Friday, January 29, 2010

Cantik ke... Tak Cantik????

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata:
wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata:
mst ada krisis nih...kesiannyer...

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!
Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...

Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!

Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...

Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...
Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...

Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

*sumber dari emel.....
no komen.. tapi kebenaran itu walaupun pahit terpaksa ditelan.. :p

hehehe.. siot kan?? itulah lelaki.... :) walaupun tak sumenya begitu.. tapi yang segelintir tu yang menyakitkan ati.. hahahaahha

Penyangak oh Penyangak

Semalam rumah keluarga mertua dipecah masuk...

Mesti org akan tanya... apa yg hilang???

Yang penyangak tu sempat kebas ialah :

*laptop yang ada bateri... (padahal ada dua laptop.. satu takde bateri.. punyalah pandai cerdik pale otak penyangak tu... yelah.. bateri kan mahal nak beli.. bajet takde)...

*kamera canon kecik tu...

*hp

*duit tabung

*external hard disk

Yang penyangak tak sempat kebas ialah :
*mesin rumput (ni dah siap ada tepi jalan... tak dan nak capai agaknya... )

Kebetulan takde orang kat rumah pagi semalam... MIL aku uruskan hal adik ipar aku nak tunang... FIL aku lak cikgu... kebetulan balik awal dalam kul 11pg semalam.. tengok tingkap belakang dah kena umpil... pintu belakang lak terbukak.. memang teruk tul ar... dah geledah umah org... bis bilik seme bersepah.. tak pandai nak kemas balik... dah pandai buat sepah, patutnya pandai la kemas.. ni dah satu keje lak kena kemas balik...

Tapi syukur alhamdulillah.. takde barang berharga cam barang kemas.. duit yg hilang... dan yg pnting.. nyawa seme selamat... sebab sekarang pun macam macam cerita yg kita dengar... nauzubillah...

Gambar lokasi kejadian aku tak sempat nak tangkap...

Segan pulak rasanya bila family mertua aku tengok aku heboh dengan kamera ke hulu ke hilir.. yelah.. padahal tadi forensik seme dah datang amik bahan bukti... so, aku simpan je niat aku tu...

Yang ada, gambar ni ajelah.....

Jangan salah sangka... ini bukan saspek yang kita cari...
aku nak tunjuk umah mak mertua aku tu je... hehehehe

Mgkin salah satu faktor adalah sbb rumah ni atas bukit..
belakang adalah pokok getah... takde orang kan...

Dah memang tak ada rezeki... Setiap kejadian ada hikmahnya...


* Tak lengkap entry ni kalau takde pesanan penaja... kepada penyangak yang terlibat (walaupun dia tak tau jadah apa blog ni seme.. lantak)

Wahai penyangak... pasni tak yah la korang masuk lagi umah family in law aku ni... seme barang ko dah habis kebas.. tinggalkan la pulak printer, computer, tb, ekon yang tak sempat pasang kat ruang tamu tu.. dvd player dan seme barang dalam umah tu tuk meke pulak... ko keje rajin rajin.. cari duit sendiri dan kumpul harta sendiri.. yg ko dah amik tu takpe.. kami halalkan... tapi kalau kami jumpa ko... ko siap sedia ajelah sorokkan tut ko tuuuuuuuu.. hahahahahaah...

Thursday, January 28, 2010

Jom Shopping!

Jom Soping Online!!!!

http://www.littlewhiz.com/ tengah buat sale skang ni...

Tengah ushar ushar stroller ni... waaaaa... ada less sampai 20% dan free delivery lagiiiiii...

Jom Soping!

Soping adalah terapi paling baik setakat ni... setuju tak??? hehehehe...

Alaaaa... kalau takde duit..bole postponed dulu... buat wishlist je kat situ.. hahahaha.. cam aku buat tuuuuu...

Wishlist dah banyak... belum dapat dapat lagi nak masuk cart.. hehehehe..

*saya bukan buat iklan berbayar ye... cuma berkongsi terapi dengan kengkawan... :p

Bosan!

Sangat bosan!

Hari ini adalah hari yang sangat membosankan...

dengan kerja yang membosankan..

dengan orang orang di sekeliling yang sangat membosankan....


Bosan!

*Sekian sahaja sajak bertajuk BOSAN untuk semua... :p

Wednesday, January 27, 2010

Tanda Tanda Awal Aku nak SLIM!!!

Aritu aku ada masuk lucky draw.. kat blog contest aku tu...

KLIK SINI - anjuran Yan..



* Klik untuk imej yang lebih jelas....

Hehehehe... fes time menang guna random.org ni.. hahahahhaha...

