Friday, April 29, 2011

Majlis Perkahwinan Putera William & Kate

Ha... apa lagiiiii... 

Meh le bukak NTV7.... 

Meh tengok perkahwinan di raja... sengih sengih.. sambil verangan.. hahahahahaa

Kuda Kepang

Hari Ahad duluuuuu.... *sila rujuk tarikh gambar.. :)
Kami sekeluarga telah ke Muar... LAGI... hehehehe

Kebetulan ntah ada apa ntah... 
Ada plak persembahan Kuda Kepang... 
Yang redup tu redup laaaa.. 
Yang kena bahagian panas terik tu... memang maki dalam ati ajelah kot.. ahahahahaha
Sbnarnya aku pun tak tau sangat sal Kuda Kepang ni.. 
Tapi ada la dua orang baju belang merah tu... 
Cam ada cerita la sebalik derang menari tu kan... 


Gambar bawah ni kalau tak bebetul boleh datang mimpi ngeri la.. :p
Tetiba je muncul.. hehehehe


Ni kitaorang... mesti pilih tempat redup kan... :)
Pada yang rindu kat aku.. tatap la gambar ni.. hahahahahha..
Tetiba je.. 

Thursday, April 28, 2011

Majlis Pertunangan Ashraff Muslim dan Dayana

Untung badan la kannnnnnnnnn... suwiiittttt gileeeeee... cantik.. sempurna jeeeee majlis tunang ni...

Kesiannnnnnnnn.. kat aku yg baru je tengok ni ha.. dah lama gile dah orang dapat tengok kan.. hehehehehhehe.. 

Sesiapa yang ketinggalan tu.. boleh la jengah ke Beautifulnara.com ataupun klik je 

SINI......

Moga bahagia ke akhir hayat la hendaknyaaaa.. tahniah... 
ensem tul Ashraff tu kan.. ishhhhh.. :)

* apa pun.. aku nak pegi cek up ni... 
nak tadah tinge sbb obesiti sangat dah ni.. hahahahahha

Biarlah Lambat... Asalkan Dapat...

Sbb tak tahan telinga... bini asik la berzikir nak tengok wayang sblom bersalin... 
Masa en. somi tabahkan hati je ajak tengok wayang... 

Kebetulan hari Jumaat tu laki bini bercuti... 
Makanya pegi la jugak tengok wayang... kat MBO Melaka Mall je.... :)
Inilah citer yg kami tengok tu... 
Kalau ikut hati dewasa ni... cam nak tengok citer lain.. 
Tapi sbb dah bagi 'alasan' awal awal.. demi tuk Aqeef yg tak penah tengok wayang... 
Makanya kami tengok RIO... hehehehehe... 
Waktu tayangan kul 4.30petang... 
Memang lengang gileeeeeee... 
Eh... boleh dikatakan takde orang langsung... 
Hahahahahahhaa

Sebenarnya bukan nak tengok wayang sangat... 
Aku tingin betul nak makan popcorn wayang ni.. hahahahahaa
Tapi tak sedap cam dulu laaaaa.. Dulu tu maksudnya yang aku penah makan masa bujang.. hahahahaha


Sudahnya... kami anak beranak.. adik aku... ngan dua orang lain je dalam panggung tu... 
Takde orang langsung... 
OK la citer RIO tu... aku terhibur jeeeee.. :)

Tapi kan... tak sampai habis pun tunggu... 
Aqeef dah ajak balik.. spoiled betul tau.!
Buang je duit RM9/adult... RM5/child tu.. hahahahahahhaha..
Apa pun... thanks la pada en. somi sbb sudi jugak nak menurut permintaan bini dia tu.. 
hehehehe... agaknya tinge dah tak tahan dah aku berzikir selalu.. :p
Takpelah.. ai lap u beri strong... ok... 

Wednesday, April 27, 2011

Khasiat Nenas

NANAS sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menjadikan nanas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nanas juga dijadikan bahas masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai.


Antara manfaat nanas adalah:

1. Membantu menurunkan berat badan.
Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

4. Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

5. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.
sumber: Utusan Online

Tuesday, April 26, 2011

Tanda-tanda Awal Kanser

TANDA-TANDA AWAL KANSER
(1) Kanser pangkal rahim
- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa
- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak
- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak
- suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1) Makanan
2) Alkohol
3) Sinaran cahaya matahari
4) Pengambilan ubat
5) Perokok yang tidak aktif
6) Tembakau
7) Radiasi
8) Pekerjaan
9) Pencemaran air dan udara
10) Keturunan

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2) Hindari makanan ringan yang masam
3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen!
Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (daging ****)
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging **** tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana.
Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".

