Wednesday, March 31, 2010

Hadirnya APRIL...

Bulan April ni bulan paling bermakna untuk saya....


Ini adalah kerana..


Bulan April adalah bulan saya bertambah umur..


Bulan April adalah bulan saya menyambut beseday saya...


Bulan April adalah bulan hari lahir saya...


Bulan April adalah hari jadi saya...


Haaaaaa.. banyak perkara kan??? hahahahahhaahha...


Dan oleh kerana itu juga... dan kerana sokongan kawan kawan blogger yang tidak putus putus menyokong pembabitan saya dalam bidang 'pembloggeran' ini... saya dengan ini nak buat GIVEAWAY... (waaa.. poyo gile ayat.. hahahaha.. )


Follower pun dah cecah 200 (padahal org lain dah cecah 2000 dah..fedulik apa.. :p).... dan kepada semua yang rajin komen.. rajin singgah.. rajin kelik... semualah... nantikan GIVEAWAY terulung di blog ini.. ceewaahh.. ahahahaha.. aku yg geli geleman masa menaip ni.. hehehe.. 


Tunggu yeeee... esok 1 April kan?? kan?? 


Bukan April Fool yee.. ini bukan cobaaannnn.. ini betol betol punyaaaaa... hehehhe

Tuesday, March 30, 2010

Search dan Dapat Duit???

Ha.. korang mesti suka kan??? Ramai dah blogger yang buat entry camni...

Yang melibatkan uwang.. RM dan sebagainya ni...

Register la di MYLOOK...




Nak try???

Ni carian cam google jugak ni... bin ngan binti je lain.. hehehehe

Setiap carian.. kita akan diberi RM..

Tak mao??? Rugi.. bukan kena jalan dari rumah ke rumah pun..

Register je.. korang gak dapat duit.. hehehehe...

KLIK SINI 


tapi sejauh mana kebenarnnya.. tunggu kita nye duit cecah ribuan nanti.. kita try tanya camne nak cashkan.. hehehhe

AVON... the Company for Women.. and MAN..


Saya bukanlah pengguna tegar barangan AVON.. 

Rasanya setahun dalam 2 kali je ke AVON ni.. hehehe.. 

Tapi petang semalam... tanpa dirancang kami lalu depan AVON.. 

Tengok ramai orang... ramai lelaki dari perempuan tau.. 

rupanya AVON buat sale yeee... 

sampai 35%... ok la tu kan... 






so... apa yang saya beli?? 

Perfume lelaki (takde dalam gambar)... selepas less adalah belas belas sahaja.. 

Set Pur Blanca seperti di atas tu... selepas less adalah dua ploh saje...

Inner selepas less adalah sembilan belas sahaja.. murah kan.. 


Nak beli perfume ratus ratus tu tak mampu lagi.. hehehhe.. so, perfume AVON ni pun rasanya wangi dan berbaloi... tapi inner AVON ni memang saya guna dari dulu lagi... kain dia sangat lembut dan sejuk... basuh mesin je pun.. jam AVON pun tahan lama.  saya pernah pakai jam AVON hampir dua tahun jugak... tapi makeup AVON ni seme saya tak penah try yeeee... g keje pun pakai bedak je.. hehehe.. oppssss.. saya bukan duta AVON.. tapi kalau ada barang yang rasanya berbaloi untuk dibeli .. apa salahnya berkongsi kan?? hehehehehe...

Monday, March 29, 2010

Semoga Panjang Umur...

Jumaat, 26 Mac 2010.... 
kami bawa ayah keluar makan.. 
untuk sambut besday ayah sekali... izan pun mesti dah lama tak tengok ayah aku kan?? hehehe.. khas tuk ko ni izan..


Sambut kat kedai biasa je.. tapi kedai ni ayah suka pegi... 


Dan amatlah tidak rugi ke kedai ini.. hehehehhehhe.. sangat sangat sedap... :)


Kami order makan biasa je... ikut tekak masing-masing..


* Udang Goreng Tepung
* Puyuh Goreng Kunyit
* Kuey Teow Goreng 
* Nasi Putih
* Telur Dadar 
* Tomyam Campur
* Sup Ekor
* Daging Masak Merah
* Epal Jus
* Memacam jenis air ikut tekak memasing.. ada lagi makanan.. tapi aku tak ingat dah..





* dan kek tidak dilupakan.. kek kecitttt je... itu pun tak habis.. :)



Ini ayah saya... yang ke 62 tahun...
tak sambut meriah mana pun.. makan sama-sama... 
anak anak belanja.. itu pun dah cukup kan.. 