Chaiyyokk.. chaiyyok... akhirnya dapat gak buat entry kemenangan setelah seharian jeles dengan entry org ni... dan juga kakak ni... hehehe :P

neway.. tq Yan... a.k.a tuan punya blog... selim la aku pasni.. hahahaahah

More TIPs








Monday, January 25, 2010

Konsep 1 Malaysia

Klinik lama ni susah jugak nak jumpa.. cuma di kawasan kampung salu bole kita jumpa... kat kg aku la ni...

Klinik kat bando tu dah canggih canggih... susah nak nak jumpa klinik cam kat bawah ni....


Ini pintu masuk klinik...


Bahagian Pendaftaran

Dan dari dulu lagi dah mengekalkan konsep 1 Malaysia tu.. :)


Sekarang masih ada lagi klinik yang berwajah camni kan??? masih dalam wajah tahun 80 an... lama dah klinik ni...

Walaupun bangunan ni usang.. tak semoden klinik sekarang... tapi kepakaran Doktor tu yang paling penting.. setuju tak???

Tapi kalau tak ada yang lama... takkan ada yang baru kan??

Macam nenek aku.. inilah klinik pilihan hati dia.. bukan takde klinik yang baru... banyakkkkk.. tapi klinik ni tetap di hati...

Sbb apa??

Sbb doktor tu sangat peramah... tak lokek dengan nasihat dan sangat teliti dalam pemeriksaan dia... ini salah satu sebab klinik yang lama... dengan struktur yang memang tak terbanding dengan kemodenan sekarang ni masih lagi ramai pengunjung...



Pek Ubat yang aku rasa sangat la bagus..
tak ke ada konsep 1 malaysia tu???


Adegan Yang Tidak Ingin Kita Lihat di PETRONAS

Ini adalah kisah benar iye kawan kawan... Berlaku dalam awal tahun 2010 ni juga... Dan dialami oleh aku sendiri..

Jeng.. jeng.. jeng.. :p

Tempat kejadian adalah di PETRONAS.

PETRONAS mana tu tak payah nak bagitau la ye.. :)


Kejadian berlaku bila pemandu kenderaan keluar untuk mengisi minyak.. Aku ngan Aqeef masa tu tunggu dalam kereta je.. buat apa nak sibuk sibuk keluar jugak kan?? so, tunggu ajelah dalam kereta...

Masa itulah jugak tanpa diduga sama sekali 'suspek' yang berbaju kuning hijau terus menghulur tangan ke dalam kereta.. aku ngan Aqeef masa tu duduk kat seat belakang... so, memang diakui jugak la kepanjangan tangan 'suspek' ni...

Apa yang 'suspek' tu buat???

* Mula mula tu dia ketuk ketuk cermin tingkap belakang tu... ishhh.. kuat koooo.. cara dia tu macam nak gurau gurau ngan Aqeef kat belakang tu... aku rilek lagi masa tuuu...

* Dengan tak sangkanya lagi... 'suspek' tu hulur tangan melalui pintu depan yang terbukak tu.... terus dia pusing 'tombol tingkap' (ni jenis kete tingkap guna manual ni.. heheheeh).. terkejut gile dah aku ni... tapi muka control lagi...

* Pemandu yg perasan apa si 'suspek' tu buat terus sergah dan suruh tutup balik tingkap tu... dia pun tutup.. tapi sblom tutup.. bole si sengal tu rampas botol susu anak aku..!!!?????


Seperti gambaran di bawah..


Punya la aku tak bole nak gambarkan rasa terkejut.. tak puas ati.. rasa nak lempang... rasa nak jerit seme ada... APA KES ni??????

Aku terus la cakap.. eh.. ni kenapa ni????????

Dah beberapa lama si pemandu dah selesai isi minyak... 'suspek' ni terus la berlalu camtu je..
sangat pelik la...

Macam macam yang aku terpikir.. entahlah... manusia ni sukar dijangka... tapi setiap apa perlakuan tu.. mesti ada sebab musababnya kan.... :)

Friday, January 22, 2010

Cinta Balqis -Ulangan Semula

Pada sesiapa yang tak sempat nak tengok Episod Akhir Cinta Balqis aritu.. boleh la tengok semula ulangan cerita ni Pada Hari Ahad yeee... petang ahad tu... pukul 6 kalau tak silap...

Atas permintaan katanya... agaknya ramai yang tak tengok sampai ke akhir cerita ni.. sebabnya orang ingat dah habis bila scene Hassan nampak cam dah nazak tu...

Yg benarnya, lepas tu ada lagi... nampak je macam dah habis... dia tunjuk Hassan bersanding dengan Balqis atas pelamin... hehehehhee...

