesti lebih dari 120cm / lebih dari 3 tahun. Bagi kanak-kanak kurang dari ketinggian tersebut mmg tidak akan dibenarkan langsung naik. Sini stafnya mmg sangat tegas ye. Mereka mengikut arahan :)
  • Bagi ride yang masa menunggunya dipaparkan lebih dari 60min, diharap agar pergilah ride yang seterusnya.  Sbb kalau orang ramai, satu-satu ride boleh cecah hampir sejam setengah menunggu sahaja. buang masa kat situ. 
  • Kanak-kanak umur kurang dari 3/4 tahun boleh jugak main.. rasanya banyak jugak playground kat sini.  ada mini train juga. umur camtu boleh la main kat sini ye. Jangan sedih sedih. sbb tu mereka ni masuk tanpa dikenakan bayaran pun. :)
  • Untuk info : http://www.legoland.com.my/ms-MY/Menerokai-LEGOLAND/Aktiviti/

Pakaian

  • Kalau boleh, pakai pakaian yang selesa dan simple ikut keadaan.
  • Bertudung pakai yang selesa dan tak mudah terbang :)
  • Kasut / sandal yang rendah / leper / mudah berjalan sbb perjalanan dari satu kawasan ke satu kawasan memerlukan perjalanan yang agak jauh juga. tp ikut keselesaan juga. kalau dah biasa berhigh heels di mana mana mgkin tak menjadi masalah pada si pemakai.
  • Yang penting ikut keselesaan masing-masing. ikut cuaca melesia :)

Souvenirs
  • Untuk info sahaja ye. Range harga FM (Fridge Magnet) adalah antara RM15 hingga RM22 camtu.
  • Ada yang cakap kalau nak beli souvenir beli la di kawasan Miniland.. bukan di kedai2 hadapan pintu masuk tu.. tp bg saya.. harganya sama je. tak jauh beza pun.. cuma ada banner sale 70% di kawasan miniland tu.. antara souvenir paling murah adalah RM5. tp tak banyak pilihan dan RM5 tu adalah tali tag nama. Ok. Terpulang pada setiap orang kan. masing masing nye pilihan. Kedai souvenir berdekatan pintu masuk adalah lebih besar dan banyak pilihan souvenir. Pilihan di tangan masing masing. 
  • Keychain range harga RM35 bagi 3 biji keychain legoland. 
  • Disertakan link bagi memudahkan semua : http://www.legoland.com.my/ms-MY/Menerokai-LEGOLAND/Shops/

Gambar / Jurufoto

  • Jangan risau kalau tak bawa kamera atau bimbang takde siapa nak amikkan gambar keluarga kat sana.  Sbb boleh dikatakan ramai jurugambar yang terdiri dari staf legoland yang sudi offer tuk mengambil gambar kita :)
  • Ada kawasan-kawasan yang kita dibolehkan bg merakamkan gambar kenangan bagi diabadikan di dalam gambar atau keychain. 
  • Bagi sekeping gambar kenangan di sesetengah ride, sekeping gambar adalah RM50 minimum harga. Terpulang samada nak beli ataupun tidak. Takde paksaan.
  • Cam kami sekeluarga ambil gambar di depan kawasan pawagam 3/4D tu.. kami pilih tuk dijadikan keychain. 2 keychain adalah RM50. Gambar tak tau nak frame mana dah.. so, keychain lebih menarik. dua keping gambar berlainan bagi satu keychain. :)
  • Derang juga baik hati tuk amikkan gambar kita sekeluarga guna kamera kita sendiri dan tuk simpanan kita pun bole.. jangan risau risau. :)
  • Semua gambar / keychain yang ditempah bukan kita dapat masa tu juga.. tp kita boleh ambil masa nak keluar nanti.. di satu kedai yang ditetapkan di pintu nak keluar tu nanti.. simpan resit yang diberi di tempat kita ambil gambar.. dan redeem sahaja di 'Brick Shop' kalau tak silap nama kedai tu. :) berdekatan pintu keluar. 