Saturday, March 27, 2010

Masih lagi dalam Mood TIPS.. - Penyakit Kurang Darah

Baru baru ni.. saya ada terbaca di satu blog.. cuma saya terlupa blog yang mana satu.. mengenai penyakit kurang darah.. kebetulan saya terjumpa artikel ini... dan rasanya tak salah kita berkongsi maklumat.. walaupun dah ada juga yang sudah tau.. tapi saya letak sekali lagi...  ini mengenai Penyakit kurang darah...............cuba atasi dengan beberapa petua di bawah.......InsyaAllah


Masalah kurang darah ni boleh berlaku ke atas kanak-kanak, ibu hamil dan juga orang dewasa yang tinggal di pedalaman. Anda yang mengalami masalah ini biasanya akan kelihatan pucat, lesu dan tak bersemangat. Justeru, anda tidak digalakkan berjalan kaki dalam jarak jauh kerana dikhuatiri boleh menyebabkan pengsan.

Antara punca kurang darah adalah disebabkan kekurangan zat protein dan zat besi, wanita yang kerap hamil dan tak teratur, penyakit malaria dan juga jangkitan cacing.
Untuk itu, ada satu petua tradisional yang boleh anda cuba bagi mengatasi penyakit ini. Mula-mula anda sediakan dulu bahan-bahan ini;

1. 2 biji telur ayam.
2. 1 sudu makan madu asli.
3. 1 biji limau nipis.
4. Segenggam daun bayam.
Kemudian, anda ikuti beberapa langkah di bawah ni;

1. Ambil kuning telur saja dan pukul sehingga rata.
2. Masukkan madu ke dalam kuning telur tadi dan kacau sampai rata.
3. Seterusnya, perahkan air limau nipis pula ke dalam campuran tadi dan kacau lagi. :)
4. Tumbuk dahulu daun bayam. Kemudian, anda ambil airnya dan masukkan bersama campuran kuning telur, madu dan air limau nipis tadi.
5. Kacau sekali lagi agar campuran tersebut sebati.
6. Akhir sekali, minumlah air daripada 4 ramuan di atas.

Amalkan meminum air ini selama 3 hari berturut-turut agar badan anda lebih sihat dan segar. Selepas itu, anda dah boleh menjarakkan tempoh meminumnya. Iaitu minum dalam seminggu sekali ataupun buat 2 minggu sekali. Mudah-mudahan anda tidak akan kekurangan darah lagi.

NAMA VERNAKULAR : Bayam

NAMA SAINS : Spinacia oleracea

Bayam merupakan sayur yang kaya dengan vitamin A,C dan E . Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan anemia yang merupakan sejenis penyakit kurang darah. Wanita sering kali kekurangan zat besi kerana didatangi haid , jadi jus bayam yang di campurkan dengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi secukupnya untuk menambahkan tenaga. Jus bayam juga amat mujarab untuk menghilangkan kedutan pada muka.

- Sharing is Caring-

Anda CIRIT BIRIT??

Cirit-birit bisa menyerang bila-bila saja, terutama saat kita nak berjalan, sibuk bekerja atau dalam perjalanan, keadaan ini menyebabkan kita rasa tidak selesa dan badan menjadi lemah.. Kita sering tidak sedar apa yang menjadi penyebab serangan itu, tahu-tahu kita sudah seperti didorong untuk terus-menerus membuang hajat.

Baik sudah atau belum memperoleh pengubatan atas penyakit itu, buku Food That Harm Food That Heal menyarankan tindakan seperti berikut ini untuk mengurangi penderitaan:


- Minum banyak air untuk menggantikan cairan tubuh yang hilang. Pastikan air sudah dimasak, dan bila merasa harus menggunakan ais, pastikan pula ais tersebut terbuat dari air yang bersih.

- Makan banyak pisang untuk memperoleh potasium yang antara lain bermanfaat untuk menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh dan pembentukan glikogen (tempat penyimpan energi jangka pendek)

- Pastikan memperoleh serat dan karbohidrat yang cukup.