So, kalau nak tengok, jangan lupa tunggu depan tv hari Ahad ni... hehehehhe... kat TV3 pun ada iklan tu...

Tapi kalau dia ulang dari awal pun ok jugak kan??? buat 2 jam straight.. sbb ada jugak episod awal awal yang aku terlepas nak tengok... :)

Thursday, January 21, 2010

Cost Living Allowance - COLA

Kalau dulu 'kontroversi' mengenai kenaikan gred N17... sekarang pula mengenai COLA

COLA adalah singkatan bagi Cost Living Allowance yang diberikan kepada semua kakitangan awam. Perbezaan jumlah elaun adalah bergantung kepada 'kawasan liputan'.:p

Ada beberapa blog yang buat entry mengenai COLA ni..

http://ratnamurniwati.blogspot.com/

http://nojj.blogspot.com/

http://ez-muazlif.blogspot.com/

Kalaulah betul apa yang diura urakan.. adalah sangat tidak wajar bagi semua kakitangan awam. Walaupun ada yang beranggapan jumlah elaun tidaklah sebanyak mana.. tetapi bagi kakitangan awam yang berjawatan serta bergaji rendah, jumlah yang diberikan adalah tinggi.

*Edisi Bahasa Pasar

- Peliz laaaaa... elaun tu dah pun beri kepada kami ni sekian lama.. dengan jumlah rm200 tu jugak la kami membuat perbelanjaan bulanan... dah la dengarnya elaun PA pun nak tarik.. ni nak tarik plak elaun COLA.. ???

- Dah nama pun elaun sara hidup kan.. nak digantikan dengan elaun apa pulak ni?? itupun kalau la ada elaun lain.. nak gantikan dengan subsidi beras? semua orang akan dapat ke subsidi beras tu?? ke orang yang dikategorikan sebagai 'layak' mendapat sahaja..

- Aku harap sangattttt... apa yang diura urakan ni tak betul sama sekali.. kalau betul, tak tau nak cakap apa dah... aku rasa kalu betul. ada jugak yang buat mogok nanti ni.. sedangkan sal kes naik gred dulu pun dah kecoh satu malaya... inikan isu tarik elaun cola ni???

Tunggu dan lihat sajalaaaaaaa...

TIPS Mengenali Si Pembohong

Info dari emel..

" You jangan nak berbohong dengan i.. " Semalam you yang ambil perempuan tu balik dari tempat kerja kan.......You ingat mata i nie buta ker...........? Selama nie ypu memang berbohong dengan i...x sangka...i ditipu..................."


BERAPA KERAP ANDA PERASAN BAHAWA TIBA-TIBA TEMAN LELAKI ATAU PASANGAN MEMBOHONGI ANDA? ADA SAHAJA ALASAN YANG DIBERI SEHINGGA ANDA MERASAKAN ADA SESUATU YANG DISELINDUNGKAN. ITU JIKA ANDA MENGESANNYA DENGAN LEBIH AWAL DAN ANDA TAHU DIA MEMANG SEDANG BERBOHONG. TETAPI BAGAIMANA PULA JIKA SI DIA SEDIKIT PUN TIDAK MENUNJUKKAN BAHAWA DIA SEDANG BERBOHONG DAN ANDA TERUS-TERUSAN MEMPERCAYAINYA.

Jangan risau, tip dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda berbohong atau tidak.

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Wednesday, January 20, 2010

Belimbing Buluh

Harini mari kita belajar mengenali pokok yeeeee...

Pokok apaaaaa...

Pokok Belimbing Buluh...


(gambar bukan sumber internet.. ni gambo aku amik dari kamera aku... kat umah mak aku.. menggunakan skill aku sendiri.. sekian.. :)

INFO:


Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.

Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang. (sumber dari internet)..


* Kalau buat sambal ikan bilis ataupun sambal udang.. campur belimbing buluh ni pun sedappppp.... masak lemak cili padi ikan sembilang ke.. campur ngan belimbing ni lagiiiii la sedapppppp.. ishhhhh... lapooo giler ni..

Tuesday, January 19, 2010

Cinta Balqis

Selesai jugak la drama bersiri ni....

Aku tak ikut sangat pun drama ni...

Tapi bila sesekali tengok.. layan jugak la kot...

Selesai drama ni.. selesai semua spekulasi yang penonton buat kan??? ... '.. ha.. lepas ni.... mesti... balqis.... dengan....... '.. tak...nanti tengok la.. mesti balqis...... '.. :p

Pendapat aku (walaupun tak diperlukan pun oleh sesiapa) :

* Kesudahan yang sangat aku suka.. :)
* Drama air mata la... terusik jugala emosi bila scene Balqis tu sedih... time 'mar' tu sedih... aku tak rasa pape.. siusly...
* Ada juga ending yang tergantung... cth : camner ngan org yang tembak hassan tu?? tapi takpe.. penonton kan pandai buat kesimpulan sendiri.. hehehehe...