4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS.
Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang.
Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi.
Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah,

"Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

6. Bawang Goreng segera .
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan.
Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan,
ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut.
Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. 

* Sumber dari Emel... aku sharekan... allahualam... 'sharing is caring'

Ikan Keli

Apakah ini??? haaaaaa... 


Ini adalah kepala ikan keli okkkkk.. 

bapokkkkkkkk nye besoooo... penuh sepinggan tu tau... itu kepala sahaja... 

Badannya tadek dah... 'ilang'.... 
Kalau sekali ngan badan.. rasanya kena letak dalam dulang la kot... 

Tapi.. ikan keli ni kalau bebeso gini.. isi dia tak baper bes sangat kan... 
Ini pendapat aku la... isi dia tak halus.. kasar sket... 

Ikan ni hasil pancingan... bukan beli kat pasar pun... tapi memang menakutkan... 
Nak makan pun pikir 2,3 kali.. 
hahahahahhahahah... 

Monday, April 25, 2011

Memang tak boleh Blah!

adeiiii laaaa... harini bapok nye la mengantuk... gile tak penah rasa mengantuk gini... 

Rasa malas tu biasa la kan... setiap hari memang ada rasa malas tu... 

Tapi rasa mengantuk ni memang tak boleh blah laaaaa... :)

Ini lah pasalnya bila tiga hari ni cuti.. bangun lambat.. heheehehe... 

Dah tu pagi tadi.. kemain awal lagi bangun... :p

Siap siap seme... siap sempat baring baring... potong kuku Aqeef... barulah kejut en. somi... hehehee... 

Sudahnya mengantuk tahap gaban ni ha.... 

Oh yeeeee.. aku memang obses untuk bercuti pada hari Isnin dan Jumaat yeeeeee... :p

Jangan ditanya kenapa... tiada jawapan untuk itu... hahahahahhaha

Korang layan AF tak... 

AF kalini aku memang rasa faileddddddd gile.. :p

Dan rasanya selepas tersingkir dan tergugurnya 3  orang tu.... 

Barulah bebetul persaingan bermula.. hahahahaa... 

Aku memang suka jadi juri secara tak nyata ni... 

Tapi kak ogy memang jujur la dalam menilai... ai loikkkeeeeeee.. hahahahaha.. 

Sekian.. tq.. meh kita layan mata plak... 
Tengok Maharaja lawak kat internet... 
Tak mampu nak langgan lagi :p

Wednesday, April 20, 2011

Promosi Malaysian Airlines - Buy 1 Free 1

Ingat kat kedai roti je ke.. ada buy 1 free 1.. heehehhe

Kebetulan aku ada booking tiket MAS baru baru ni.. jadinya orang dari travel agency bitau yang sekarang MAS tengah buah promosi... 

BUY 1 FREE 1.... kiranya buy 1 seat... free 1 seat lagi la kan... 

Ha.. cubalah korang try masuk Website Malaysian Airlines (MAS) tu... 

Sbb katanya promosi sampai penghujung April ni je.... 

Syok jugak kalau beli 1 dapat 1 pree kan?? hehehehehe

Tuesday, April 19, 2011

Sambutan Beseday Yg Lepas

Dah lama dah pun sambut besday ni... 
Rasanya hari Sabtu 9hb tu... 

Kek sponsored by adik adik.. kak long.. mak nenek seme la kot.. 
Tinkiuuuu... 




Oh... kek ni nampak menarik.. tapi aku bukan penggemar sangat kek yg ada cheese... 
Tapi takpe.. ramai yg suka.. aku tukang potong je...
Nak potong.. bukan boleh sorang je pegang pisau.. 
Kena berduet ngan Aqeef plak.. kalau tak.. 
Mau di amuknya kat kek tu nanti.. hehehe


Dah 30an ni... nak beria sambut beseday pun segan.. hahahaha
Masa ni.. en. somi takde... dia otstesen.. pegi Kluang.. sbb tu muka dia dan gambar suap suap takde.. :p

Apa pun.. thanks pada seme... susah susah je... 
dengan adiah seme tu.. eheehehheheh... 

Friday, April 15, 2011

Hari Jumaat

Selamat Pagi Jumaat Yang Indah... :p

Selamat Bekerja.... 

Sekarang aku di rumah.... dengan anak... 

Tengok tb.. main jerit jerit... main cubit cubit... :)

Tapi cuti lama tak ke mana mana pun.. duduk rumah je... paling tidak pun.. jalan pegi rumah mak aku je.. :)

En. somi berkursus sampai hari Ahad... Geram jeeeeeeeeeeee...