- Makan banyak epal yang oleh para ahli naturopati diyakini membantu membersihkan sistem pencernakan.(kompas.com)

- Sharing is Caring-

Friday, March 26, 2010

BiOdaTa Saya

Tanpa segan dan ragu-ragu.. saya telah menjawab tag ini tanpa disuruh.. heheheh.. 
Saya ambil di blog asha


Kita anggap je seperti kita menulis biodata zaman muda remaja dulu ya.. sekarang pun masih remaja.. cuma mungkin tak berapa nak muda.. :p


1:MAKANAN paling disukai mestilah makanan yang mahal mahal.. waahhh.. pizza hut.. spagethi.. tapi apa pun.. seme tu tak bole celen nasi lemak nenek saya... tu belom rasa iklan keli salai cili padi nenek saya.. konfirm nangis la! hehehehe..


2:BAHAN BACAAN
sekarang ni dah moden.. bahan bacaan seme online je... mana ada orang pegi library pinjam buku cerita lagi sekarang ni.. bukan tak ada.. tapi jarang.. jarang..


3:RANCANGAN TV
rancangan tv kegemaran saya ialah CSI... tapi kalau dah bosan tu, layan ajelah apa yang ditayangkan dekat tv tu.. kadang kadang iklan pun rasa bes je tengok .. 

4:KEPERIBADIAN

saya ada seorang gadis  pemalu.. :p sila jgan jeles. kalau nak lagi jelas.. boleh tengok ciri ciri org yg lahir bulan April.. lebih mudah.. 

5:HOBI
hobi berkenalan.. hehehehehhe

6:IMPIAN
impian.. mestilah nak yang baik baik.. contoh : saya mengimpikan sebuah keluarga yang bhagia dengan anak anak yang comel.. suami yang mencintai saya.. hehehe.. dan saya telah mencapai separuh dari impian itu.. hahahahaa.. bole?


- macam sikit sangat pulak kan.. patutnya ada minuman kegemaran... warna kegemaran kan?? nampaknya tag ni tak lengkap.. :p

Jom!


27 Mac 2010 (Sabtu)

8.30 pm.

*macam tahun lepas, kami pun menyokong juga earth hour dengan menutup lampu selama 10 minit.. cukup ar.hehehehe... jom semua.. jangan lupa... 

Thursday, March 25, 2010

TIPS Minggu Ini - Cara Mudah Mencuci Blender



Cara Mudah Cuci Blender/Mixer - Sumber dari emel.. Gambar adalah dari google



Adakah anda menghadapi kesukaran untuk mencuci blender/mixer, terutamanya di bahagian bawahnya??
Haaa jangan bimbang!


Begini caranya ;

1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam blender/mixer
2-Ambil kulit telur dan masukkan sekali ke dalam blender/mixer tersebut
3-ON kan blender/mixer anda tu sehingga beberapa ketika



Lihatlah hasilnya.
Kulit telur yang anda masukkan ke dalam blender/mixer tersebut akan hancur setelah anda ON blender/mixer tersebut.
Kulit telur yang telah hancur itu sebenarnya berperanan sebagai pemberus bagi mencuci blender anda.

Selain blender/mixer, petua ini juga boleh digunakan untuk membasuh bekas minuman/botol air/kole air yang sukar untuk dibasuh.



Caranya ialah:
1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas minuman/kole air
2-Masukkan kulit telur yang telah dihancurkan
3-Goncangkan bekas minuman/botol air/kole air sehingga kotoran hilang

-Sharing is Caring-

Rezeki Terpijak!

Rezeki terpijak ni rezeki yang kita tak sangka-sangka kan?? 



Bukan selalu dapat rezeki macam ni... 

Alhamdulillah la.. :p

Hujung minggu lepas, kami satu keluarga pergi menyesakkan diri ke MITC...



Ada Metrojaya Warehouse Sale....







Fuhhhh.. ramaiii gileeee la orang.. 

Penuh dalam tu... Tapi berbaloi baloi... 

Macam-macam adaaaaaa.. 

Yang sempat aku rembat seperti di bwah ni... 

- Kemeja Bonia
- Tshirt 
- Blouse aku 
- Sweater poney untuk Aqeef
-Short Aqeef
- Stoking Larrie
- Tight aku
- Pakaian dalam Skiva..(tak bole tunjuk.. kang kantoi saiz..)hahaha


Dan semua tu total nya adalah seperti di bawah ni... 



Tapi yang paling seronok hari tu adalah kerana.. aku bayar hanya 
RM100 sahaja untuk kesemua baju tu.... 
Kalau korang tak suka ke??? hehehehe... bukan sebab dapat voucher pun... 
tapi memang aku cuma bayar RM100 sahaja.. dah kata Rezeki Terpijak kan.. 