Kesimpulan dari cerita ni...

" Kadang kadang manusia selalu leka, tanpa disedari, cinta sejati itu ada di depan mata " - ni aku cilok dari tb semalam.. hehehee... jodoh pertemuan di tangan tuhan... kalau jodoh tak kemana kan??

dan...

ini khas tuk 'mar' yeee... 'berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul... lakonan dengan realiti tak sama kan???'. heheheheh... camtu la rasanya... hahahahahahha..

Lepas jugak Hajat Anak TEkak....

Akhirnya tercapai jugak hajat anak tekak ni.... kesian betul laaa..

Dari dulu dok dengar org dok sebut..

Kat blog pun tengok ada yg buat sendiri..

Aku ni nak buat tak pandai.. eh.. bukan tak pandai.. tapi Malas..

Kalau dah Malas tu.. satu apa pun tak pandai kan?? same jeeeee..

So, aritu cakap la ngan sorang chef ni.. yelah.. dia kan pandai buat memacam kek.. kek batik.. biskut raya la kan.... dia kata nak buat la ini bluberry tart.. tunggu punya tunggu.. takde punnn.. ingatkan nak mintak la kesian.. kalau tak bagi rasa pun... nak order la kan.. tapi tak kunjung tiba laaaaaa... so, aritu masa kuar g jj.. li kek besday en. somi.. nampak la tart ni.. PUnyalah menggelitatnyaaaaaa... terus capai... suka nya ati tak bole cakapppp laaaa...

Mahal jugak ek.. hehehehhe.. itulah.. saper suh malas... :p


Lepas jugak hajat anak tekak... kesimpulannya???

Mgkin itulah pertama dan terakhir aku beli.. sbb tekak aku tak bole masuk.. heheehhe.. yelah.. orang cakap sedap.. sedap... tapi bila aku rasa tak sedap.. hahahahhaha...

Sbb putih (cheese) tu banyakkkk sangat dari bluberry nya.. jadi sebu tekak aku... mgkin kalau yg mini comel comel tu ok kottt..

Takpelah.. janji aku dah rasa... hehehhee.. takde la segan sangat.. bila org tanya...

"penah rasa tak bluberry cheese tart ni"??????

kalau sebelum ni aku geleng kepala jeeee.. kali ni mgkin dengan bangganya aku akan jawab

'SUDAH'!... hehehehe...

Monday, January 18, 2010

Ni Entry Sangat Penting - Sticky MODE!!!

Aku sebenarnya baru terbaca kat beberapa blog yang ada buat entry sal hadiah contest... Walaupun dah jejak 6/7 bulan.. hadiah tak sampai sampai lagi... dan ada jugak yang hadiah yang dijanjikan takde langsung.. ooooo.. aku mintak maaf kalau entry ni mengguris mana mana pihak..

Dan terbukak hati nak buat entry jugak mengenai perkara ni.. sbb aku penah buat contest jugak dulu.. ingatkan?? Makeover Contest..

Dah lama ... bulan 8 tahun lepas.. so, aku sangattttt la takut dan terlupa kalau ada pemenang yang masih lagi tak terima hadiah shawl tu... pleasseeeee.. maklumkan..

Bukan apa.. aku pun suka masuk contest.. walaupun hadiah tu bukan keutamaan.. tapi apa yang kita patut dapat, kita harus tuntut kan?? itu hak kita.. seperti yang penganjur janjikan...

Aku nak mintakkk maaafff sangat sangat kalau masih ada lagi yang tak terima hadiah tu...sebenarnya aku dah pos pun hadiah tu semua pada bulan yang sama..

kepada http://warisanayahbonda.blogspot.com/

http://ummisalsabila.blogspot.com/ dan http://mamaadablog.blogspot.com/

aku tak nak hutang hadiah pada sesiapa punnnn.. aku takut terlepas pandang je benda ni semua... sbb itu hak meke... sila tuntut kalau masih tak terima..

pada nojah n nora.. nojah especially.. aku utang ko shawl kan?? ko tak dpat lagi kan.. sebaik aku dpat tau dari nora.. hehhehe.. so, aku dah gantikan sesuatu.. dah siap masuk anvelope.. insyaallah.. minggu depan sampai.. sbb aku tak pos lagi... so, kalau masih tak pat lagi.. sila maklumkan...

sbb sepanjang aku join mana mana contest... aku sangat berterima kasih la pada penganjur sbb aku dah dapat hadiah yang dijanjikan tu... cuma ada satu je aku tak terima lagi.. tapi takpe... kalau ada, adalah....kalau takde pun, aku halalkan... sbb cam aku cakap... aku masuk contest suka suka.. kalau menang tu, kira bonus pada aku.lagipun saper yang tak suka kalau menang kan?? .. kalau kalah tu dah memang la kan.. apa nak dikato.. takde rejeki...