Takpelah... kata nak berehat kumpul tenaga.. buat persediaan mental dan fizikal.. ehehehhehehe...

Wednesday, April 13, 2011

RM13,000.00 Harga Ikan Patin bukan untuk 50 orang makan

haaaa... RM13k tu bukan untuk 50 orang yeeeee...

Tetapi untuk 350 orang makan.... sian ikan patin... kena fitnah cam telur tiruan.. hehehehhee...

boleh baca kat sini yeee...


skang ni seme pun mahal... 

Jangan kata ikan.. telur ikan pun mahal skang ni.. ayam pun mahal.. 

Seme pun naik harga... jadinya tak mustahil hantaran lepas ni pun naik dua kali ganda.. 

eh.. tetiba.. :p hahahahahah

Ameng Spring

gambar ni dari beautifulnara... 

Semalam ada tengok berita TV3 kan... 
Gambar kat Mahkamah Melaka.. 

Akhirnya Ameng dijatuhkan hukuman 8 tahun penjara dan 10 kali sebatan
Sbb kes dadah aritu... kat Hotel Melaka Raya kot... tak ingat dah... 

Tapi muka dia rilekssss.. cool jeeeee... 
Ensem jugak dia ni kan... 
Sore dia pun sedap tau... nape la dia buat gini ek...

Seminggu Bertapa

Esok genap seminggu aku bertapa dari apdet blog ni.... :)


Mengumpul kekuatan dan mengumpul tenaga.. hahahahahahha.. tetiba je... 


Sekarang adalah masa masa nak settlekan keje keje kat office ni... 


Banyak lagi yang tertunggak... 


Masa masa kritikal ni plak... seme dokumen tahun 2011 lesap... sbb format aritu.. ntah kejadah tak save... gile... 


Sakit ati betul... 


Sudahnya minit minit mesorat kena buat balik satu satu... tak ke tambah keje... 


Ingatkan boleh settle keje lama.. ni tambah keje baru... 


eh... bukan merungut.. tapi menyesali perbuatan sendiri.. hahahahahahha... 


Harini hari Rabu... Khamis... dan JUmaat... Jumaat adalah hari cuti untuk Negeri Melaka... 


Meh kita duduk rumah dendiam... menambahkan berat badan yang ada... :p

Thursday, April 7, 2011

Hari Ini Harinya.....

 Selamat Ulangtahun kepada diri aku sendiri... :p

Ulang Tahun yang ke 30... 
Semoga Allah panjangkan umur aku... 
Memberikan rezeki yang melimpah ruah.. 
Memberikan kebahagiaan dan kerukunan dalam rumahtangga... 
Serta mengurniakan anak-anak yg soleh dan solehah.. aminnnnnnn... 

Dan... terima kasih juga kepada satu satunya penghantar kad Birthday ni... 
Dua hari awal dia hantar... Tak sangka... dah bertahun jugak tak dapat kad Birthday.. 


Apa pun.. Terima kasih kepada Libresse...:p
Tak salah aku wish sendiri kat blog aku kan?? hehehehehe... 

Tuesday, April 5, 2011

Memandangkan selalunya beli baju ni hanya setahun sekali.. 
Time jcard day je... 
Aqeef makin tinggi sekarang ni.. seluar panjang pun jadi short dah... :)

Jadinya apa salahnya membeli tuk dia kan... 
Order online je... Thru Facebook je... 
Oh yeee.. tokey ni ada kedai jugak ye... 
Saya pn ada jugak buat survey.. memang yg ini murah sket dari yg lain... :) 

Ini ropanya baju Aqeef... Pyjamas je pun... beli la dua pasang... 
Sbb beli adalah salah satu sbb di atas.. 
Satu lagi... sbbnya adalah gambar kat baju tu.. 
Korang pun tau kan.. betapa obsesnya Aqeef ngan mende alah tu seme... hehehe 

Kain dia lembut je.. ok sangat... 
Harga pun ok... 
kalau yg minat.. korang klik besokan gambo atas tu.. 
Pegi je kat blog dia... dan order... hehehee

Persiapan







Sket sket persiapan nak menyambut orang baru... 
Tapi memang jujurnya.. aku memang tak banyak soping pun untuk anak kedua.. 
Rasanya ramai pun gitu kot.. 

bukan tak eksited... suka sangat.... tapi sbb Aqeef nye baju dulu pun ok sangat lagi.. 
Ada jugak baju Aqeef yang tak penah berpakai lagi.. 
Dah tu.. baju anak anak buah pun seme elok lagi... 
Dan paling penting... tak membazir.. 
aku beli mana yang patut je dulu... 

memandangkan jantina pun memang tak nampak dah.. 
Dari awal scan.. tak tau jantina.. surprise.. 
Seme baju pun aku cuci... kalau keluar boy.. pakaikan pink pun apa salahnya.. 
Orang sekarang lelaki ramai suka pink apa.. hehehehe.. 