Tak siapa yang tahu... Alhamdulillahhhh.. allah maha mengetahui..
Selebihnya budak cashier tu belanja.. ;)
Murah la rezeki kamu tu dik... sedangkan kita tak pernah kenal pun... 
nanti kalau ada buat sale lagi.. cakaplah.. jangan memalu.. 
tanpa segan akak datang.. hahahahaha...

Wednesday, March 24, 2010

Gambar Yang Tak MUngkin Korang HIngin Lihat di Majlis Pertunangan.

Haaaaaa.. panjang tajuknya... 


Hahaahaha.. Korang tak hingin.. tapi aku teringin nak letak jugak... 


Harus la ada gambar tuan rumah kan... Harussssss..


Layan gambar ni...



makkk aiiii.. saper la ni.. duduk tak sopan.. ishh.. ish.. 
demi keselesaan anak tu.. terpaksa.. tak sengaja.. :p


ishhh.. memasing mulut penoh.. tapi nak bergambo jugak.. :0


aryssa.. kacau abang tido yeeeeeee... 


Demi sokongan moral.. kami suami isteri ikut tema hantaran.. hehehehehehe

last but not leasttttt.. aqeef selepas dua kali salin baju yeeee.. 
sekian. tq

Tuesday, March 23, 2010

Majlis Pertunangan - Ending

Tiba saat yang dinantikan.. 


Jangan kata orang yang bertunang.. 


Termasuk aku sekali pun .. hehehehe


Letih... padahal duduk makan.. posing..je. hahahaa


Penat mental dan fizikal.. heheheh.. 



ok.. dah lepas bincang bincang tu seme.. bab hantaran seme tu... 
time untuk sarung cincin la kan... 

*
*
*
*
*
*
*

eh.. bukan aiiiii.. salah orang makcik.. heehehe
aku kan ikut tema hantaran. itam putih.. 

ni adik ipar aku....

masa sarung cincin tu ada plak yg suh tanggal spec.. 
aku tak tau la petua ke.. hapa ke.. hahahaha.. 
tapi nampak cam dia tido lak time ni.. :p
penat sangat tunggu tu.. 



tu cincin merisik ngan bertunang... 


selesai la sudah majlis pertunangan adik ipar aku... 

Majlis Pertunangan - Part 2

Kita bersambung lagi ye.. hehhe

Up gambar hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan pulak... 

Pun hasil tangan dari CIK KEDAI... ha.. hulur RM.. siapppp.. 











Tapi kan.. heeheh.. nak gelak dulu sebelum tulis ni... 
Hantaran pihak lelaki ni.. biasanya memang tak menarik ke ek?? 
Walaupun kedai yang buat.. tapi rasanya sejak azali la.. hantaran dari pihak lelaki ni
KURANG menawan kan?? hehehehehe.. 

Monday, March 22, 2010

Majlis Pertunangan - Part 1


Tarikh   :   20 Mac 2010
Tempat :   Kampung Gapis, Asahan Melaka




Gambar waktu Majlis Pertunangan adik Ipar saya.... 


Tengok gambar ajelah ye.. baca sket sket caption tu je.. 


Malas nak cerita panjang panjang.. lagipun orang suka tengok gambar dari baca cerita kan?? hehehe..


Tapi sebab banyak sangat gambar.. saya pecahkan la ye.. 


Saya aplod gambar hantaran / persiapan dulu.. boleh ye?? 


kemudian baru gambar hari pertunangan.


Ok.. kita layan gambar ...






Biasanya majlis di kampung ni memang style gotong royong kan... 

Buah rambutan sbgai cuci mulut...

Kalau ikutkan warna tema bertunang ni warna Gold.. 
Tapi sebab tak nak semua nampak gold.. 
Hantaran adalah tema hitam putih.. 
Semua tu kedai yang buat ye.. hehehe.. 













Sirih junjung ni saya minat gile laaaaa.. cantik sangat.. 
Pun orang yang buat jugak.. tempah.. 
dah semua tangan pandai potong kek je... dan hulur duit..
siap.. hehehe.. 
cantik kan.. guna buah pinang...


ni adalah gambar barang hantaran kepada pihak lelaki... saya aplod hantaran pihak perempuan neks entry ye.. 


Gambar banyak sangat.. 


Tapi betul kan?? orang bertunang zaman sekarang ni.. dah gaya orang nak kawen la kan?? 


Dulu saya.. hantaran semuanya biasa.. 


Asalkan syarat tu mencukupi...