Dan juga pada semua yang telah sudi menjadi follower aku... terutama waktu contest Makeover dulu.... samada terpaksa ataupun dipaksa.. hehehee... aku nak ucapkan terima kasih banyak banyak... tak terhingga sbb sudi follow blog ni... yang rajin singgah pun aku nak ucapkan terima kasih jugak.. yg sudi komen lagi la terima kasih... tanpa korang siapalah aku...

mengarut giler entry ni.. sengal betol.. lain yang nak aku sampaikan.. lain yang aku taip...

aku undur diri.. sekian, terima kasih..

-aku yang sangat takut-

Sian Laki aku.....

16 Januari lepas... besday en. somi...

Sebelum kita bersedih.. buatlah ucapan sket :


" Selamat Ulang Tahun ke 29... Semoga dipanjangkan Umur... dan dimurahkan Rezeki... dan semoga dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan seharian.. aminnnnnn... "

- Salam Sayang... ibu n Aqeef -

Tahun ni takde kad ucapan seme yeeee.. adiah pun dah 3 bulan lepas aku bagi... memandangkan en.somi tak suka suprise bagai.. so, memudahkan segalanya... tapi yg sadisnya... takde sambut sangat pun kali ni..

Tapi semoga hadiah 3 bulan lepas yang bole lepas cincin belah rotan aku tuh .. mengubat hati besday boy yeeeeee... :p hadiah pun requestttt.. donia.. donia... :)

Ari besday pun keroje.. so, memang takde la nak kuar makan ke hapa seme... makan ajelah aku anak beranak kat umah.. makan apa yg adooo.. sian aku ke sian laki aku??? heheheh...

Hari Ahad kat umah MIL ada buat baca doa skett... buat family belah sana je... ada mi kari... sate.. kek.. jajan seme.. tapi gambo takde.. sbb segan la aku.. org dok buat doa selamat.. aku dok tangkap gambar... heheheh..

Kat umah mak aku lak.. ada potong kek jeee...


2 lilin yeee. 20 thun katanya.. sian laki aku... perasan.. hehehehhe...


Ada makanan sampingan jugak... ada burger dan hot dog... seme home madeeee.. sodap.. rajinnnn adik aku... :p


Friday, January 15, 2010

Lagi sedap buat sendiri!

Sedapnyerrrr burger buatan sendiri kann...

ko nak letak sayur banyak mana..

ko nak letak telur banyak manaaaaa..

mayonis satu botol pun boleeeeeee...

perghhhhhhhh... bila buat sendiri.. rasanya kenyang giler ar.. hehehehehe...







walaupun bukan buat sendiri.. tapi tetap buatan 'sendiri' .. bukan aku beli.. heheheeheh...

untung jugak dapat adik yg rajin ni.. hahaahhahha...

Burger ayam mayonis tak nak sayur satu!!!!!

Gerhana Matahari???

Semalam ada tengok Berita kul 8 tak??

Dengarnya harini ada Gerhana Matahari kan...

Dari kul 3.00pm sampai kul 5.00pm...

Haaaa... bole la kita reramai tengok.. tapi dah dipesan.. jangan cuba nak tenung lelama.. bole buat buta...

Haaaaaaa.. jangan sesekali...

Tapi kat sini ada jugak ke?? ishhhh...

Thursday, January 14, 2010

Masih belum terlaksana....

banyak benda yang masih lagi tak terlaksana ni... dah 13 hari berlalu pun dalam tahun 2010 ni...

antaranya...

* nak apdet blog maksima 7 entry sehari... minima 1 entry ajelah sehari.. sbb aku rajin.. tapi nampaknya 1 entry pun cam suam suam kuku jeee.. idea tahun 2010 ni cam belum nak kunjung timba lagi ar... :p

* nak cuti satu family... pun blom buat apa pun lagi.. laki aku tak suke rancang katanya.. mungkin esok nak pegi.. malam ni la kelam kabut buat seme benda.... aku jugak la tuuuu.. malas nak layan...:(

* nak lebih effisyen... macam nojah.... tak kira la keje.. blogging ke... chatting ke... rasanya yg paling effisyen skang ni chatting.. hehehhhe... keje tu kena lebih kuat lagi... iskkkkkkkk...


banyak lagi arrrrr... ishhhhh... bilanya ni???