Kalau keluar gurl.. pakai biru lagi takde salahnya kan... ok je.. 
Nanti dah keluar.. tunggu jcard day... baru la kita membeli kan... 
So, sekarang alhamdulillah... seme pun dah ready sket sket.. 
Cuma cam playpen ke... bantal tu seme je... 

Harini dah 33weeks... sok sok dah boleh beranak dah ni.. 
Doakan yang terbaik yeeee... tak sabar pun ada ni.. seriau lagi ada.. :P

Admitted - INFLUENZA

 Skang ni kena lebih peka ngan kesihatan anak anak kan.. 
Kat sini ramai tul anak tak sihat... 
Aqeef pun tak sihat skang ni... 

Minggu lepas... anak buah aku admitted... 
Influenza.. 
Rilek gile budak ni.. lepak je.. hehehehehe  



Tp yg datang melawat kena ada protection la.. 
Masa melawat tu.. dia dah ok dah sket.. 
Demam pun ok dah...  
Aku persembahkan gambar aku yg COMEL tu... 
Boleh jadi bahan kejian la kot.. ahaahhahahahha.. 
Kemain besar perut kan.. sama je baju ngan langsir.. 
Ok la tuuuuuu.. hahahahhaa...

Monday, April 4, 2011

Makan.. makan.. makan...

Aku sebenarnya memang suka makan.. 
Makan.. makan dan makan.. 

Sekarang lagi la.. asik makan... :)
Tapi ada satu tempat ni.. memang la sedap makanan dia.. 
Bagi aku la kan... 

Dan .. kat sini.. nama menu dia sangat la unik... 
Cuma aku tak penah terai je menu yg unik unik ni.. hehehehe
Tu ada jugak Roti Tampal Jantan.. (2 Egg) :p
Nora ko peminat SRK kan?? 
Mgkin boleh cuba menu kat bawah ni ha...
Mgkin lepas makan.. mimpi SRK.. :)
Yg selalu aku order...Ni nasi Goreng Pataya (en. somi)
Dan aku mesti order Ciken Cop.. 
Isi je seme tu.. ada ciken cop aku penah makan.. ada tulang seme kan.. 
Yg ni kuah dia pun mabeles.. sedap wei.. 
Dah tu.. ciken cop ni tak sampai rm10 pun.. murah kan?? hehehe.. 
Kedai ni kat Bukit Katil.. ada kot yg penah pegi.. 
Bes kan?? hehehehe

Normalla kalau Hari Isnin ni...

Mengantuk pagi ni.. rasa malas sangat nak datang keje... 


Ala.. biasa aku hari Isnin memang malas dan lemau je.. :)


Tu perkara biasa... 


Semalam.. selain tido lewat sket sbb layan ABPBH2010... 


Sibuk jugak melayan Aqeef yg muntah muntah dan demam panas.. 


Sampai kena masuk ubat montot dia... baru ok sket panas tu... 


Dengan en. somi pun yang sama demam jugak... 


Mujurlah pagi ni masing masing pun dah tak panas sangat badan... 


Sal ABPBH... tahniah la pada Adnan sempit... ai loikkkeeeee... suka dia menang... 


Sbnarnya tak tengok pun dia amik anugerah tu... 


Sbb nya masa Yuna menyanyi tu.. aku dah ngantuk gile.. meleweh leweh la.. agaknya lipstik merah menyala Yuna tu memang buat aku mengantuk la.. maaf la Yuna dan peminat kipas dia... :p


Tapi dalam ramai ramai artis malam tadi.. aku suka sangat tengok Anita Sarawak.. gile nampak muda... cantik... 


Apa pun.. tahniah la pada yg menang kan... takde sedare mara aku pun menang semalam.. hehehehhe... 
Kengkawan pun takde yg menang... :p


Tahun depan nak request Jozan yang mengacara ABPBH ni.. boleh tak rasanya... semalam berseri sket ada Zizan.. :)


Ok.. dah puas dah komen.. saje nak hiburkan hati komen abpbh ni... takde sape suruh pun.. 


Meh kita layan blues la... ngantuk gile ni...