Parking

  • Parking di kawasan lapang paling dekat dengan Legoland iaitu Bayaran dengan RM7 Per Entry. 
  • Boleh guna Touch n Go sahaja. mudah. Pastikan Touch n Go anda mempunyai baki secukupnya.
  • Make sure barang berharga tak ditinggalkan dalam kereta memandangkan parking ni luas dan lapang. Beringat sebelum kena. 
  • Yang tak menggunakan kad Touch n Go boleh buat bayaran parking di jalan keluar ke parking. biasanya ada staf legoland yang akan membantu. jangan risau ye. 
  • Untuk lebih maklumat mengenai parking boleh tengok di sini http://www.legoland.com.my/ms-MY/Merancang-Lawatan-Anda/Caj-Parkir-/

Apa pun.. rasanya ni je yang setakat ni kita nak share.. kalau ada pape nanti mgkin boleh ditambah tambah.. tuk rujukan diri sendiri jugak ni .. cuma kalau boleh.. mgkin next time kena datang lebih awal kalau perlu beli tiket.. 

- Dinasihatkan juga elakkan Cuti Umum / Cuti Sekolah.. sbb sesak sangat.
- Elakkan juga datang lewat.. nak q beli tiket lagi. lambat.


Selamat Bercuti ke Legoland!
kalau ada duit lebih.. atau berkemampuan.. terus ke USS je.. lagi bes! kan.. kan. kan. :)





Legoland Malaysia

Berjalan ke Legoland.. 

Lama dah Aqeef dok tanya bila nak p.. bila nak p.. 
Banyak sangat iklan Legoland ni kat tb.. 

So, saje amik cuti sebelum Krismas ritu.. 
23/12/2013

Bajet tak ramai. 
Tp meleset sangat sangkaan. Lebih ramai dari biasa.
Hangat sambutan!

Kami gerak dari rumah pagi tu jugak.
Traffic agak lembab sket.. + Hujan.
Mmg lambat la.
Tiba Legoland je hujan gerimis.
Start beratur dalam lingkaran yg maha panjang dan hebat tu.. jam 12tgh.
Jam 2ptg dapat la beli tiket. gigil kaki tangan.
Lapo. Makan kat KFC depan pintu masuk Legoland tu.
Dinner Plate : RM17++. Sekian 
 Siap2 makan semua.. bergerak la masuk ke Legoland.
Masih gerimis. Make sure anak anak full protection :)

Aqeef ngan babah je naik dinosour ni. :p
Beratur sejam lebih tuk ride ni sahaja. Nanges ibu ngan adik tunggu kat bawah.
Sambil tunggu hujan pun reda.. syukurlah.. cuaca redup je.. takde matahari.
Tuk Adik yang tak pat nak naik mana mana ride.. 
Sbb bawah ketinggian 100cm.. kita main je kat playground. 


Naik Kuda Padi ni pun adik tak lepas.. bukan sbb ketinggian
Tp sbb bawah umur 4tahun. Hurmmm.. 

Ibu xnak kempunan sbb tak naik pape ride.. 
So, naik ride paling tak mencabar dengan Aqeef.. 

Kat sini ada playground lagik.
dapat jugak la ilang kempunan adik naik ride.. mini train pun jadilah. :) 








Atas ni bergambar depan cinema tu.. tepi ada masa tayangan.. 
Tunggu je masa tu.. :) 

Paling aku suka sekali kat Miniland ni.. 
Seriyes kagum sangat.. seme bangunan mini ni dibina dari Lego.
Cantik..  













Dalam jam 6petang tu kami dah mula bergerak nak keluar.
Lepak kat cafe dia.. sbb ada dapat voucher RM10 food masa beli tiket masuk tu.. 
Donut seketul.. curry puff seketul.. air 2 RM30.
Pasrah lagik 



Bawah ni gambar kat pintu masuk Legoland.
Baru nampak muka.. 
Sbb dah petang kan..  



Bye Bye Legoland.. 
See u in January 2014.. Insyaallah.. 
Sbb masa beli tiket.. haritu.. seme org pun dapat tiket free masuk semula tuk Jan.
Selamat bersesak kembali pada Jan 14 akan datang :p 

Tuesday, December 17, 2013

P.E.M.A.L.A.S

Salam.. 

Setiap hari.. bukak blog.. 

Setiap hari rasa nak apdet entry.. 

Tp sbb satu penyakit ni.. tak tau kenapa.. 

Mesti terbantut je hasrat tu.. 

Penyakit M.A.L.A.S.

Yang mengidap penyakit ni plak digelar.. P.E.M.A.L.A.S.

nak buat camne kalau dapat penyakit ni.. mmg susah nak ubat ni.. 
Kena seru R.A.J.I.N datang la kan..