Wednesday, January 13, 2010

Takde Rejeki... Nak buat camner...??

Semalam petang ada miting AGM Badan Kebajikan kat sini..

Beriya pegi wei.. memang bukan nak dengar sangat pembentangan perbelanjaan tu seme.. lantikan tu seme tak nak tau.. yg beriya sangat nak pegi ni sbb ada lucky draw..bukan calang calang..

Ada 45 buah hamper.. dalam anggaran RM100 kot..
Ada 5 Hp Mini Notebook..

Yg aku aim notebook tu la weiiiii.. saper tak nak mende pree.. korang tak nak?? tipu laaaa kalau datang nak dengar sesaje.. hahahaha...

Tapi nak buat camner.. dah kata takde rejeki.. jangan kata notebook.. hamper pun takde.. HAMPA saje yang aku bawak pulang semalam.. itulaaaaa... nawaitu awal awal nak yg mahal sajeeee.. isshhhh.. tak baekkk kan..

Dah ler sanggup tunggu sampai kul 6.30ptg smalam.. yelah.. dah jadi adat laaaa.. adiah memahal memang saje dia nak bagi sampai abih rancangan.. last nyer itenarary semalam.. cabutan tuk notebook tu... ishhhhh... kalau dapat tu... alhamdulillah ar kan... mini pun mini ar... nak beli sendiri tak mampu... :)

Tahniahla pada yg dapat semalam... doakan tahun depan nyer AGM derang buat lucky draw tv LCD keee.. (yg macam izan ngan ije punya pun ok sangat dah)... mana tau ada rejeki plak kan?? hehehhehee.. aminnnnnnn...

Tuesday, January 12, 2010

MY FES TIME GIVEAWAY!!





Memandangkan Bulan April adalah bulan kelahiran saya... 

Saya dengan rasa rendah dirinya ingin merakamkan jutaan TERIMA KASIH tidak terhingga kepada semuafollowerssssss... commentorssssss... clickerssssssss
di blog ini.. :)

Oleh itu, sebagai tanda menghargai semua yang sentiasa menyokong blog ini samada secara langsung atau tak langsung... atau langsung tak nak sokong.. (takpe.. takpe.. mood ai baik harini)... saya nak buat GIVEAWAY seperti di atas... 


Syarat-syarat adalah seperti berikut:

Nak follow blog ini boleh.. kalau tak nak pun tak apa... ikut suka la... :) (baik kan?? baik kan?? ) heheh

Harus mengglamerkan banner di atas ni.. di SIDE dan di ENTRY masing-masing.. dengan tajuk "MY SWEET APRIL'S GIVEAWAY"

ADD link BLOG INI di BLOG LIST anda semua... (kalau tak add.. nanti tak tau la.. apdet latest mengenai Giveaway ni kan?? kukuh tak alasan?? hehhe)

PALING PENTING... sila kemukakan cadangan / pandangan yang boleh diperbaiki di dalam BLOG INI.. 
CONTOH : Blog ni ... kalau letak gambar bogel mesti lagi glamer.. hahahaha.. gitulah yee.. 

Sila Tinggalkan LINK ENTRY anda di COMMENT BOX BLOG INI... tinggal kat SHOUTBOX.. tak dilayan yeee... 


* Dannnnn.. Sila buat STICKY MODE ye.. senang nak semak.. tq.. tq..

Pemenang dipilih berdasarkan :
cadangan / pandangan paling kreatif dan MASUK AKAL untuk blog ini... 
nak buat karangan 100 patah perkataan pun boleh.. 
tapi kalau simple dan padat lagi bagus...
 tak buang karen.. :)

HADIAH??? 
Mestilah ada.. 
dan HADIAH bukan lah ratusan ringgit.. saya pun pakai barang AVON sahaja.. 
bukan MAC dan sebagainya... 
tapi hadiah ni ikhlas dari saya untuk semua yang sudi menyokong blog ini... 
dan amat berbaloi-baloi yeee.. 
HADIAH saya umumkan BILA SAYA NAK UMUM... 
heheheh.. Mungkin esok... lusa.. minggu depan.. 
ataupun hari terakhir GIVEAWAY ini... 


SEKIAN... DAN SELAMAT JOIN GIVEAWAY INI!!!!

SUDI SUDIKAN LA YEEE... 

Kerana Iklan..

Satu satu.. saya sayang babah...

Dua dua.. saya sayang babah..


Tiga tiga saya sayang onyang..



1 2 3 sayang semuanya... :p


Ibu nya mana.?? takde nya nak nyanyi ada nama ibuu.. seme babah.. heheheheh..

tapi takpe.. sbb kan ada iklan yang nyanyi

'ibu.. ibu.. engkaulah ratu hatiku'... iklan susu kan?? sbb iklan tu jugak.. semalam Aqeef dah berjaya panggil aku dengan betul.. 'ibu.. ibu.. babah mana'??? hehehe.. tetappppp ada babah... ok la jugak..dari takde... hehehhe...

Aqeef dah makin besar dah sekarang ni... makin banyak mende dia xplore... makin banyak perkataan dia dah pandai sebut.. makin banyak karenah..

sblom ada yg komen sal adik... ok.ok... adik is on d way.. hahahahhahaha

Monday, January 11, 2010

Da bole Agak.....

AJL semalam bessss...

Cheryl, FBI ngan Ally pun bes... tak mengarut ngarut pun cakap... tak buang masa... :p

Juara - Aizat (Kau Pergi).... memang bessssss... walaupun simple.. tapi bes giler... yg paling aku rasa bes.. sbb dia terapkan nilai 1 malaysia tu.. intro tu sangat la menariknya... waaaaaaa... bess.. bessss... memang dah agak dia bole menang...

Naib Juara - Yuna (Dan Sebenarnya) ... yang ni.. sbnarnya aku tak jangka sangat dia menang.. heheeeheh... ingatkan pejai yg menang... tapi ok laaaaa... dia pun not bad jugak...

Tempat ke3 - Faizal Tahir (Bencinta) -... aku ingat dia yg dapat no.2.. hehehee.. tapi ok lah tu.. dia no.3.. menang jugak.. bole jangka la kan pemenang tahun ni.... hehehh...

Persembahan Terbaekkk... - Aizat (Kau dan Aku) 4*.. hehehe.. bes kan?? kan?? kan?? tak la gempak ada api terbako seme.. tapi bessss...

Vokal Terbaekkk.. -Black ... konfirm sore dia memang sedapppp ar... dia pelok mas idayu kan?? hehehe.. yelah.. cekgu dia tu...

walaupun pendapat aku tak diperlukan langsung.. tapi aku tak kira.. aku tetap nak buat jugak kesimpulan.. hehehe

*kesimpulannya AJL kali sangat besssss... mantap.. padat.. pembukaan nyanyian tok ti tu sangat besssss... u rock tok ti!! hehehehhe... sekian, laporan tidak bergambar dari saya.

Friday, January 8, 2010

Sama Tapi Tak Serupa

Apa yang sama???

- Hotel yang sama : Vistana KL
- Orang yang sama
- Keadaan posisi yang sama


Apa plak yang tak serupa ???

- Penampilan yang lain
- Tarikh dan masa yang lain



Tapi..... yang paling jelas skang ni... kalau dulu blom ada anak...(eh.. dah ada dalam perut masa tu... heehhe.. 3mths) kemain lagi ringan sama dijinjing.. berat seme dia nak pikul...


Sekarang.. lain plak.. ringan dia jinjing..berat seme aku yang pikul.. apa kesssss... hahahahahaa....

Thursday, January 7, 2010

Lebih panas dari TERJAH nas ahmad!

Tak habis lagi rupanya citer sal naik gred ni... yg aritu baru kuar pekeliling tu...

udah udah ler tuuuu.... ini seme duniaaaaa.. hahahahahahha...

ramai sangat yg nak menyuarakan pendapat sal kenaikan gred PT(K) ni...

dalam paper BH arini pun ada lagi.... surat balas PA kepada surat PT (P/O), Putrajaya aritu... katanya PA ni keje Jaga Diari dan Bancuh KOpi jeeeee...

esok kalau ada yg masih tak puas ati.. ada lagi ar kot dalam BH esok... mgkin sampai ada berita baru sal minyak naik ke...beras naik ke..tambang bas naik lagi ke.. mgkin baru redala kot citer sal naik gred ni...

Kenaikan gred ni mengundang banyak kontroversi laaa.. lagi hebat dari citer artis kawen dua... artis cerai berai...lebih panas dari TERJAH nas ahmad.. heheehheh...

Ada lebih dan kurangnya nanti... kita tunggu ajelah... kalau ada yang diberi.. akan ada jugak yang ditarik balik.. dan apa yg diberi kelebihan tu... ada jugak kekurangannya.... seme tu ada sebab... sebelum nak suarakan apa yg tak puas ati.. pikirlah dulu... jangan nak terjah jeee...

Apa pun... pengurusan kat sini mesyuarat dah pun dibuat semalam... keputusan dah pun tau... so, kita tunggu ajelah hitam putihnya tu... syukur ajelah dengan apa yang ada... doakan yang terbaik ajelah yeeee...

Eh sebelum aku habis menaip ni... tingin lak aku nak jelaskan sket laaaa... Rasanya slah kot keje PA ni Jaga Diari dan Bancuh Kopi je... sbb kekadang aku tak buatkan kopi pun tuk bos aku.. aku guna nescafe instant jeee.. kekadang order je kat kafe depan ni... so, mungkin salah la tuduhan tu yeeeee... dan keje bukan itu saje.. selain keje hakiki banyak lagi keje sampingan... iskkkkkk... :p

Sekian, terima kasih..
Ikhlas tapi jauh..
saya PA yang gembira dalam duka...

Berbaloi baloiiiiii...

Comel kan kerusi ni?? Murah jeeeee.. RM12.90.. Berbaloi baloi...

Petang semalam beli... tapi nampak gayanya.. arini mgkin dah ada cacat cela...

Kat Family Store... macam macam warna ada... macam macam gambar ada...

Yang paling syokkkk.. kerusi ni alas duduk tu cam span tau.. tapi bila duduk... ada bunyi... 'teeeeet..'.. hahaahhaha

Cam bunyi kasut bebudak bila berjalan tu... bukan loceng.. tapi cam bunyi apa ntah..

Korang beli ajelah kalau nak tau bunyi dia tu camner.. heheeheeh...





Nampak seronok ke tak muka Aqeef tu... heheeh...


Bukan suke dapat kerusi.. tapi suke sbb bila duduk berbunyi.. bangun pun berbunyi.. itu ajelah keje dia malam tadi... dah bosan.. dia naikkan beskal dia lak atas kusi tu... 'mananam' jadinya... :p

* mananam tu adalah -jahanam untuk sebutan Aqeef..

Wednesday, January 6, 2010

Tertinggal di Vistana.....

Apa yang tertinggal????

Dah berminggu berlalu kan.....


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Ideaku tertinggal di Vistana.... huwaaaaaaa...

So, selagi itulah aku takde idea nak apdet apa kat blog ni....

Alasan tuk ke sana balik ni...

Nak Buat apa???

Nak amik idea laaaaaaa.. :p

Friday, January 1, 2010

KL@ Day 3 - Last Day


Ari las... kul 8 lebih dah bangun... sbb kak long nak bawak anak anak dia p Petrosains lak.... ingat tak masa konvo atirah aritu... dia dapat lucky draw.. tiket pree masuk Petrosains... aku kalau ada tiket pun aku malas nak masuk.. hehehehe...

So, pas checkout dalam kul 10pg tu... kak long ke KLCC balik.. dan kami ke Jalan Masjid India... makan dulu... pastu tawaf kedai kain baju kat situ... last sekali singgah kat Gulatis... ada sale kan?? kan?? heheheh...

Selesai seme tu... gerak balik Melaka... singgah makan sblom tu kat sungai besi...ujan lebatttt... sampai umah memasing dah letih... tido seme.. hehehhe...

Selesai dah cuti cuti melesia bagi penutup tahun 2009 ni... insyaallah.. kalau ada rezeki.. bole kami jenjalan jauh sket... mgkin awal tahun 2010 ni...

Apa pun.. syok jenjalan kali ni.. walaupun tak jauh mana.. tapi puas ati.. mak aku pun hepi.. :)

Tahun Baru 2010!


Sekejapan dah masuk tahun baru 2010 kan??? rasanya tahun 2009 pun banyak lagi yang tak tercapai impian dan harapan ni....

Tahun 2009 ni rasanya tahun yang banyak aku selesaikan segala masalah ar.... :) sal keje... sal pinjaman seme ar... alhamdulillah...

Penutup tahun 2009 ni.. percutian keluarga pun dah selesai.... ke KL je... cam tahun lepas... kami ke PD.. Tiara... kira ok la tu... insyaallah.. tahun depan.. kalau ada rezeki.. bole g jauh sket... heheheh...

Harapnya tahun 2010 akan datang bakal membawa kebahagiaan.. rezeki dan kesejahteraan buat kami sekeluarga... semoga segala dugaan yang mendatang akan dapat kami tempuhi...
Macam sayang la plak nak tinggalkan tahun 2009.. banyak kenangan dan peristiwa tahun ni... apa pun.. life must go on...moga segalanya dipermudahkan.. aminnnnn..

AZAM tahun baru??? hehehhehe...

Azam ni stiap tahun ada.. tapi kekadang nak merealisasikan tu cam tak sempat.. hahahahhaha.... asik nak postponed je... tak ble.. tak ble... biar seme tu jadi sendiri... slow n steady.. hahaha.. takde kena mengena jeee... lantak ar... btw...


HAPPY NEW YEAR 2010 kengkawan seme.... moga tahun 2010 menjadi tahun yang paling best tuk kita semua... :p